Durjana seorang lelaki, berani pukul isteri kedua di khalayak ramai. Anak kecil menangis minta tolong. Seorang suami sepatutnya menjadi pelindung kepada anak dan isterinya. Tapi ada sesetengah lelaki hanya tahu tunjuk gagah di hadapan isteri dan tak malu langsung memukul di khalayak ramai.
Satu perkongsian dari Dr Azizul Azli yang membantu seorang isteri kedua dibelasah suaminya dalam perkongsian di fbnya membuatkan ramai marah. Ironinya lelaki hanya berani memukul wanita yang lemah.
Ikuti perkongsiannya :-
Sya hantar anak ke ETS Batu Gajah tadi pulang ke Putrajaya, waktu sedang menunggu.
Durjana Seorang Lelaki, Berani Pukul Isteri Kedua Di Khalayak Ramai
Ada anak kecil ini, datang sambil menangis disebelah saya, “Ayah pukul ibu, ayah pukul ibu” berulang ulang kali.
Airmata membasahi pipi. Saya pegang dan ikut ke mana dibawa tunjukkan. Saya menjadi saksi hari ini, seorang suami pukul sang isteri di hadapan orang di tempat parking.
Bila saya sampai dia terus nak cabut lari dengan bonet kereta masih terbuka. Kedengaran ada yang menjerit kerana isterinya masih tersanggut di pintu kereta.
Saya masih peluk erat anak kecilnya yang saya kira usia 5-6 tahun kekal menangis semakin kuat.
Trauma
Ads
Sang suami durjana ini berhenti dan hempap bonet kereta kuat sekali dan terus cabut pergi.Semua yang menanti menjadi saksi.
Anak Kecil Menangis Minta Tolong
Isteri saya hampiri isteri malang ini peluk dan tenangkan dia. Dia cekal, tiada setitik airmata langsung membasahi pipi.
Saya belum pernah ada pengalaman bertumbuk dengan orang, tapi jika suaminya tidak lari tadi, mungkin ia jadi sejarah pertama kali. Ramai menjadi saksi mata tadi.
Sebagai lelaki sahaja kita malu, Apatah lagi sebagai isteri yang dipukul dikhalayak ramai.
Ceritanya pada isteri saya. Dia isteri kedua. Keluarga mertuanya di Manong tidak sukakan dia, dia ada anak dengan suami ini yang menangis tadi.
Dia dihalau keluar tadi. Dia datang dari Rawang nak ambil anak sebab persekolahan dah nak bermula minggu depan.
Di tangannya ada kesan terbakar kata isteri saya. Saya nampak seperti dicucuh puntung rokok kesannya.
Anak lelaki saya juga ada tadi, saya pesan padanya. Kita jadi lelaki kuat bukan untuk pukul wanita. Salah macam mana pun, jangan sesekali memukul wanita. Hanya lelaki dayus pukul wanita malah ditempat awam.
Sebab itu bila saya datang dekat dia lari, lelaki yang pukul bini hanya berani dengan wanita sahaja.
Sebelum berlalu pergi, anak dan isteri belikan bekal air dan sedikit sumbangan buat perjalanannya ke Rawang.
Ads
“Botol susu anak tertinggal dalam kereta”. Ceritanya sayu akhir tadi.
Jadilah suami dan ayah yang baik. Menjadi ayah tidak cukup hanya memberi nafkah. Ada tanggung jawab besar setelah itu.
Jika kau membiarkan amarah menguasai dirimu, maka nasibmu akan lebih menyedihkan.
Dai Syed lebih manja berbanding isteri tercinta, Hana. Sentiasalah layani isteri dengan penuh romantis, persis layanan Rasullah SAW terhadap isterinya dahulu. Sweet juga pasangan dua sejoli yang masih hangat bercinta ni
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biar pun ada larangan merokok di tempat makan, namun masih ada segelintir pelanggan merokok yang buat-buat lupa. Macam tiada rasa bersalah pula bila asap itu berterbangan ke meja bersebelahan.
Kejadian yang disaksikan sendiri oleh Eddie Dieana ini sedikit lucu juga untuk dikisahkan. Bila mana, ayah ini menegur pelanggan yang merokok di kedai makan.
Namun, tegurannya mendapat balasan acuh tak acuh saja. Sehinggalah ayah itu membuat tindakan balas yang di luar jangkaan sesiapa pun.
Bersarapan Di Kedai Makan Dengan Isteri Dan Anak-anak
Pagi tadi saya bawa isteri dan anak-anak bersarapan di kedai makan.
Sedang saya tengah leka menyuap anak-anak makan. Saya dapati orang bersebelahan meja dengan saya menyalakan rokok.
Mujur angin datang dari arah belakang saya. Jadi asap rokok tu tak menghala ke arah isteri dan anak-anak saya. Tetapi menghala ke meja makan di sebelah sana.
Saya lihat abang di meja makan yang terkena asap rokok tu bingkas bangun lalu menegur brother di meja sebelah tadi.
“Bro, kalau nak hisap rokok. Boleh isap jauh sikit tak? asap rokok kena dekat anak-anak aku lah.”
Tegur abang tu dengan nada yang agak sopan.
Tapi malangnya brother yg isap rokok tu tidak mengendahkan teguran abang tersebut malah berkata.
“Aku isap rokok dekat meja aku je. Tak ada kaitan pun dengan meja makan kau. Kalau kau tak boleh nak bau, kau pindahlah meja lain”
jawab brother tersebut.
Abang yang menegur tadi hanya terdiam dan menggelengkan kepala tanda tidak puas hati cara brother tadi jawab.
Tak lama berselang, nampak abang tadi bangun semula. Tapi beliau tak menghala ke brother yang isap rokok tu. Sebaliknya beliau pergi ke arah anak beliau.
Dalam hati saya terfikir. “Agaknya dia nak amek anak dia pindah tempat lain lah kot.”
Abang tersebut dua 3 kali tinjau ke arah pampers anak perempuan beliau.
Ingatkan apalah yang dia nak buat.
Rupanya dia bukak pampers anak dia yang penuh taik tadi. Dia biar terbuka dekat atas meja makan.
Saya tengok brother yang isap rokok tadi tersembur air dari mulut dia.
“Huish, selekeh. Taik pun letak atas meja.”
“Ini meja makan aku. Tak ada kaitan dengan meja kau. Kalau kau tak boleh tengok kau pindah meja lain.” jawab abang tersebut.
Akhirnya Pelanggan Merokok Pindah Ke Meja Lain
Brother yang isap rokok tadi terus ambil air dan nasi goreng dia dan pindah ke meja paling hujung dalam kedai makan tu sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Saya yang menyaksikan kejadian tu hanya mampu tersenyum. Tanda setuju dengan tindakan abang yang buka pampers tu.
“Hahahahahha”
Lawak apa lah yg diorang berdua buat pagi-pagi ni.
Tindakan abang tu betul-betul di luar jangkaan saya. Saya jangka abang tu akan bawa isteri dan anak-anak dia pindah meja. Rupanya beliau buat 1 tindakan bijak untuk balas dendam terhadap brother tu tadi.
Mingguan Wanita : Kadangkala bila teguran secara halus tak jalan, bila ‘main’ kasar macam ayah itu buat barulah nak sedar.
Emosi ibu dalam tempoh berpantang selalu tidak menentu.Rasa lelah ketika melahirkan anak masih terasa keletihannya.Ditambah berhadapan situasi baru untuk menyesuaikan diri menjaga anak yang baru lahir. Emosi yang masih tidak stabil ini pastinya boleh terganggu lebih-lebih lagi jika ada perkara yang menggugat jiwa.
Ramai mengetahui pelakon drama bersiri ‘Hati Perempuan’, Mia Ahmad baru sahaja melahirkan bayi lelaki,Sayf Issa pada 28 September lalu serta masih dalam tempoh berpantang. Namun ada desas desus mengatakan rumahtangga isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi,27 sedang bergolak.
Kongsi Entri Terbaru
Plot cerita ‘drama’ dalam rumah tangga Mia Ahmad dan pemain bola sepak, Mohd Izham Tarmizi Roslan makin hangat apabila pelakon itu berkongsi entri terbaru di Insta Story Instagramnya yang menyentuh mengenai akibat perbuatan berbohong.
Status berbunyi ‘A lie may take care of the present, but it has no future’ (penipuan mungkin boleh menyelamatkan situasi sekarang, namun tiada jaminan masa depan) pantas mencetuskan spekulasi berhubung rumah tangga Mia dan Izham yang sebelum ini dilaporkan ‘diganggu’ pihak ketiga.
Memetik laporan daripada BH Online yang cuba mendapatkan reaksi pelakon Hati Perempuan itu,namun Mia hanya mengulas:
“Apa terjadi selepas ini, saya reda…. Saya tak mampu menjangka lebih jauh.”
Kelmarin, Mia ada berkongsi entri di laman sosial yang antara lain membawa maksud “Allah meletakkan seseorang dalam hidup ini bersebab dan menyingkirkannya untuk alasan yang lebih baik” menyebabkan nama Mia dan hubungan perkahwinannya hangat diperkatakan.
Tidak cukup itu, tindakan Mia memadamkan semua foto suami tersayang yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) memberi bayangan seolah-olah rumah tangga mereka bagaikan ‘telur di hujung tanduk’.
Masih Berpantang & Emosi Jadi Tidak Stabil
Mengulas perkara itu, Mia dilaporkan berkata, tindakannya itu berlandaskan alasan kukuh.
“Saya buat ini semua bukan kerana mahu meraih perhatian. Saya buat kerana tercabar dengan suami dan orang di sekeliling.
“Ditambah dengan keadaan saya yang masih berpantang, emosi saya jadi tak stabil. Jadi, orang luar nak hukum itu atau ini… Terpulanglah.
“Selama ini, saya terbuka berkongsi hal peribadi termasuk kehidupan. Tak semua indah, pasti ada turun naik. Mungkin juga semua ini bahagian dan ujian dalam hidup saya,” katanya.
Cubaan Memporak Peranda Rumahtangga
Sementara itu, Izham dilaporkan mendakwa apa yang berlaku ada kaitan dengan cubaan sepasang kekasih yang dikatakan mahu memporak-perandakan rumah tangga mereka.
“Perkara ini terjadi sejak tiga minggu lalu. Saya kurang pasti apa motif mereka. Malah, lelaki terbabit seolah-olah mahu cakap saya ada hubungan dengan kekasihnya.
“Malah lelaki berkenaan menghubungi Mia memaklumkan saya ada hubungan dengan teman wanitanya,” dakwanya yang tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap pasangan itu.
Mia atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi,30 dan Izham, 27, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak, selepas setahun berkenalan.
Mingguan Wanita mendoakan yang terbaik buat rumahtangga pasangan ini.Semoga perkahwinan ini masih dapat diselamatkan dan menemui jalan penyelesaiannya. Emosi ibu yang dalam berpantang selalunya masih dalam tidak stabil, sokongan suami dan orang sekeliling amatlah penting sepanjang tempoh ini.
Kejadian yang Mingguan Wanita paparkan ini berlaku pada hari para pelajar darjah 6 menghadapi kertas peperiksaan Sains, UPSR. Yang mana, pelajar bernama Ameruddin ini tidak sedarkan diri sebaik saja selesai menjawab kertas peperiksaan tersebut.
Diana Azmar berkongsi kisah duka ini di laman facebooknya semalam. Anak murid jirannya itu disahkan alami sakit bengkak otak. Sungguh dalam kepayahan anak ini meneruskan jua ujian UPSR.
Kehidupan anak ini juga begitu menyayat hati apabila ibunya cuma seorang ibu tunggal membesarkan lima orang anak sendirian. Pembaca yang budiman, bacalah kisah Ameruddin dan bantulah keluarganya.
Di akhir perkongsian ini, disertakan nombor akaun untuk tujuan sumbangan ikhlas daripada pembaca Mingguan Wanita yang prihatin.
Catatan Semalam, Jumaat 28 September 2018
BISMILLAH…
“Saya nak share kisah semalam yang dikongsi oleh seorang guru yang tinggal di kejiranan saya.”
“Murid di dalam gambar ni adalah adik Mohd Ameruddin Bin Harli Azman, anak murid beliau, pelajar tahun 6 di SK Taman Bukit Subang.”
“Semalam, 27 September 2018 hari terakhir peperiksaan UPSR. Di saat anak-anak kita termasuk kita sendiri menarik nafas lega dan meraikan ‘kemerdekaan kecil’ anak-anak kita, adik Ameruddin sebaliknya sengsara menanggung sakit bengkak otak akibat jangkitan kuman yang dialaminya. Dia terus tak sedarkan diri sebaik tamat paper Sains semalam.”
Selepas kejadian adik Ameruddin pengsan, dia segera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Sekarang adik Ameruddin berada di HUKM untuk rawatan. Dia hanya tinggal bersama ibu dan 5 adik-beradiknya sejak kedua ibubapa mereka berpisah.”
Screenshot wasap dari guru tersebut sangat menyentuh hati.
Bantulah Adik Ameruddin Dan Keluarganya
“Mohon sesiapa yang sudi nak bagi sumbangan kepada keluarga ni, saya sertakan nombor akaun ibu kepada adik Ameruddin. Sesiapa yang nak hubungi sendiri keluarga beliau boleh pm saya untuk saya berikan contact number.”
Diizinkan share dan war-warkan kepada yang lain. Harap usaha kecil kita dapat membantu meringankan beban mereka. Budi baik kalian diucapkan ribuan terima kasih.
BSN 10100-29-00061635-2 Rosliza Abd Kadir
Ibu kepada adik Ameruddin Harli Azman
ATAU
BANK RAKYAT 11-038-100229-2
(Persatuan Ibubapa Dan Guru SK Taman Bukit Subang)
*Sila remarks sumbangan kepada adik Ameruddin
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...