Rasa Tertipu, Suami Nekad Ceraikan Isteri Selepas Lihat Wajah Sebenar Tanpa Solekan! Kuasa magis solekan mampu merubah wajah menjadi individu berbeza. Kelihatan lebih muda, kulit wajah licin mulus tanpa cela dan berseri-seri. Memang mampu membuat mata yang memandang terpesona dan ‘tertipu’ dengan wajah yang sebenar apabila tanpa solekan.
Nekad Cerai Isteri
Seorang lelaki di China nekad menceraikan isterinya kerana berasa tertipu apabila melihat wajah wanita itu pada malam pertama perkahwinan mereka, lapor laman berita Detik hari ini.
Lelaki bernama Cao itu berkenalan dengan isterinya, Trang melalui media sosial. Perbezaan usia mereka agak jauh kerana Cao berusia 30 tahun, manakala isterinya pula 47 tahun.
Sentiasa Tampil Cantik Bergaya
Walaupun usia mereka berbeza 13 tahun, Cao tidak berputus asa untuk menikahi Trang terutamanya apabila wanita itu sentiasa tampil dengan solekan dan pakaian bergaya.
Ads
Selepas pertama kali bertemu, Cao tertarik kepada Trang kerana cantik, penyayang, yakin dan matang. Latar belakang keluarga mereka juga hampir serupa.
Pasangan itu kemudian melangsungkan perkahwinan di kampung halaman mereka tetapi belum didaftarkan secara sah.
Tak Kenal Wajah Sebenar Isteri
Pada malam pertama, kegembiraan Cao pudar apabila dia melihat wajah Trang selepas menanggalkan solekan.
Cao berasa terpedaya dan tertipu dengan solekan Trang sehingga tidak mengenali wajah sebenarnya. Dia kemudian memutuskan untuk bercerai dan menghalau Trang dari rumah.
Ads
Beri 2 Pilihan
Akibat berasa kecewa kerana sikap suaminya, Trang lantas memberi dua pilihan kepada Cao.
Pertama, perkahwinan mereka didaftarkan dan terus tinggal bersama. Kedua, pasangan itu akan bercerai, tetapi Cao perlu membayar pampasan kepada Trang sebanyak 200,000 yuan (RM127,797).
Merasakan bahawa dia adalah mangsa dan menilai bahawa tuntutan Trang adalah tidak munasabah, Cao juga meminta bantuan guaman untuk menyelesaikannya.
Bagaimanapun, tidak dijelaskan lebih lanjut sama ada pasangan itu akhirnya bercerai atau tidak.
Mingguan Wanita: Jangan terpesona dengan hanya melihat penampilan luaran yang cantik bergaya dan solekan yang menawan semata-mata. Pastikan betul-betul kenal pasangan luar dan dalam barulah tak rasa tertipu.
“Siapa Anak Kena ‘Chicken Pox’ Tolonglah Duduk Rumah Jangan ‘Selfish!,” Anzalna. Dalam perkongsian terbaru pelakon cantik Anzalna Nasir, 35 ini di Instagram ada berkongsi luahan rasa kesal kepada mak ayah yang bersikap pentingkan diri dan tetap membawa anak-anak pergi beraya meskipun anak tidak sihat dan menghidap demam campak (Chicken pox). Bukan apa, penyakit seperti demam campak ini boleh berjangkit pada orang lain pula.
Jangan Bersikap Pentingkan Diri
Ia susulan anak-anak saudaranya berjangkit penyakit demam campak ini sewaktu hari raya.
“Missing @diananasir86 sebab anak-anak dia berjangkit chicken pox! Kesian @the_angguns.”
“Siapa anak yang kena chicken pox can try dan siapa yang kena tu tolong la duduk rumah jangan selfish!” ujarnya.
Tip Hilangkan Gatal & Kesan Parut
Disamping itu, ibu kepada dua orang cahayamata ini juga ada berkongsi tip bagi mengurangkan kegatalan dan kesan parut akibat demam campak. Iaitu dengan berendam di dalam air Soda Bikarbonat.
“Tiba-tiba teringat waktu kami empat beradik (@nazirahnasir97 dalam perut mama) kena chicken pox serentak kat Canada. Doktor kat sana suruh berendam air Bicarbonate of soda dalam bathtub untuk kurangkan gatal dan tak tinggalkan kesan,” ujar pelakon ini.
Hasil perkahwinan dengan Hanif Zaki pada 2016, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang comel bernama Mohamad Eidress,4 dan Mohammad Emirhan, 11 Bulan.
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya apa yang dikongsikan oleh Anzalna ini. Jadi mak ayah jangan pentingkan diri, bawa anak-anak yang berpenyakit demam campak pergi beraya. Penyakit sebegini memang berjangkit dan boleh menjangkiti anak orang lain pula.
Alhamdulillah, merafak sembah ucapan tahniah buat pasangan diraja, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dikurniakan cucunda baru-baru ini. Hanya bersela 2 hari dikurniakan sepasang cucunda hampir serentak, putera dan puteri.
Pengkhabaran ini disiarkan dalam satu hantaran menerusi laman Instagram @Istana_Negara pada tengahari tadi.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan inayah-Nya, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dikurniakan dua cucunda baru-baru ini.
Selang 2 Hari
Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser diputerakan pada 31 Januari, manakala Tengku Aleya Norlini Binti Tengku Abu Bakar Ahmad pada 2 Februari 2022.
YM Tengku Nuh Muhammad Shah merupakan anakanda ketiga YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.
Manakala YM Tengku Aleya Norlini pula merupakan anakanda kedua YM Tengku Abu Bakar Ahmad dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran merafak sembah ucapan tahniah buat pasangan diraja ini di atas kurniaan cucunda-cucunda tersayang, sekaligus melengkapkan jumlah 5 cucunda, baginda berdua ketika ini.
Chef Selebriti Dato Redzuawan Ismail,64 berkongsi berita sedih, kehilangan ibu tersayang, Noraini atau lebih dikenali Cik Ani pada pukul 6.20 pagi tadi. Allahyarhamah berusia 93 tahun menghembuskan nafas terakhir pada usia 93 tahun selepas 10 hari di masukkan ke hospital akibat kanser payudara dan beberapa komplikasi penyakit lain, serta berdepan dengan peyakit lain seperti alzheimer dan dimentia.
Meninggal Dengan Tenang Dalam Tidur
Menerusi perkongsian di Instagram, Chef Wan memaklumkan ibunya telah meninggal dunia ketika tidur dalam keadaaan tenang di Hospital Gleneagle pagi tadi.
“Dengan penuh rasa sedih, ibu saya telah meninggal dunia dengan tenang pada 6.20am ketika tidur di Hospital Gleneagle pagi ini”
Semoga rohnya bersemadi dengan tenang, diampunkan segala dosa-dosa beliau serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman nanti,” ujarnya.
Dimaklumkan juga, jenazah Cik Ani akan dibawa di Masjid Putrajaya dan akan kebumikan di tanah perkuburan Cyber 10.
Ramai selebriti dan para peminat mengucapkan salam takziah buat Chef Wan sekeluarga atas kehilangan ibu tersayang, serta turut mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Chef Wan juga mengucapkan terima kasih di atas segala doa dan ucapan takziah buat ibunya.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat Chef Wan sekeluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ibu tersayang. Semoga roh CIk Ani di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...