Mahkamah Syariah lulus tuntutan fasakh wanita koma dibelasah suami, Jahidah sah bercerai. Pasti ramai yang mengikuti kes seorang isteri dibelasah suami hingga koma.

Menambah sebak, dalam keadaan koma dirinya berjuang dari saat mulai mengandung hingga anak dilahirkan. Hingga kini anaknya belum pernah sekali pun merasai pelukan seorang ibu.

Hari ini, Mahkamah Syariah Seremban “memberikan satu kemenangan” buat isteri teraniaya ini apabila permohonan tuntutan fasakh berwalikan adiknya, Fauziah Nordin.

Mahkamah Syariah Lulus Tuntutan Fasakh Wanita Koma Dibelasah Suami

Memetik laporan Berita Harian, Mahkamah Rendah Syariah Seremban hari ini, meluluskan permohonan tuntutan fasakh oleh wanita yang berada dalam koma, Jahidah Nordin terhadap suami yang mencederakannya hingga dia terbaring kaku sejak Mei 2021.

Tuntutan fasakh oleh Jahidah, 44 terhadap suaminya, Rosmaini Abd Raof, 40, difailkan dengan berwakilkan adiknya, Fauziah Nordin, 41.

Fauziah berkata, dia membuat tuntutan fasakh mewakili kakaknya pada 1 Februari lalu dan bersyukur proses itu dipermudahkan tanpa menunggu lama.

“Saya sangat bersyukur sebab sudah lama tunggu supaya ada keputusan mengenai perkahwinan kakak ini. Saya memang tidak sangka akan dapat keputusan hari ini, rasa kurang sikit beban saya.

“Saya akan bincang dengan peguam untuk langkah seterusnya kerana ia perlu dilakukan satu persatu memandangkan saya perlu menjaga kakak dan juga anaknya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah, hari ini.

Jahidah Sah Bercerai

Fauziah berkata, dia kini lega dan dan dapat memberi fokus terhadap kes jenayah membabitkan Rosmaini dengan kakaknya yang kini masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.

“Saya gembira dan tidak sabar untuk memaklumkan keputusan ini kepada keluarga. Untuk proses seterusnya (hak penjagaan dan tuntutan nafkah) saya akan bincang dengan peguam,” katanya.

Fauziah berkata, dia berharap lelaki yang mencederakan kakaknya itu menerima hukuman setimpal memandangkan tindakan itu menyebabkan kehidupan kakaknya sekeluarga berubah.

Berkongsi di fbnya, Fauziah meluahkan rasa syukur di mana kakaknya kini bebas dari lelaki dayus ini.

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Ibu Kuat Demi Nufail.” Tapi Kini Derita Kakak Bertambah, Jahidah Semakin Kurus

Kes Puan Jahidah Yang Dibanta* Suami Sehingga Cacat Otak

“Masih Tidak Boleh Bergerak, Bercakap.” Setiap Kali Menyentuh Anak, Pasti Air Mata Mengalir

Wanita Koma DiBelasah Suami Selamat Lahirkan Anak, Keluarga Namakan Bayi Sempena “Perjuangan” Jahidah

Terdahulu, di dalam mahkamah, Peguam Mohd Amirul Adam Ahmad dari Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan yang mewakili Fauziah, menyerahkan kenyataan bertulis kepada Hakim, Hamizan Mohd Nor.

Kenyataan sebanyak tujuh muka surat itu mengandungi 31 soalan dan jawapan sebelum Hamizan bertanyakan beberapa soalan pengesahan terhadap Fauziah ketika prosiding.

Ketika prosiding juga, hakim bertanya kepada Fauziah mengenai nafkah kepada kakaknya, sebelum Fauziah memaklumkan lelaki berkenaan tidak pernah melawat atau menghubungi Jahidah, selain tidak memberikan nafkah.

IKLAN

Sementara itu, Mohd Amirul berkata, hakim membuat keputusan hari ini selepas mahkamah berpuas hati dengan keterangan secara bertulis oleh pihak penjaga ad litem serta berdasarkan dokumen yang dikemukakan.

“Tuntutan fasakh kita mula buat pada 1 Februari lalu. Sepatutnya permohonan perlu dibuat Jahidah sendiri, tetapi berikutan keadaan dirinya, jadi kita perlu buat permohonan penjagaan ad litem di Mahkamah Tinggi Syariah dan permohonan pengurusan harta di Mahkamah Tinggi Malaya terlebih dahulu pada Januari lalu.

“Mahkamah berpuas hati dengan kedua-dua keputusan dua mahkamah tinggi itu dan pada hari ini memutuskan bahawa pernikahan Jahidah dengan Rosmaini difasakhkan bermula hari ini,” katanya.

Mengulas mengenai defendan atau wakilnya yang tidak hadir hari ini, Mohd Amirul berkata, sebelum ini pihaknya cuba menyerahkan saman secara kendiri di alamat terakhir Rosmaini di Johor,

“Tetapi apabila kami meminta bantuan Jabatan Bantuan Guaman Johor untuk serahkan saman (notis kehadiran), laporan yang kami terima tiada penghuni di rumah berkenaan.

“Jadi pilihan ada untuk memanggil pihak defendan hadir juga ke mahkamah adalah melalui saman ganti iaitu saman tampalan di alamat terakhir atau saman melalui iklan. Kami buat melalui iklan di akhbar Berita Harian pada 24 Februari lalu,” katanya.

Media pada Mei 2021 melaporkan seorang wanita hamil parah dipercayai dipukul suaminya.

IKLAN

Wanita itu yang seorang kakitangan awam sebuah jabatan kerajaan dilaporkan berada di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkorak akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

JANGAN TAKUT UGUTAN AH LONG. INI KADAR BAYARAN SEPATUTNYA. Hanya perlu bayar Ahlong 1.25% daripada jumlah pinjaman! Jangan tertipu dan terpedaya disebabkan rasa takut.

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI