Manfaat Didikan Arwah Ibu Buat Kuih Raya, Buka Pintu Rezeki Gadis Lembam. Setiap manusia pasti ada kelebihan yang tersendiri. Setiap ilmu yang dipelajari, apabila dimanfaatkan mampu membuka pintu rezeki dengan cara yang tersendiri.

Meskipun dirinya tidak sempurna seperti orang lain, pintu rezeki terbentang luas buat Jaheerah Nadzri, 29, seorang gadis lembam apabila dapat memanfaatkan didikan arwah ibunya dalam bidang solekan, memasak dan membuat kuih raya.

Guna Media Sosial Untuk Jualan

Malah, kebijakannya terserlah apabila Jaheerah berupaya menggunakan media sosial sebagai platform untuk memasarkan jualan secara dalam talian selain berkomunikasi secara maya dengan orang lain.

Walaupun sudah lapan tahun berlalu tanpa arwah ibunya, dia yang lebih mesra disapa Eerah dilihat masih merindui kenangan bersama arwah yang banyak memberi didikan terutama membuat kuih raya cornflakes madu setiap kali menjelang raya.

“Rindu ibu (arwah),” katanya kepada Bernama ketika ditanya pilihannya untuk menjual kuih raya cornflakes madu, yang berjaya meraih jualan lebih 300 balang, tahun lalu.

Yang pasti cornflakes madu air tangan arwah juga adalah juadah kegemaran Eerah sejak kecil.

Manfaat Didikan Arwah Ibu Buat Kuih Raya, Buka Pintu Rezeki Gadis Lembam

Followers Cecah Setengah Juta

Mula menyelami platform TikTok pada 2021 kerana suka ‘follow’ laman orang lain serta melihat pelbagai ragam di laman sosial itu, Eerah membuka laman sendiri sebagai cara untuk berkongsi cara solekan dan tanpa disangka-sangka sejak itu lamannya ‘diserbu’, dan kini sudah mencecah 500,000 followers.

IKLAN

Kini platform itu diperluaskan manfaatnya apabila Eerah menjual cornflakes madu viral di seluruh negara.

Eerah bercita-cita untuk mengembangkan jenama ‘Eerah’ bukan saja dalam kuih tetapi masakan lain, selain berhasrat agar suatu hari nanti memiliki kedai sendiri yang dinamakan ‘Eerah’, untuk menjual makanan.

Manfaat Didikan Arwah Ibu Buat Kuih Raya, Buka Pintu Rezeki Gadis Lembam

Fokus Siapkan Kerja Dapur

Menurut bapanya, Nadzri Abdul Majid, 66, Eerah adalah anak perempuan tunggal mempunyai sifat seperti arwah isterinya iaitu pantang orang lain kacau ketika memasak dan sangat fokus menyiapkan kerja-kerja di dapur.

IKLAN

“Eerah ini ada sifat yang boleh dicontohi orang lain iaitu dia sangat pandai menguruskan masa dan tidak pernah meninggalkan kerja-kerja memasak begitu saja.

“Kalau dia tengah buat kuih, saya kata kejap lagi nak keluar, Eerah akan pastikan kerja siap dalam masa itu juga. Dia juga sangat kemas, teratur di dapur dan tidak mahu orang lain kacau ketika tengah memasak,” kata bapa kepada empat orang anak.

TikTok Untuk Berniaga

Nadzri mengakui pada mulanya tidak menyukai apabila melihat Eerah suka berpaut pada telefon kerana bertanggapan bahawa media sosial adalah tidak memanfaatkan dan membawa pengaruh negatif.

“Saya memang perasan Eerah suka sangat buka TikTok di telefonnya. Saya mulanya tak bagi kerana itu bukan bidang dia tetapi abang-abangnya kata boleh buat berniaga.

“Lepas itu, saya bagi Eerah cuba dan dia buka akaun TikTok pada 2021 yang mulanya dia buat video solekan. Orang ramai terpegun tengok Eerah pandai memasak dan banyak memberi galakan sehingga minat Eerah bertambah dengan menjual kuih cornflakes,” katanya.

IKLAN

Manfaat Didikan Arwah Ibu Buat Kuih Raya, Buka Pintu Rezeki Gadis Lembam

Dia berkata, selain galakan, ramai peminat Eerah turut memberi hadiah dan sumbangan sebagai tanda menyokong semangatnya untuk meneruskan bidang yang diminatinya.

Nadzri berkata, antara personaliti yang pernah merasai kuih cornflakes Eerah adalah arwah penyanyi dan juga pelakon, Adibah Noor yang juga idolanya, Kak Lina Pom Pom serta isteri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mesti Baca:Wanita Kudung Gigih Berniaga, 8 Bulan Belajar Buat Donut Gebu Lembut Di YouTube
Baca Lagi Di Sini:Biskut Conflake Madu Paling Simple Kesukaan Anak-Anak, Guna 4 Bahan Je!
Artikel Menarik:“Awal Berniaga Cuma Terjual Dua Pek…” Pasangan OKU Raih RM12K Seminggu Jual Sambal Hitam

Mingguan Wanita: Alhamdulillah, hasil didikan ibu kini boleh membuka pintu rezeki. Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain juga.

Sumber: Hmetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI