
Sekarang semakin banyak kes meninggal mengejut tidak kira usia, terkini kes seorang wanita dikenali Puan Shila yang berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir (PT) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Petai, Pasir Puteh, Kelantan.
Wanita Meninggal Mengejut Di Dalam Honda City

Allahyarhamah dilaporkan telah meninggal dunia secara mengejut di dalam kenderaannya ketika sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat Jalan Bayam, Kota Bharu.
Pemergian mengejut yang berlaku baru-baru ini amat dirasai oleh seluruh ahli keluarga, rakan sekerja, serta warga sekolah yang mengenali peribadi mulia beliau.
‘Perginya’ Ketika Menunggu Lampu Isyarat

Terkesan dengan berita ini, namun puncanya meninggal ketika menunggu lampu isyarat meninggalkan kesan mendalam buat ahli keluarganya kerana berlaku tanpa diduga. Menurut sumber berita, kematiannya dikaitkan dengan masalah jantung.
Biasanya golongan populasi berusia 40 tahun ke bawah yang mengalami Sindrom Kematian Mengejut Golongan Dewasa (SADS), terutama akibat serangan jantung dan strok.
Menerusi perkongsian Pengasas Pusat Kesejahteraan Heart Bit E-ECP, Dr S. Denesh, ada kesannya jika kita lama tidak melakukan aktiviti fizikal, boleh jadi kejutan terhadap sistem kardiovaskular.
“Apabila anda tidak melakukan senaman dalam tempoh yang sebegitu lama, ini akan menyebabkan sedikit kejutan terhadap tubuh (jika seseorang itu secara tiba-tiba melakukan senaman secara intensif),” katanya.

Tahap tekanan yang tinggi, tidur tidak cukup dan sejarah penyakit jantung turut menyumbang kepada faktor berlakunya SADS.
Dr Denesh berkata, simpton SADS dan serangan jantung sukar diketahui kerana ia berlaku dengan pantas dan oleh itu, langkah pencegahan seperti pengubahsuaian gaya hidup dan diet perlu dilakukan.
Untuk persediaan menghadapi situasi ini, kita harus belajar cara untuk melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kerana ini boleh meningkatkan kadar survival bagi mereka yang terkena serangan jantung. Penting untuk kita mengenal pasti simptom-simptomnya dan melakukan CPR dengan segera jika seseorang itu tidak bernafas.
Anda mungkin berminat dengan
Marilah kita bersama-sama menyedekahkan bacaan surah Al-Fatihah buat arwah Puan Shila agar perjalanan terakhir beliau dipermudahkan dan sentiasa dinaungi rahmat-Nya. Semoga Allah SWT menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh, serta mengurniakan ganjaran syurga buat arwah.
Kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan, semoga diberikan ketabahan, kesabaran, dan kekuatan yang tinggi dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.
Al fatihah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

