Cuaca panas anak mudah kena strok haba, pakar kesihatan ingatkan ibu bapa jangan tinggal anak dalam kereta. Cuaca panas melampau hari ini membuatkan ramai yang mengeluh.

Amaran yang dikeluarkan oleh  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ada tujuh kawasan di Semenanjung dan dua di Sabah mengalami cuaca panas tahap satu (berjaya-jaga) di mana suhu mencecah 35 dan 37 darjah celsius.

Kawasan terlibat adalah Kuala Terengganu (Terengganu), Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah (Kelantan), Rompin (Pahang) dan Jempol (Negeri Sembilan) selain Beaufort dan Nabawan.

Cuaca Panas Anak Mudah Kena Strok Haba

Dalam pada itu, pakar kesihatan yang juga Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar mengingatkan ibu bapa agar tidak meninggalkan anak di dalam kereta kerana kanak-kanak mudah terdedah terkena strok haba.

Menurutnya,  cuaca panas ketika ini boleh menyebabkan strok haba berlaku hanya dalam tempoh yang singkat kepada kanak-kanak.

Cuaca Panas Anak Mudah Kena Strok Haba, Pakar Kesihatan Ingatkan Ibu Bapa Jangan Tinggal Anak Dalam Kereta
Datuk Dr Zainal Ariffin Omar mengingatkan ibu bapa cuaca panas ketika ini boleh menyebabkan strok haba berlaku hanya dalam tempoh yang singkat kepada kanak-kanak.

Memetik laporan Astro Awani,  Datuk Dr Zainal Ariffin  menyuarakan kebimbangannya berikutan terdapat kes ibu bapa atau penjaga yang terlupa dan meninggalkan anak di dalam kereta serta melibatkan kes kereta terkunci ketika anak berada di dalam kenderaan.

“Paling penting sekali ia memberi kesan kepada golongan kanak-kanak terutama kanak-kanak kecil atau bayi.

“Dalam cuaca panas sekarang dan hanya dalam masa yang singkat sahaja mereka boleh mengalami strok haba yang boleh membawa kepada kematian,” katanya kepada Astro AWANI, pada Selasa.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : Bertahun Angkut Tong 10 Liter Atas Motor, Lepas 30 Tahun Akhirnya Dapat Air Bersih

IKLAN

Kajian Terbaru Dedah Makan ANGGUR Dapat Cegah Serangan Jantung & Strok!

Najilla Trauma Hampir Diserang Strok, Nekad Ubah Gaya Hidup

Serangan Jantung & Strok Boleh Jadi Kalau Malas Nak Kencing Malam

Pakar Kesihatan Ingatkan Ibu Bapa Jangan Tinggal Anak Dalam Kereta

Dalam pada itu, Dr Zainal juga meningatkan kepada orang ramai untuk tidak memandang ringan fenomena cuaca panas kerana ia boleh mengundang kepada implikasi kesihatan buruk malah boleh membawa maut.

Malah katanya, golongan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak dan individu yang mempunyai penyakit kronik perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan disarankan untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah.

IKLAN

“Jika gejalanya ringan mungkin kita rasa terlalu panas, pening kepala, rasa nak pitam atau loya tetapi kalau peringkat yang serius ia boleh membawa kepada strok haba, pengsan dan tidak sedarkan diri.

“Bagi mereka yang ada penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, saluran pernafasan dan buah pinggang, mereka ini akan mempunyai risiko yang lebih tinggi.

“Hal ini boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih teruk dan kadang-kala membawa kepada kemudaratan yang berat sehingga masuk hospital dan ada juga yang kes-kes yang boleh membawa kepada kematian,” jelasnya.

Justeru itu, Dr Zainal berharap Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan nasihat dan peringatan kepada orang ramai dari semasa ke semasa mengenai perubahan cuaca yang mengundang kepada risiko kesihatan.

Ini ditambah dengan ketika musim perayaan yang mengundang kepada pergerakan besar-besaran orang ramai.

IKLAN

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Penjara 1 tahun atau denda RM50000 jika bersalah dalam menyebarkan berita palsu dan tengok benda tidak senonoh. Jangan terlampau bebas di internet ya!

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI