Alhamdulillah, bayi kembar sembilan dari Mali yang menggemparkan dunia dan kisah mereka viral pada tahun lalu selamat menyambut ulang tahun kelahiran pertama mereka dalam keadaan sihat baru-baru ini, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Menurut bapa bayi-bayi tersebut, Abdelkader Arby, isterinya, Halima Cisse juga berada dalam keadaan baik.

“Bayi-bayi itu sudah boleh merangkak. Ada antara mereka yang boleh duduk dan berjalan sambil berpaut pada sesuatu.

“Ia tidak mudah (untuk membesarkan mereka) dan kadangkala agak meletihkan. Namun, apabila melihatkan keadaan mereka yang sihat, semua kepenatan itu hilang,” katanya.

Mesti Baca:Wanita Mali Dijangka Hamil 7 Bayi, Rupanya Selamat Bersalin Kembar 9!

Kembar 9 Membesar Dengan Sihat, Sambut Ulang Tahun Kelahiran Pertama!

Bayi Paling Ramai Hidup

Bayi kembar sembilan itu memecahkan Guinness World Records bagi bilangan bayi yang paling ramai hidup selepas dilahirkan.

Sejurus melahirkan anak-anaknya pada 4 Mei 2021 menerusi kaedah pembedahan, Halima diterbangkan ke Maghribi oleh kerajaan Mali untuk mendapatkan penjagaan pakar.

IKLAN

Kembar 9 Membesar Dengan Sihat, Sambut Ulang Tahun Kelahiran Pertama!

Dilahirkan Kandungan 30 Minggu

Sembilan bayi itu yang terdiri daripada lima anak perempuan dan empat lelaki, dilahirkan ketika usia kandungan 30 minggu, demikian menurut Menteri Kesihatan Mali, Fanta Siby.

Berat mereka ketika dilahirkan adalah antara 500 gram hingga 1 kilogram.

Bayi lelaki bernama Mohammed VI, Oumar, Elhadji dan Bah, manakala bayi perempuan diberi nama Kadidia, Fatouma, Hawa, Adama dan Oumou.

Kembar 9 Membesar Dengan Sihat, Sambut Ulang Tahun Kelahiran Pertama!

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:Bukan Bersalin KEMBAR, Wanita Hamil Anak Kedua Ketika Masih Mengandungkan Anak Pertama!

Artikel Menarik:Lahirkan Bayi Kembar Lima Secara Normal, Ibu Hebat Ini Curi Perhatian

Mingguan Wanita: Alhamdulillah, memang meriah dikurniakan anak-anak yang ramai ni. Meskipun penat, paling penting bayi-bayi sihat dan membesar dengan sempurna.

Sumber: Kosmo, Metro UK

IKLAN

Betulke wanita bekerja sebab bimbang bebankan suami?

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Ini sebabnya perangai berubah selepas kahwin.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI