Senggugut merupakan kesakitan bawag perut atau pelvis yang kerap dialami oleh golongan wanita semasa datang haid. Apabila ia terjadi, memang boleh menganggu kerja-kerja seharian.
Atas sebab ini, berita baik Sepanyol akan menjadi negara Barat pertama yang menawarkan ‘cuti datang bulan’ kepada wanita yang mengalami senggugut ketika bekerja.Ia memperuntukkan cuti tiga hari sebulan bagi wanita yang mengalami masalah itu, lapor portal berita MailOnline.
Langkah tersebut akan dimulakan oleh kerajaan Sepanyol pada minggu hadapan, demikian menurut pengumuman oleh stesen radio Cadena Ser.
Antara negara lain di dunia yang sudah memberikan cuti haid kepada wanita termasuk Jepun, Korea Selatan, Indonesia dan Zambia.
Di bawah pakej pembaharuan yang ditetapkan untuk diluluskan oleh mesyuarat Kabinet Sepanyol pada Selasa hadapan, sekolah juga dikehendaki menyediakan tuala wanita untuk kanak-kanak perempuan yang memerlukannya.
Setiausaha Negara bagi Kesaksamaan dan Menentang Keganasan Jantina, Angela Rodriguez, mengumumkan langkah untuk menjamin kesihatan haid dan pemulihan kesihatan reproduktif pada 3 Mac lalu termasuk memberi cuti kepada wanita yang keguguran.
“Hak berkaitan dengan kesihatan haid tidak pernah dibincangkan dan datanya mengejutkan.
“Satu daripada empat wanita tidak boleh mendapatkan produk kebersihan yang ingin dibelinya atas sebab-sebab kewangan.
“Disebabkan itu kami cadangkan mereka boleh mendapatkannya secara percuma di pusat pendidikan dan sosial,” kata Rodriguez kepada akhbar El Periodico.
Mingguan Wanita:Terbaik kerajaan Sepanyol prihatin beri cuti 3 hari khusus pada pekerja wanita yang sakit senggugut setiap bulan. Menarik juga jika di Malaysia jika ada cuti begini.
“Kalau ada jodoh semestinya sebagai ibu kami gembira” Nurul Wahab doakan yang terbaik buat anak sulungnya. Setiap ibu mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak.
Bahkan tidak pernah putus doa buat anak-anak agar perjalanan mereka yang dipermudahkan. Apatah lagi berkaitan dengan jodoh.
Untuk rekod, Ayu merupakan anak sulung Nurul dengan bekas suaminya yang juga seorang komposer terkenal iaitu Ajai.
Seperti mana yang diketahui ramai anak kepada Nurul, Ayu Nazirah kini sedang berkawan dengan anak lelaki Datin Seri Maria Farida iaitu Mizan Ashley.
Malah Nurul juga menyatakan Mizan sendiri menyuarakan hasrat untuk berkawan secara serius dengan anak perempuannya.
Berkongsi kisah lanjut mengenai hubungan percintaan anaknya itu, Nurul menyatakan sebenarnya Ayu dan Mizan baru berkenalan empat bulan.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Nurul menyatakan biarlah anak-anak berkenalan dahulu. Sebagai ibu dia mendoakan yang terbaik.
“Mereka baru kenal empat bulan. Biarlah mereka kenal-kenal dahulu.
“Apa yang Allah takdirkan, InsyaAllah kami terima. Doakan yang terbaik saja.
Mizan Seorang Budak Lelaki Yang Baik
“Tak boleh nak komen lebih-lebih sebab baru lagi dan biarlah mereka mengenali hati budi satu sama lain dulu. Biar mereka kenal dahulu bagi mencari keserasian, kalau ada jodoh semestinya sebagai ibu kami gembira.
“Mizan adalah seorang budak lelaki yang sangat baik.
“Buat masa ini, belum pernah lagi ada mana-mana lelaki yang datang kepada saya menyuarakan hasrat serius berkawan dengan anak saya,” terang Nurul.
Menerusi salah satu hantaran terbaru di Instagram Nurul telah berkongsi sebuah video tentang anak sulungnya. Ternyata sebagai seorang ibu, Nurul begitu terharu apabila mengimbas kembali gambar-gambar sewaktu kecil hinggalah kini sudah dewasa dan bakal berkahwin.
“Belum lagi hari kawin. Baru ada boipren aku dah emo. Esok kawin?
“Make up ke mana, baju designer ke mana meraung tang tu… kak @mariafarida akan berpelukan dengan kami. Siap la mak mak teruk nangis.” tulis Nurul menerusi kapsyen.
Menerusi ruangan komen ramai yang cukup tersentuh dan mengucapkan tahniah kepda Nurul.
Memang ada benarnya, setuju sangat raya tahun 2022 antara paling ‘best’ dan nikmat dari Allah yang dah lama kita tak rasa!
Pantas masa berlalu, seminggu telah Syawal berlalu. Setelah 2 tahun, tidak balik beraya di kampung halaman tahun ini, Syawal diraikan kembali dengan penuh kesyukuran. Namun dalam kegembiraan, satu negara terkejut dan kalut dengan persediaan raya, apabila 1 Syawal diumumkan awal sehari daripada jangkaan.
Serious, raya tahun 2022 antara yang paling best. Nikmat dari Allah yang dah lama kita tak rasa.
Bila raya diisytiharkan, pakat terkejut semua. Satu Malaya huru hara.
Banyak sungguh elemen surprise. Bermula dari malam pengumuman raya.
Orang kata raya awai tak kalut, tapi kali ni semua pakat kalut.
Ada yang terlajak terawih 6 rakaat.
Ada yang kait daun pisang tengah malam buta.
Ada yang malam tu juga mesin rumput depan laman.
Ada yang pagi raya jamah mee segera.
Kami pula, duk pakat habiskan stok mercun (Maaf ya jiran tetangga)
Plan nak bakar lemang pagi Isnin, tapi lepas pengumuman terus hidup api, cari buluh, cari santan.
Duit kat ATM licin.
Kesesakan lalu lintas dari raya pertama sampai raya kelima.
Stesen minyak di kawasan-kawasan pantai timur kehabisan minyak hingga banyak kereta tersadai.
Betul-betul meriah, betul-betul rasa macam raya.
Kali ni jangan harap nak ikut kalendar 100%. Kena juga berkumpul tunggu pengumuman depan TV.
Raya tahun 2022 memang patut dibukukan. Memang betul-betul meninggalkan kesan.
Satu hari nanti, kita boleh cerita kat anak cucu, bagaimana satu Malaya huru-hara di malam raya.
Apapun, antara sedar atau tidak, Allah himpunkan kita dengan nikmat dalam rahmat dan kasih sayangNya setelah dua tahun tidak dapat beraya.
Dalam suasana kelam kabut begini, Allah satukan kita semua.
Memori indah tercipta tanpa diduga.
Terima kasih Ya Allah, atas nikmat yang Engkau berikan.
Al-Fatihah pada yang telah pergi dahulu,
Yuhanis Azam
8.5.2022
Raya Tahun 2022
Mingguan Wanita: Sungguh! Raya tahun 2022 meninggalkan kenangan manis dan memori yang cukup bermakna. Meskipun agak huru-hara dalam menyediakan pelbagai persediaan raya, namun segalanya dapat dilalui dengan bahagia.
Selalunya kita dengar tragedi orang meninggal dalam kereta kerana terhidu gas monoksida. Pada fikiran mungkin kerana terlalu lama berada dalam kereta atau tertidur. Inilah yang menjadi punca dan pembunuh senyap.
Perkara yang sama turut dilalui oleh Puan Nur Jalilah Leyla yang dikongsikan dalam facebooknya. Sebagai ingatan untuk kita semua. Anak tidur dalam kerta bukan sebab mengantuk tapi mungkin ini boleh menjadi sebab mereka keracunana gas monoksida.
Pengalaman yang tak akan pernah Umi lupa. Saat kami semua termasuk (mak ayah mentua) opah dan atok keracunan gas monoxide dalam kereta.
Pada 19 May 2022, Umi dan anak-anak mengikut mak ayah mentua untuk ke Tanjung Karang, Selangor sebagai peneman balik dalam tempoh 3-4 hari saja.
Dalam perjalanan dari Kuantan, semuanya ok tak ada apa-apa. Anak-anak pula seronok dengan berbual dan teman atok dan opah mereka. Kami sempat singgah makan tengah hari di Temerloh dan selepas itu teruskan perjalanan.
Sempat lagi Umi hantar gambar pada suami untuk tengok anak-anak tengah tidur. Rupanya, suami ada tegur muka Eijaz nampak pucat dan kasihan. Dia tanya anak-anak ok ke. Umi balas ok, mungkin sebab kepenatan agaknya. Tak sangka, sebenarnya mereka dah lain masa ini. Deeja pula senyap, tidur dan tak ceria. Fikir Umi, mungkin sebab cuaca panas.
Pada sekitar jam 1.00 tengah hari, selepas dari hentian Bentong, tiba-tiba, Deeja terjaga dan merengek tapi mata tak terbuka. Umi pujuk dan tiba-tiba badannya lembik. Namuri seorang ibu, rasa sesuatu tidak kena. Umi cuba kejutkan Deeja untuk bangun tapi tiada respon.
Umi terus jadi panik, anak selembik-lembiknya. Terus Umi menjerit pada mertua beritahu Deeja tak sedar diri tanpa sebab. Buka baju dan seluar, tepuk-tepuk dan sapukan air pada muka untuk kejutkan dia. Tapi tetap tiada respons.
Pernafasannya pun makin lemah. Kami berhenti tepi highway dan tahan kereta lain sambil mendukung anak. Umi hanya fikir, Ya Allah, jangan ambil nyawa anakku.
Zara Dan Eijaz Pula Tidak Sedarkan Diri
Sementara itu, Zara dan Eijaz meraung dalam kereta sebab takut tengok kami panik dan riuh untuk kejutkan Deeja. Masa itu, ada satu kereta, keluarga Chinese (Mr Richard berhenti dan tanyakan keadaan. Dia meminta kami ikut mereka dan terus ke hospital berdekatan. Masa itu, Mr Richard syak ada masalah gas dan berpesan supaya buka tingkap.
Semasa perjalanan ke hospital, Deeja masih tiada respon, luruh rasa jantung Umi sebab tak tahu punca. Tiba-tiba Zara dan Eijaz diam, mereka pula tidak sedar. Eijaz tertiarap di bahagian bawah kaki dengan muka ke bawah karpet. Manakala Zara separuh badan atas kerusi kaki ke bawah dan meniarap. Ya Allah dugaan apakah pada kami.
Ayah mentua teruskan pemanduan dan ikut kereta Mr Richard. Mak mentua pula bantu kejutkan Eijaz dan Zara. Alhamdulillah mereka cepat sedar semula dan menangis. Eijaz nampak sangat pucat dan lesu. Umi pula dah mula rasa nak muntah, pening dan nak pitam. Tapi sebabkan anak-anak tak sedarkan diri, Umi gagahkan diri bertahan sambil muntah-muntah dan kejutkan mereka.
Diberi Bantuan Oksigen
Sampai di hospital Orang Asli Gombak terus ke bahagian Kecemasan dan Deeja diberi terus bantuan oksigen.
Umi sesak nafas dan masih muntah-muntah angin. Mak mentua pengsan selepas sampai di hospital dan ayah mentua serta Zara, Eijaz diberi bantuan oksigen. Selepas semua diberi bantuan oksigen, mereka kembali stabil tapi masih dalam keadaan lema. Suami pula dah bersiap datang dari Kuantan.
Kes kami di rujuk ke hospital Selayang. jam 8 malam kami semua dihantar ke Hospital Selayang menaiki ambulance. Kereta kena tinggal sebab doktor tidak mahu ambil risiko.
Doktor Sahkan Keracunan Gas Monoksida
Dari situ, doktor mengesahkan kami keracunan gas monoxide yang berpunca daripada kebocoran pada bahagian ekzos. Kami dipantau sehingga betul-betul stabil.
Doktor ada beritahu, kalau Umi tak tahu anak tak sedar itu dan berangapan anak-anak tidur lena, kemungkinan akan mengancam ntawa anak-anak. Sebab ia menterang pada orang yang tidur dan terus idak sedarkan diri sampailah kekurangan oksigen pada otak.
Syukur, Allah berikan naluri yang tepat pada Umi dan pantas sedar bila Deeja lain macam lembik dan tak sedar masa tu. Jam 3 pg barulah doktor lepaskan kami balik.
Ibarat mimpi ngeri semua tu. aKeracunan gas monoxide ini tak bermakna masa kita berhenti kereta dan tidur di hentian saja. Ia juga boleh berlaku dalam keadaan kerta engha bergerah. Tapi ia boleh bahayakan pada penumpang yang tidur.
Mak Ayah Mentua Pun Pernah Alami Sebelum Ini
Allah jentikkan kami ikut sekali, kalau la mentua berdua saja balik tak tahu apa akan jadi pada mereka. Lagi bahaya sebab berdua dan tak sedar kebocoran gas itu.
Patutlah pada hari Sabtu sebelum ini, mak mentua masa perjalan ke Kuantan, dia dah pengsan dan muntah sekali dalam kereta tanpa sedar. Itulah permulaan kebocoran gas dalam kereta.
Kena Beringat
Sebelum perjalanan yang jauh, periksa semua keadaan kenderaan, baik kereta lama mahupun kereta baru. Pantau sama penumpang yang tidur. Berhentilah seketika setiap 2 jam perjalanan atau buka tingkap sekejap.
Ingatlah, perkara nak jadi tanpa tanda dan diduga. Kita kena sentias peka dengan keadaan keliling terutamanya anak-anak.
Kepada Mr Richard sekeluarga, kami ucapkan jutaan terima kasih dan ibarat terhutang budi. Kalau tak kerana Mr Richard berhenti dan tenangkan kami serta bawa kami ke hospital.
Walau berlainan agama tapi Mr Richard yang terawal berhenti dan bagi bantuan. Umi pun tak tahu Mr Richard ni asal mana dan tinggal di mana. . Seandainya posting ni sampai kepada Mr Richard sekeluarga, kami sangat-sangat hargai dan terhutang budi.
Mingguan Wanita : Kita tak tahu, ingatkan keracunan gas ini masa kita berhenti dan tidur lama dalam kereta tapi boleh berlaku seamsa dalam perjalanan. Moga kita sentiasa dalam jagaanNya.