
Isi Kandungan
ToggleMeriah Berkumpul Hari Raya, REZEKI Atuk Nenek Miliki Keturunan 10 Cucu, Cicit KEMBAR! Hari Raya merupaka waktu kebanyakan seluruh ahli keluarga berkumpul meraikan hari raya. Lebih meriah apabila dalam keturunan mempunyai pasangan kembar.
10 Pasangan Cucu Cicit Kembar
Sepasang suami isteri warga emas di Batu Bara, wilayah Sumatera Utara menjadi perhatian ramai kerana memiliki 10 pasangan kembar cucu dan cicit, lapor laman berita Detik semalam.
Sudio, 98, dan isterinya Welas, 86, memiliki 10 orang anak, namun tiada seorang pun daripada anak mereka dilahirkan kembar.
“Anak-anak pasangan ini tiada kembar. Namun, keturunan mereka yang lain iaitu cucu dan cicit dilahirkan dengan 10 pasangan kembar.
“Pasangan kembar paling tua adalah cucu mereka yang berusia 35 tahun serta telah pun mempunyai anak,” kata salah seorang cucu, Santi.
Ahli Keluarga Lebih 100 Orang
Tambahnya, seluruh ahli keluarga yang melebihi 100 orang itu akan berkumpul setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri di rumah Sugio dan Welas di Batu Bara.
Mereka turut mengadakan acara tradisi unik iaitu mengarak pasangan suami isteri itu menggunakan beca motosikal.
Keluarga besar itu memiliki 10 orang anak dan menantu, 58 cucu serta 30 cicit.
Baca Lagi Di Sini:“Tak Sanggup Jaga Terlalu Ramai” Hamil Pasangan Kembar Kelima, Wanita Ditinggal Suami!
Artikel Menarik:Kembar 9 Membesar Dengan Sihat, Sambut Ulang Tahun Kelahiran Pertama!

Mingguan Wanita: Wah seronok dapat keturunan kembar. Memang bertambah meriah apabila berkumpul seluruh ahli keluarga.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dedah Wanita Tak Dikenali Hantar Sihir Pemisah, Bella & Aliff Sedaya Upaya Selamatkan Rumah Tangga

Isi Kandungan
ToggleDedah wanita tak dikenali hantar sihir pemisah, Bella & Aliff sedaya upaya selamatkan rumah tangga. Pantang melihat rumah tangga orang lain bahagia, ada saja cubaan yang hendak meruntuhkan mahligai bahagia.
Begitulah lumrah hidup berumah tangga bila kita bahagia ada saja yang tak puas hati.
Terbaru pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan dia dan keluarga sekali lagi berhadapan dengan gangguan sihir.
Dedah Wanita Tak Dikenali Hantar Sihir Pemisah
Rupanya sudah lebih sebulan kehidupan Bella sekeluarga agak kacau bilau dek kerana gangguan sihir yang dihantar oleh seorang wanita tidak dikenali.
Bella dan pasangannya Aliff telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019. Kemudiannya mereka rujuk kembali ketika dalam tempoh edah. Hasil perkongsian hidup itu, mereka juga dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Seperti mana dikongsi menerusi Harian Metro, Bella menyatakan ada yang mahu dia dan suami berpisah.
“Ada yang menghantar sihir pemisah rumah tangga. Kalau kata kami nak berpisah, kenapa tak berpisah dari dulu saja masa banyak kes yang terjadi antara saya dan Alif.
“Apa yang kami lalui selama lebih sebulan ini tak ok. Tapi saya bersyukur apabila Aliff tidak pernah menolak setiap kali saya ajak pergi berubat sebab dia sendiri pun dapat rasakan perubahan terhadap dirinya. Begitu juga dengan saya,” kongsi Bella yang bersyukur Aliff sentiasa berada disampingnya dan tidak menolak untuk menjalani rawatan alternatif.
Sampai Tak Boleh Bekerja
Bella juga menyatakan perkara tersebut menyebabkan dia dan Aliff tidak dapat menjalankan kerja seharian seperti biasa dan banyak kerjanya yang tertangguh.
“Gangguan ini berlaku secara keseluruhan. Saya sangat takut dengan apa yang berlaku sekarang ini. Terlalu berat untuk saya kongsikan.
“Tapi Alhamdulillah kami semakin pulih sebab Aliff nak pergi berubat. Mungkin sesetengah pasangan, dia tidak mahu atau tak percaya, tapi dia sama-sama nak cari jalan sebab dapat rasakan sesuatu pelik terjadi kepada kami,” kongsinya.
Dugaan Berat
Wanita kental ini juga memberitahu dia dan Aliff sedaya upaya akan menyelamatkan rumah tangga mereka.
“Alhamdulillah kami sudah cukup matang sekarang. Jadi, kami anggap apa yang berlaku ini sebagai ujian dan teguran untuk saya.
“Jadi sekarang ini saya perlu lebih berhati-hati dalam membuat perkongsian di media sosial. Mungkin sebelum ini saya terlalu kerap berkongsi hingga buat orang tak selesa.
“Aliff sekarang sedang berehat dan dia selalu beri saya sokongan moral. Dia juga selalu ingatkan saya supaya tidak mengalah dan minta saya untuk berjuang menyelamatkan perkahwinan ini.
“Rumah tangga kami nak masuk tahun ketujuh bersama anak-anak. Jadi saya nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas apa yang saya lakukan. Tapi, selepas ini InsyaAllah saya akan lebih berhati-hati dalam berkongsi apa saja di media sosial,” sambungnya.
BACA DI SINI : Bella Mimpi Anak Pegang Ular Besar, Dedah Seperti ‘Diganggu’ Terpaksa Minta Bantuan Ustaz & Ustazah

Bertuahnya Bella Astillah, Ibu Mentua Titipkan Doa “Semoga Sentiasa Dalam Kasih Sayang”
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber / Sumber Foto : Intagram Bella Astillah Instagram Aliff Aziz
Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Al-Fatihah, arwah Nurin Jazlin Genap Usia 25 tahun hari ini. Ucapan Hari Lahir Bapa Bikin Sebak

Isi Kandungan
ToggleHari ini, tanggal 11 September merupakan ulang tahun ke-25 tahun buat kanak-kanak yang dibunuh kejam 16 tahun lalu, Nurin Jazlin Jazimin.
Ucapan hari lahir itu dimuat naik oleh bapa Allahyarhamah, Jazimin Abdul Jalil menerusi akaun Facebook dan TikToknya.
Jazimin berkongsi gambar Nurin Jazlin yang ketika itu berusia lapan tahun beserta tulisan ’11 September 1999, Al-Fatihah’.
Melihat hantaran tersebut, ramai yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan hari lahir beserta ucapan takziah sekali gus turut mendoakan semoga keadilan dapat ditegakkan buat kematian Allahyarhamah.
Pembunuhan Kejam
Nurin, yang juga anak kedua daripada tiga beradik kepada pasangan Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman diculik pada 20 Ogos 2007 ketika dia meninggalkan rumah sendirian untuk menuju ke pasar malam di Wangsa Maju.
Kegagalannya pulang menyebabkan adik-beradik serta ibu bapanya cemas dan tertekan.
Usaha Tanpa Jemu
Pelbagai usaha dilakukan melalui media dan orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengesan murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Setapak, Setapak, Kuala Lumpur itu.
Pada pagi 17 September 2007, sebuah beg sukan yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya ditemui oleh pemilik kedai. Beg itu mengandungi badan kanak-kanak tanpa seurat benang dan dibiarkan dalam keadaan bogel.
Siasatan kemudiannya mengesahkan bahawa dia dirogol dan dibunuh.

Berikut adalah beberapa fakta penting berkaitan kes tersebut:
- Mayat kanak-kanak yang tidak dikenali disumbat dalam beg berkenaan dan polis percaya bahawa kanak-kanak itu telah mati lebih daripada enam jam sebelum penemuan berkenaan.
- Lebih menyayat hati, timun dan terung ditemui disumbat dalam kemaluan kanak-kanak itu yang juga telah menyebabkan rektumnya pecah.
- Hasil bedah siasat menyatakan jangkitan bakteria telah menyumbang kepada kematian mangsa.
- Ketika kejadian, ibu bapa Nurin Jazlin tidak dapat mengenal pasti mayat itu sebagai anak perempuan mereka kerana perubahan dalam ciri-ciri fizikal kanak-kanak terbabit.
- Pihak polis telah berusaha sedaya upaya mengesan pembunuh yang terlibat melalui hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejiranan setempat di lokasi tempat tinggal kanak-kanak itu namun tidak mendapat gambaran yang jelas kerana rakaman itu kabur.
- Walaupun pihak polis berjaya menahan antara tiga hingga empat orang yang disyaki terlibat namun pengesanan suspek utama sukar dibuat ekoran gambar pelaku tidak dirakam dengan jelas dan sehingga kini masih bebas.
Pembunuh Masih Bebas
Pada 2018, bapa Nurin menggesa pegawai polis membuka semula kes pembunuhan anaknya itu dengan harapan dapat mencari sesuatu yang baharu dengan penggunaan teknologi moden tetapi rayuannya tidak pernah dikabulkan.
Jika ditakdirkan pembunuhan kejam Nurin Jazlin tidak dapat dirungkai sehingga lebih dua dekad, ia tidak akan mengubah pendirian bapa kanak-kanak itu, Jazimin Abdul Jalil untuk mencari keadilan buat kanak-kanak malang itu.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelajar Autisme Sekolah Tahfiz Amy Search Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al Quran!

Isi Kandungan
TogglePada 2 April setiap tahun merupakan hari kesedaran Autisme sedunia. Mempunyai masalah Autisme bukanlah satu halangan untuk berjaya dalam hidup. Mak ayah yang dianugerahkan dengan anak-anak yang mempunyai autisme tak seharusnya memandang rendah keupayaan anak-anak ini untuk berjaya.
Meskipun laluan kehidupan mereka agak sukar dan penuh berliku, namun jika dibimbing dengan betul dan diberi sokongan sepenuhnya, mereka juga mampu cemerlang. Bahkan, silap-silap lebih hebat berbanding anak-anak biasa.
Siapa sangka, anak-anak autisme juga mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran. Sungguh luar biasa hebatnya.
Pelajar Autisme Hafaz 30 Juzuk Al Quran
Pelajar sekolah tahfiz, Al-Bayan School of Quran & Hadith milik penyanyi rock negara, Amy Search,61 iaitu Iqbal Hakim Mohd. Isa,17 menjadi pelajar pertama menghafaz 30 juzuk al-Quran sekali gus menamatkan pengajian di sekolah berkenaan.
Berita gembira tersebut dikongsikan didalam instagramnya baru-baru ini. Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman berkata, beliau berbangga dengan pencapaian anak istimewa itu yang merupakan penghidap autisme dapat menghafaz Quran hanya dalam tempoh yang singkat, 3 tahun 1 bulan.
“Alhamdulillah. Sorang pelajar bernama Iqbal dapat kita hasilkan khatam 30 juz dalam tempoh 3 tahun 1 bulan”
“Sedikit perkongsian tentang Iqbal.Pernah didiagnose sebagai Severe ASD (Autism Spectrum Disorder) Speech delay. Mula bercakap umur 10 tahun.Banyak isu sensori seperti tak suka pakai baju berkolar, suka menjerit, tak boleh dengar bunyi bising & selalu hilang tengah ramai-ramai orang”
“Daftar Albayan (pusat Tahfiz) pada umur 13 tahun. Keluarganya nekad tinggalkan Iqbal di asrama. Bagi tau ustaz segala kekurangan Iqbal.Tapi itu semua bukan penghalang untuk Iqbal. Tidak pernah pernah memaksa dia menghafal Alquran. Cuma sekali sekala kami ingatkan jika nampak dia terleka”
“Alhamdulillah sekarang segala kekurangan yang ada dapat diatasi. Menghafal Alquran dalam masa 3 tahun 6 bulan adalah satu kejayaan besar untuk anak ASD seperti Iqbal. Alquran juga sebagai terapi untuk anak-anak istimewa seperti Iqbal. Terima kasih kepada semua para-para guru yang memikul tanggung jawab yang tak terhingga. Terima kasih juga kepada semua sahabat-sahabat dan memberi dukungan yang tak pernah putus dari awal hingga hari ini. Moga Allah limpahi rahmat dan di beri hidayah buat kita semua. AmeenYRA” ujar Amy.
View this post on InstagramA post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on
Adik Autisme Hafal 10 Juzuk AlQuran
Sementara itu didalam posting yang lain, Amy turut berkongsi bahawa adik Iqbal, Iqmal Harith Mohd Isa juga didiagnos mempunyai mild autisme (ASD) dan sudah menghafal 10 juzuk Al Quran.

View this post on InstagramA post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on
Amy yang merupakan penyanyi kelahiran Johor Bahru menubuhkan Al-Bayan School of Quran & Hadith pada tahun 2015 bersama seorang ustaz, Mohd. Bilal Mohd Sujak. Sejak dibuka, sekolah tahfiz itu yang mempunyai lebih 40 pelajar tahfiz itu mengikuti pengajian menghafaz al-Quran dan beberapa subjek akademik lain.
MW: Alhamdulillah. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan sumber inspirasi. Jadi buat mak ayah yang mempunyai anak-anak Autisme, jangan mudah mengalah. Jangan anngap ia sebagai satu penghalang, malah teruslah membimbing anak-anak ini, agar mampu berjaya juga.
Sumber: aku.amysearch
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI