‘Harga Tinggi Cecah RM291 Segram’ Ramai Jual EMAS Tampung Perbelanjaan Raya. Memang tak rugi apabila membeli atau membuat simpanan emas. Apabila waktu terdesak dan memerlukan wang tunai tambahan, ia boleh dijual atau dicairkan untuk membantu sumber kewangan keluarga.
Tampung Perbelanjaan Keluarga
Trend mencairkan atau menjual emas untuk mendapatkan wang tunai bagi menampung perbelanjaan keluarga turut berlaku di daerah ini.
Ia berikutan harga komoditi emas berkenaan di sini mencecah RM291 segram sekali gus mendorong kebanyakan pemilik aset itu berbuat demikian terutamanya untuk digunakan semasa sambutan Hari Raya Aildilfitri nanti.
Tak Menang Tangan Layan Pelanggan
Perkara itu diakui oleh Pengurus Kedai Emas Nur Jannah Kuala Pilah, Noorhasliza Abd Rahman yang memaklumkan disebabkan situasi itu kakitangan kedai berkenaan tidak menang tangan melayani pelanggan sejak kedai dibuka jam 10 pagi pada Khamis.
“Harga emas kira dalam tahun ini memang antara yang tertinggilah setakat ini, kalau tengok dekat kedai sekarang pun orang ramai, banyak yang menjual emas dan tukar emas lama kepada yang baru.
“Kadang kita ingat emas tinggi orang (pelanggan) tidak akan datang tetapi di sini berlaku sebaliknya, tetapi kalau harga emas turun orang tak ada kat kedai,” katanya.
Ads
Harga Emas Naik
Malah pendapat itu senada dengan Pengurus Kedai Emas Pilah, Muhammad Ismail Rusli yang menjelaskan harga emas mencatatkan kenaikan sejak awal bulan Mac lepas.
“Harga emas ini berubah-berubah, kita tidak boleh jangka dan sekarang harganya naik ramai pelanggan saya yang datang ke kedai ini untuk menjual emas.
“Bagaimanapun ada juga yang datang untuk menukar emas lama dengan reka bentuk baharu untuk dijadikan simpanan dan ‘backup’ kepada simpanan tunai,” katanya.
Ads
Beli ‘Stok’ Emas
Seorang pelanggan yang dikenali sebagai Dina, 27, dari Senaling berkata, kedatangannya ke kedai emas bertujuan untuk membeli ‘stok’ emas.
“Biasanya kalau wang tunai tu cepat habis kalau dalam tangan, jadi saya pilih untuk menyimpan emas untuk digunakan semasa saya menyambung pengajian nanti,” katanya yang bekerja sebagai pengurus syarikat.
Dia juga tidak menolak ada dalam kalangan masyarakat hari ini memilih untuk menggadaikannya di kedai pajak gadai walaupun menjualnya lebih untung, namun berpendapat ia pilihan masing-masing.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi kedai emas mendapati kebanyakannya mempunyai pelanggan, cuma satu dua kedai sahaja lengang.
Ads
Bagaimanapun mereka memaklumkan, harga emas diyakini akan terus meningkat dan masing-masing sudah bersedia menawarkan reka bentuk emas terbaharu selain bekalan emas dijangka lebih ‘meriah’ menjelang hari raya ini.
Mingguan Wanita: Memang tak rugi bila ada duit beli emas untuk dijadikan simpanan mahupun pelaburan. Malah boleh dijual atau dicairkan bila dalam keadaan terdesak apabila memerlukan wang untuk perbelanjaan.
Macam-macam cara dilakukan untuk menjadi terkenal dan popular dimata dunia.Seorang wanita di Pennsylvania, Amerika Syarikat mempunyai keinginan luar biasa apabila dia ingin memiliki peha terbesar di dunia. Ibu kepada 5 orang anak ini,Bobbi-Jo Westley, 43 tahun ketika ini mempunyai saiz peha 95 inci namun dia ingin memecahkan rekod pemilik peha terbesar dunia dari Los Angeles, Mikel Ruffinelli yang memiliki saiz 99 inci.
Popular Di Media Sosial
Bobbi tidak berputus asa untuk memperolehi idaman peha idaman untuk menambah sekurang-kurangnya ekstra 5 inci lagi bagi menewaskan pemilik peha terbesar tersebut sekaligus memecahkan rekod.
“Peha saya membuat saya unik dan ia memberi motivasi diri kepada saya. Saya menjadi popular kerana peha dan punggung yang besar, ia merupakan perkara pertama yang membuatkan orang perasan kehadiran saya” katanya.
Saiz luar biasa pehanya itu membuatkan Bobbi popular di media sosial sehingga ditawarkan AS$2,000 (RM 7,915) untuk sekeping gambarnya.
Bukan itu sahaja, ramai juga yang melahirkan rasa teruja dengan potongan pehanya itu sehinggakan dia menerima banyak kiriman hadiah, bahkan ada juga yang mahu melamarnya.
Alami Kesukaran Melakukan Aktiviti Harian
Namun, disebalik kegembiraanya itu, Bobbi yang memiliki berat 245 kg dan tinggi 158 cm juga mengalami masalah akibat peha dan punggung yang besar. Iaitu kesukaran untuk melakukan aktiviti harian terutama dirumah malah dinasihatkan doktor supaya berdiet.
” Sebenarnya memiliki peha dan punggung yang besar agak meyukarkan juga. Bila saya mahu turun atau naik tangga, saya perlu lakukan secara mengiring. Saya tidak boleh duduk diatas kerusi sandar.Kali terakhir saya berjumpa doktor berat saya adalah 245kg” jelas Bobbi.
Pakar nutrisi MyTrimLine Weight Loss and Wellness Centers, Nadia Sharifi berkata, berat badan Bobbi disebabkan tiroid yang kurang aktif sejak enam tahun lalu.
“Dia berisiko sakit jantung yang boleh berpunca daripada pembuluh darah tersumbat yang boleh meragut nyawanya. Dia harus menukar gaya hidup sihat dan berdiet,” katanya.
Macam-macam hal.Apa-apapun pesanan buat wanita lain, jangan diturutkan keinginan yang pelik-pelik seperti ini demi untuk jadi popular dan terkenal. Apa yang paling penting jagalah kesihatan sebaiknya dan jalani gaya hidup yang lebih sihat, kerana diri sendiri yang akan menanggung akibatnya.
Cantik, manis & ayu bila isteri Usop berhijab. Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.
Sememangnya tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Islam, tetapi ia juga membuatkan nampak lebih sopan, kemas dan beradab.
Pada hari ini, kedengaran semakin banyak artis perempuan kini berubah dengan berhijab. Bukan sekadar itu isteri kepada artis lelaki juga ramai yang sudah mengenakan tudung.
Terbaru penyanyi, Usop tampil berkongsi perasaan gembira apabila isteri kesayangan Nur Fatihah Md Hasim mengenakan hijab.
Pemilik nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor atau Usop yang sudah bergelar suami pada Februari lalu kini dilihat semakin bahagia bersama isteri tercinta lebih-lebih lagi bakal menerima orang baru dalam hidup.
Comelnya Fatihah Pakai Tudung
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu telah memuat naik sebuah video.
Video yang memaparkan isterinya mengenakan hijab serba hitam itu mendapat perhatian warga maya apabila Fatihah dilihat manis berhijab penuh.
Malah Usop memuji kecomelan isterinya yang mengenakan hijab sekali gus memohon doa dari pengikutnya agar isterinya dapat berhijab dengan sempurna.
“Kan tomey (comel) pakai tudung.
“Doakan isteri Usop dapat pakai tudung dengan sempurna tau semua,” tulisnya.
Rupanya mudah kupas telur kalau ikut video yang dirakam Puan Najah Farahin ini. Anda cuba perlukan 2 step yang tak merumitkan kepala. Dan paling penting, tak perlu tunggu lama.
“Sebenarnya video ni Najah buat untuk students Kelas Online Sandwich Ekonomi Najah. Kalau nak kupas telur sebiji dua tu ok lagi. Buatnya macam Najah pernah dapat order sandwich untuk 3 papan telur. Nak dekat 100 biji tu. Takkan nak ketuk sebutir-sebutir kan.
“Anak murid Najah pun dah dapat order sandwich telur banyak sekarang ni. Tahniah anak-anak murid ku. Bangga cikgu taw!”
Teknik Mudah Kupas Telur
1. Lepas siap rebus telur tu. Lalukan atas air paip lebih kurang 5 minit. Nak bagi telur sejuk. Pastikan telur betul-betul sejuk.
2. Masukkan at least 10 biji dalam periuk dan goncangkan sehingga kulit telur tu tertanggal dengan sendiri. Kalau rebus sepapan tu janganla goncang sepapan terus. Berat nak goncang pula periuk tu.
Tengok Video Nak Lagi Faham
Najah buat versi lemah lembut ja tu. Sebab nak rakam video. Ikutkan staf Najah lagilah dia buat laju kemain. Tertanggal semua sekali kulit telur tu.
Pilih tema gothic vampire di hari sanding, pengantin akui peminat muzik metal. Sepasang pengantin menjadi tular di media sosial gara-gara memilih tema gothic vampire...