Ramai yang berazam untuk menunaikan umrah di tanah suci.Namun demikian, jika selama ini ia hanyalah impian secara umum, sebaiknya mulakan tindakan langkah berdoa secara spesifik/khusus, pasang niat dan berusaha membuat simpanan secara konsisten.

Ini yang dikongsikan oleh Ustaz Abdul Razzaq ini yang merupakan Pembimbing Umrah Dan Haji sebagai panduan bagi yang ingin ke tanah suci.

TIP RINGKAS KUMPUL DUIT NAK MENUNAIKAN UMRAH

Hari ni Ustaz nak kongsi tip ringkas bagaimana nak kumpulkan duit untuk menunaikan umrah.

Biasanya kita berharap dan berdoa agar dilimpahkan rezeki ke tanah suci. Namun, adakah kita mulakan langkah ke arah itu atau kita duduk saja berdoa dan tunggu rezeki jatuh begitu saja.

1. Pertama sekali, NIAT

Ya, niat. Kalau kita tak ada niat nak pergi, agak-agak sampai ke kita ke sana? Niatkan

“Duhai ALLAH, Saya nak pergi umrah tahun 2023. Insya Allah.”

2. Kedua, DOA

Minta pada ALLAH. ALLAH Maha Kaya, Maha Berkuasa. Minta agar kita dapat mengerjakan umrah 2023. Minta spesifik, bulan berapa, kos berapa, dengan siapa, bagaimana, minta apa yang anda nak minta. InsyaAllah yakinlah ALLAH akan makbulkan.

Baca Di Sini: Magisnya Kuasa Doa, Tukar Cara Kita Berdoa Ikut 6 Formula Ini Mampu Ubah Kehidupan Lebih Baik!

3. Ketiga, SIMPAN

Ustaz tahu, kita ni bukan orang yang ada duit 6, 7 angka dalam bank. Jadi, kena ada effort mula menyimpan. Nak simpan kena istiqomah. Sediakan tabung, masukkan setiap hari.

IKLAN

Caranya, simpan ikut tarikh. 1hb RM1, 2hb RM2, 3hb RM3 sehingga 30hb RM30. Jadi, 1+2+3+4+5+…+29+30 = RM465.

Daftarkan akaun simpanan di mana-mana bank pilihan ataupun daftar terus umrah bersama Ustaz. Masukkan duit setiap bulan, tup tup dah nak cukup.

Sebulan dah dapat RM465, setahun (12 bulan) RM5580. Time nak pergi tu insyaAllah ada saja rezeki lebih lain ALLAH nak bagi. Ada saja rezeki yang tak disangka-sangka.

Dah nak cukup kan nak buat umrah? InsyaAllah top up lagi sikit je, campur bonus, duit dari suami/isteri/anak cukup la duit untuk belanja masa umrah nanti.

IKLAN

Niat Tunaikan UMRAH Di Tanah Suci, Mulakan Langkah BERDOA Secara Spesifik!

Agak-agak boleh buat tak macam ni? Susah tak? Nak tau, try buat. Istiqomah.

Setiap hari solat 5 waktu doakan agar dipermudahkan jalan untuk pergi menunaikan umrah. InsyaAllah, anda akan memperoleh jalan untuk ke menunaikan umrah.

Ini sekadar sharing, anda mungkin ada cara lagi baik. Dan mungkin ada bajet yang lebih lagi. Sehari RM30/ sehari RM50 dan lain-lain.
Yang penting mulakan TINDAKAN.
DOA, USAHA, IKHTIAR & TAWAKKAL.

IKLAN

Semoga bermanfaat!

Mesti Baca:Pengalaman Tunai Haji Usia Muda, Paling Penting Pasang Niat, Rezeki Allah Cukupkan
Baca Lagi Di Sini:Wanita Ini Simpan Semua Emas Di Ar-Rahnu Untuk Tunai Umrah Pertama
Artikel Menarik:Dua Beradik Buat Umrah DIY Tanpa ‘Travel Agency’, Begini Caranya

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jadi yang penting pasang niat, berdoa secara khusus dan berusaha membuat simpanan bagi menunaikan impian mengerjakan umrah.

Sumber:Ustaz Abdul Razzaq

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan
TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI