Memang tak rugi berbudi pada tanah. Selain hasilnya boleh dijual dan dimakan sendiri, manalah tahu pokok-pokok ini juga boleh dijadikan ‘cagaran’ untuk pinjaman pembiayaan kewangan nanti.
Dapatkan Pinjaman Institusi Kewangan
Berita baik buat pemilik 58 spesies pokok yang mempunyai nilai ekonomi kini boleh mencagarkannya untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan. Cagaran ‘pokok berharga’ ini merupakan inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan Thailand baru-baru ini.
Dasar baharu itu dimaklumkan oleh Jurucakap Kerajaan Thailand, Narumon Pinyosinwat, menerusi laman Facebook beliau.
“Dasar ini diusulkan Menteri Perdagangan sebagai pendekatan bagi membantu orang ramai mendapatkan pembiayaan kewangan dan mempromosikan penanaman pokok-pokok berharga dari segi ekonomi dalam kalangan masyarakat.
Ads
“Justeru, kementerian mengeluarkan peraturan mengenai jenis jaminan lain yang dapat digunakan di bawah Undang-Undang Jaminan Perniagaan BE 2558.
Pada masa sama, jenis pokok berharga dari segi ekonomi akan disesuaikan dengan Undang-Undang Perladangan Hutan BE ,” katanya.
Ads
Pinyosinwat turut memuat naik gambar dan senarai 58 jenis pokok berharga itu dengan nama yang dikenali dalam bahasa Thai diikuti nama saintifiknya dalam Bahasa Inggeris.
Ads
Antaranya ialah pokok jati, mangga, durian, asam jawa dan semua jenis buluh. – AGENSI
MW: Beruntungnya jika ada menanam pokok-pokok berharga ni. Boleh juga dijadikan cagaran untuk pinjaman pembiayaan kewangan di Thailand.
Selepas melalui episod paling mendebarkan, hari ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi.
Hukuman ini dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan perbuatan pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa membabitkan wang RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd,.
Beliau didakwa dengan 3 pertuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan 3 dakwaan penggubahan wang, selepas kerajaan Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum 2018.
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas perdana menteri ini dipenjarakan 10 tahun, masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah wang RM42 juta, penjara 12 tahun penjara dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Manakala tuduhan pengubahan wang haram pula, hakim menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.
Sejumlah 72 tahun hukuman penjara bagi kesemua sebutan pertuduhan. Namun, hakim memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak, yang bermakna Najib hanya perlu dipenjarakan selama 12 tahun.
Ahli Parlimen Pekan ini juga dikecualikan dari hukuman sebat kerana umurnya.
Najib menjadi Perdana Menteri keenam dari 2009 hingga 2018, malah menjadi ketua negara pertama di Malaysia yang diheret ke mahkamah, dibicarakan dan disabit bersalah atas pertuduhan jenayah susulan tindakannya ketika memegang jawatan itu.
Teknologi perkongsian fail, dokumen dan gambar Huawei Share menawarkan kerja-kerja yang lebih mudah dan pantas kepada pengguna. Fungsinya telah diperluaskan kepada beberapa peranti HUAWEI.
Hadamkan kelebihan Huawei Share kepada pengguna telefon pintar Siri HUAWEI P40 ini.
Pernah berdepan situasi begini? Semasa bekerja di rumah, anda tentunya perlukan telefon dan komputer untuk memindahkan fail dan gambar kerja. Anda juga perlukan tali sawat agar rangkaian internet jadi lebih stabil. Semua ini tentunya mengambil masa.
Anda juga tentunya ada pelbagai peranti di rumah; pembesar suara, TV malah telefon pintar. Tapi, dari mana hendak mula, lagi-lagi bila nak pindahkan ‘content’ dari telefon ke pembesar suara ataupun TV? Lagi susah bila anda tak berada di luar rumah, sesukar mencari seketul kunci dalam beg mak-mak.
Kekangan antara perkakasan dan peranti ini sememangnya pengalaman yang melecehkan kepada pengguna. Sebagai pengguna, tentunya anda mengharapkan kehadiran peranti pintar yang mampu mengatasi kekangan sebegini.
HUAWEI menyedari masalah ini dan menawarkan solusi bagi membolehkan anda berhubung dengan dunia menerusi teknologi HUAWEI SHARE. Dengan itu, mudahlah untuk anda berdepan apa jua situasi baik di pejabat, di rumah mahupun ketika bergerak di luar rumah.
HUAWEI SHARE bukan sekadar perkongsian fail dan gambar, malah secara inovatif menyediakan fungsi OneHop yang interaktif antara telefon anda dan juga peranti pintar yang lain. Memberikan pengalaman interaktif yang natural ketika pemindahan fail, perkongsian audio, sambungan rangkaian dan unjuran skrin.
Ketika berada dalam perjalanan dan anda perlu memindahkan gambar yang diambil dari telefon ke komputer untuk pengeditan, anda cuma perlu menyentuh butang NFC-enable phone yang ada di ‘Huawei Share’ pada bahagian bawah kanan komputer anda. Semudah itu untuk anda berhubung!
Sekiranya telefon anda dikemaskini dengan antaramuka EMUI 10.0 atau versi terkini, anda sebenarnya boleh merasai pengalaman penggunaan Multi-screen Collaboration yang interaktif pada HUAWEI SHARE.
Ia bukan saja melancarkan pemindahan fail antara komputer, tablet dan telefon pintar, malah menerusinya anda boleh mengawal telefon pintar dan komputer riba menggunakan tetikus dan papan kekunci.
Dengan satu sentuhan, maklumat boleh dipindahkan ke pelbagai peranti. Sentuh telefon pintar di tangan, anda akan dapat paparan skrin yang sama di komputer. Buka aplikasi di telefon atau pindahkan dokumen dari telefon ke komputer anda dengan menggunakan tetikus. Boleh juga ‘double-click’ dokumen tersebut untuk mengeditnya (fungsi ini hanya untuk telefon pintar dengan antaramuka EMUI 10.1 dan versi terkini)
Sebaik sampai di rumah, cuma sentuh telefon anda untuk mengaktifkan pembesar suara Sound X memainkan lagu akhir yang anda dengar sebelum keluar rumah. Inilah kehebatan fungsi One-Tap Audio Sharing.
Jika mahu dengar semua lagu sebelumnya. Tak perlu bersusah-susah keluarkan telefon dari poket pun. Cukup dengan menutup pembesar suara dengan tapak tangan. Magik akan berlaku nanti!
Katakan kawan-kawan datang ke rumah dan mahu bermain permainan video bersama-sama. Fungsi One-Tap Network Connection pada HUAWEI SHARE inilah penyelamat anda. Tak perlu dah nak ulang sebut password Wi-Fi berkali-kali. Cukup dengan sentuh NFC tag setiap telefon pintar pada HUAWEI router anda boleh mengakses Wi-Fi di rumah.
Dengan fungsi One-Tap Screen Projection, telefon pintar anda juga boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh untuk TV pintar anda, malah menikmati kelebihan skrin yang lebih lebar dan imej yang lebih jelas.
Apa lagi yang Huawei Share ini boleh buat? Haa.. bila anda keluar rumah, tak perlu pun nak bawa kunci kereta tu. Dengan Huawei Share, anda boleh buka kereta hanya dengan menggunakan telefon pintar. Syaratnya kenalah dekat dengan kereta. Nak kunci kereta dari jauh pun boleh, dengan telefon pintar saja.
Huawei Share ini cumalah satu langkah permulaan. Pada masa akan datang, HUAWEI dengan kerjasama rakan ekosistem yang lainnya, akan menghasilkan lebih banyak inovasi untuk pengguna merasai sendiri pengalaman ‘smart life’.
Langkah 1
Gunakan Petal Search Widget -Find Apps dalam telefon pintar Siri P40 anda. Klik Find Apps pada homescreen untuk mula.
Langkah 2
Aplikasi Petal Search Widget akan paparkan senarai aplikasi popular pilihan untuk anda muat turun. Taip saja aplikasi yang anda kehendaki pada butang carian.
Langkah 3
Berdasarkan carian anda, senarai aplikasi paling relevan akan tersenarai pada Petal Search Widget – Find Apps. Seterusnya, muat turun dari HUAWEI AppGallery, boleh juga install aplikasi dari link rasmi, jadikan versi web atau install aplikasi dari penstoran lain.
Alhamdulillah, akhirnya niat ibu untuk membina masjid menggunakan wang pampasan arwah anaknya sekeluarga yang terlibat dalam tragedi MH17 menjadi kenyataan.
Masjid Al-Ghazali dibina bagi memperingati arwah kakak Sumardi Ghazalee, sekurang-kurangnya dengan terbinanya masjid ini menjadi bekalan akhirat buat arwah sekeluarga. Al-fatihah.
“Masjid Al-Ghazali di Jalan Depo di Petra Jaya, dibiayai sebahagian besarnya menggunakan semua wang pampasan enam sekeluarga menjadi mangsa tragedi pesawat MH17,” ujar Sumardi Ghazalee.
Dia adalah adik bongsu arwah Ariza Ghazalee yang terkorban bersama suami, Tambi Jiee serta empat anak mereka, Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13.
Dalam tragedi MH17 itu, Tambi Jiee yang juga jurutera petroleum dalam perjalanan pulang menaiki pesawat itu bagi menyambut Aidilfitri selain berpindah tugas dari Astana, Kazakhstan ke Kuala Lumpur.
Menurut Sumardi, sebenarnya ibu mereka, Jamilah Noriah Abang Anuar yang mencadangkan pembinaan masjid itu menggunakan wang pampasan insiden berkenaan.
“Syukur alhamdulillah, hasrat ibu kami yang mahu menggunakan wang pampasan disalurkan kepada perkara yang memberi manfaat kepada semua arwah sudah kami tunaikan.
“Masjid berwarna kelabu itu dibina dengan kos sebanyak RM3.5 juta dengan sebahagiannya menggunakan semua wang pampasan diterima sebelum ini,” katanya.
Dia memaklumkan, mereka sekeluarga berbincang dan sebulat suara bersetuju membina masjid itu walaupun kos melebihi pampasan diterima.
Bagi memastikan dana mencukupi, Sumardi sekeluarga turut menerima sumbangan daripada orang awam yang berinfak dan mewakafkan serta sumbangan daripada Kerajaan Sarawak.
Selepas semuanya berjalan lancar dan pembinaannya siap mengikut jadual, Masjid Al-Ghazali telah dibuka kepada orang awam, bermula 13 Mei tahun lalu.
“Ibu gembira, kami sekeluarga pula lega kerana hasrat untuk membina masjid sebagai memperingati arwah kakak sekeluarga akhirnya terlaksana setahun yang lalu,” katanya.
Masjid serba moden yang mampu memuatkan sehingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa itu adalah hasil reka bentuk Sumardi sendiri yang juga seorang arkitek.
Sumardi yang kini pengerusi masjid berkenaan berkata, sejak dibuka masjid yang terletak di tepi jalan yang menjadi laluan utama dari kawasan Semariang ke Jalan Tun Abdul Rahman Yakub sering menjadi persinggahan pengguna jalan raya untuk menunaikan solat.
Menurutnya, bagi mengimarahkan lagi Masjid Al-Ghazali, pihaknya berhasrat untuk membina sebuah dewan berdekatan masjid itu namun kini hasrat itu tertangguh berikutan kekurangan dana.
“Dewan yang kami rancang itu akan menjadi tempat untuk upacara akad nikah serta aktiviti lain yang bermanfaat untuk semua.
“Berikutan kekangan kewangan, kami mengharapkan agar ada pihak sudi bekerjasama menyalur sumbangan untuk kita membina dewan yang akan mengimarahkan lagi masjid ini,” katanya.
Menurutnya lagi, mereka turut bersyukur kerana hasrat untuk menjadikan masjid itu sebagai tempat untuk solat Jumaat mendapat perkenan Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais).
“Sudah lebih sebulan kebenaran itu diberi dan kini sudah empat Jumaat, Masjid Al-Ghazali digunakan untuk solat Jumaat,” katanya.
MW: Semoga dengan terbinanya Masjid Al-Ghazali menjadi bekalan akhirat buat Tambi Jiee sekeluarga. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka. Amin.
Masih panas dengan isu pelarian Rohingya di negara kita, malah menjadi perhatian apabila jumlah mereka dianggarkan mencecah lebih 120,000 orang, dengan sebahagian besar masih berdepan ketidaktentuan hala tuju kehidupan.