7 Jam Menahan Sakit, Usia 38 Tahun Datin Sri Shahida Selamat Bersalin Anak Keenam. Alhamdulillah, Ramadan ke-12 lebih bermakna pada tahun ini apabila Datin Sri Shahida Mohd Rashid baru sahaja mengumumkan telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang juga anak keenamnya.
Kelahiran Rumit Anak Keenam
Munurut Datin Shahida lagi, kelahiran anak keenam ini agak rumit berbanding kelahiran anak-anaknya yang terdahulu. Bayi dilahirkan dengan keadaan bahagian tangan keluar dahulu. Namun alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan selamat bersalin secara normal.
Syukur Alhamdulillah tepat jam 2.40 petang hari isnin 3 April 2023 (sama birthday dengan abah @aliffsyukriterlajaklaris lahir lah seorang Putera setelah bertarung menahan kesakitan selama 7 jam.
Tak sangka serumit ini untuk cahaya mata ke 6. Boleh pula tangan dia keluar dulu..jenuh Dr nak masukkan tangan dua…tetap dia nak minta duit raya juga……jadi hujung-hujung memang sambut tangan baby la dulu kita..apapun semuanya selamat, ujarnya.
Ucapan Terima Kasih
Isteri kepada usahawan selebriti Dato’ Sri Alif Syukri,36 ini turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan yang membantu dalam proses kelahiran anaknya serta yang sama turut mendoakan urusannya dipermudahkan.
Ads
Terima kasih pada semua yang tak putus putus mendoakan agar urusan saya dipermudahkan. Terima kasih Dr yang paling baik,paling cantik Datin Dr @suesalleh1970 dan semua nurse-nurse di @gleneagleskl yang banyak sangat bantu saya mudahkan proses kelahiran anak ni.
Terdahulu pasangan ini berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan,15 Qadejah El Zahra,13 Ibraheem Adham,11 Yusoff Al Qardawi,5 dan Raudah Arshiyah,4 .
Mingguan Wanita:Alhamdulillah, tahniah diucapkan buat usahawan selebriti ini. Seronok usia muda ada anak ramai. Selamat berpantang buat Datin Sri Shahida dan semoga bayi membesar dengan sihat.
Satu perkara yang memberi kebimbangan ramai apabila ada cadangan daripada kerajaan mahu memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini.
Keputusan ini mendapat tentangan daripada pelbagai pihak terutama keluarga mangsa bunuh. Kisah yang dibawakan mantan Editor Kanan, Sinar Harian, Syahril A. Kadir ini diharap dapat membuka mata ramai pihak.
Di Kelar Sehingga Mati Dan Dibiarkan Tepi Lebuh Raya
NUR SYUHADA Johari baru berusia 20 tahun. Dia adalah pelajar jurusan Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan UITM.
Akhbar yang menemuramah bapa Nur Syuhada pernah melaporkan, sewaktu di bangku sekolah, beliau mengenali seorang pemuda bernama Syarafi Abu yang tinggal berhampiran rumahnya. Namun pemuda yang tujuh tahun lebih tua darinya itu seringkali menganggunya.
Malah, ketika Nur Syuhada di tingkatan lima, pemuda itu pernah bertindak ganas dengan memecah pintu rumah untuk membawanya keluar.
Syarafi rupanya seorang penagih dadah dan pernah ditahan polis.
Disebabkan perangainya itu, bapa Nur Syuhada melarang dia berkawan dengan Syarafi, malah bapanya juga pernah membuat laporan polis ketika pemuda itu membawa lari anaknya.
Syarafi kemudiannya bekerja di Melaka. Ini melegakan keluarga Nur Syuhada namun dia tetap mengacau gadis tersebut. Kalau tak jawab telefon, dia hantar mesej marah-marah dan ugut Nur Syuhada.
Lelaki Itu Larikan Diri Masuk Hutan
Kemuncaknya pada 2 Februari 2015, kira-kira jam 11 pagi, seorang saksi telah melihat sebuah kereta jenis Proton Perdana warna hitam diletakkan di bahu jalan di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dekat Bukit Gantang,
Kelihatan seorang gadis telah keluar dari kereta terbabit melalui pintu pemandu dan kemudian jatuh ke jalan.
Dalam masa yang sama, kelihatan seorang lelaki turut keluar dari kereta berkenaan dan menarik mangsa ke bahagian tepi besi penghadang jalan.
Namun selepas itu, lelaki berkenaan bertindak melarikan diri dan masuk ke hutan.
Kedengaran lelaki berkenaan telah menelefon seseorang dan berkata, “minta maaf dan dia telah buat silap”
Saksi itu juga terkejut selepas mendengar lelaki berkenaan mengeluarkan kata-kata “Dia tak mampus lagi ke?”
‘Mangsa Kelar’ Di Mana Keadilan Untuk Nur Syuhada?
Orang ramai yang berada di tempat kejadian juga mula curiga dengan lelaki berkenaan dan bertindak memukulnya lalu menyerahkannya kepada polis peronda yang sampai di tempat kejadian.
Dan selepas disiasat, polis mengesahkan suspek yang mengelar Nur Syuhada adalah tidak lain dan tidak bukan – Syarafi!
Nursyuhada meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar. Arwah kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan, Kedah.
Syarafi kemudiannya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Taiping selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Namun dengan keputusan jemaah kabinet baru-baru ini hendak memansuhkan hukuman gantung atas alasan hak asasi manusia, jika Syarafi belum menjalani hukuman, maka dia akan selamatlah daripada hukuman tersebut.
Hak asasi Nur Syuhada?
Maaf. Di negara ini, haknya setakat tertuduh dibawa ke mahkamah, dibicarakan dan dipenjara sahaja.
Jangan nak salahkan orang lain kalau perut masih buncit selepas berpantang sebab selalunya mesti ada pantang larang yang anda dah langgar kalau kesannya perut tak kempis! Nak semak apa kesalahan yang mungkin anda dah buat, baca perkongsian daripada Juru Urut Bertauliah dan Pengamal Warisan Perbidanan Melayu Lama, Siti Aishah…
Kak ice dah urut ramai ibu-ibu dalam pantang.
Tetapi apa yang kak ice nampak… ibu yang rajin berbengkung, pengamal herba yang melawaskan najis dan darah nifas dan tidak minum air kosong lebih mudah kempis.
Kadang-kadang kak ice datang buat rawatan penutup pada hari ke 30, perut ibu masih membukit ketika baring. Bila dikelek perutnya, terasa sebu angin, dan kadang-kadang ketul-ketuk najis yang terkumpul.
Bila dipegang kawasan ari-ari, keras. Ia menunjukkan darah nifas tak habis keluar.
Sepatutnya hari ke 30 perut dah mampu kelihatan kempis ketika berbaring. Normallah kalau kulit perut mengayak ketepi badan. Tetapi tidak normal kalau perut masih membukit selepas 30 hari berpantang.
Antara aturan berpantang yang tidak dititikberatkan oleh ibu-ibu ini ialah:-
1. Culas berbengkung. Berbengkung ini membantu memegang otot perut yang dah kembang 9 bulan masa hamil. Otot perut yang dibiarkan tanpa sokongan akan mengakibatkan otot kanan dan otot kiri perut mengembang. Dan organ2 dalaman seperti rahim, usus akan menolak kehadapan. Keadaan ini membuatkan ibu boroi.
2. Sembelit. Proses meneran najis yang extreme melemahkan lagi otot2 perut. Sebab tu penting amalkan Phyto Natal dari NR utk melancarkan oengeluaran najis
3. Bidan-bidan Melayu percaya, darah nifas yang tidak habis keluar akan mengakibatkan ari-ari ibu kelihatan membukit. Dan ibu akan mudah terkena rengat dan senggugut lepas bersalin.
4. Amalan air kosong. Ramai cakap kena minum air kosong utk elakkan dehidrasi dan banyakkan susu. Tetapi amalan air kosong semata-mata ada padahnya. Perut membuncit. Kulit badan menggeleber. Lelehan faraj yang berterusan. Gantikan amalan air kosong dengan air Akar Herbanika. Akar ini membantu mengeluarkan lebihan air dari tubuh badan tanpa mengakibatkan dehidrasi. Ia juga membantu mencuci pundi kencing, buah pinggang dan hati. Dan yang lebih penting pengeluaran susu meriah.
Kalau nak trim balik perut, tengah bulan Ramadhan ni, rajin-rajin amalkan air Akar Herbanika. Berbengkung masa tidur. Bergirdle masa pergi kerja. 10 sit up setiap kali lepas solat.Elakkan minum air setengah jam selepas makan. Elakkan terus air berais masa Ramadhan.
Cara dah bagi, antara malas atau rajin je korang nak ikut.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula bermula 4hb Mei.
PM berkata langkah ini dalam mencari jalan mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara dan kepentingan membendung wabak COVID 19.
Sebelum ini satu video telah tular di laman sosial menunjukkan orang ramai mula keluar semasa PKP. Keadaan tersebut menggambarkan seolah-olah orang ramai tidak takut dengan wabak Covid-19.
Sumber/Foto: Instagram FT@faizal_tahir
Dek kerana itu penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir mula bersuara kerana rasa sangat kesal dengan sikap orang ramai yang mementingkan diri sendiri. Malah mereka seoalah-olah langsung tidak memikirkan perasaan para frontliner atau barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi jangkitan virus.
Sumber/Foto: Instagram FT@faizal_tahir
Menerusi IG Live di Instagram Peribadinya FT@faizal_tahir meluahkan segala kekesalan dan mengajak rakyat Malaysia agar bersabar dan melawan Covid-19 ini pendamik wabak merbahaya ini masih belum berakhir.
Antara petikan yang diluahkan oleh Faizal;
“Saya ada repost sebuah video ambil dari Instagram Aznil Haji Nawawi, saya nak minta maaf banyak-banyak di atas penggunaan bahasa yang sedikit kasar sebelum ini menerusi dua post saya yang terdahulu dan saya akan delete post tersebut.
“Saya faham yang kita sudah 40 hari lebih tak boleh keluar rumah. Tapi bukan 100 peratus tak boleh keluar rumah, saya pasti dalam tempoh PKP ada keluar rumah memandangkan keluarga keluarga beli makanan di pasaraya apa yang patut.
“Pada 1 Mei Perdana Menteri telah mengumumkan PKPB (Perintah Kawalan Perintah Bersyarat) bermula 4 Mei. Namun hari ini baru 3hb dan saya lihat satu restoran ini berpusu-pusu orang pergi beli makanan.
“Takkan Tak Boleh Tunggu Lama Sikit”
“Allah, takkan tak boleh tunggu lama sikit. Kalau kita boleh bertahan sedikit, silap-silap boleh beraya seperti biasa. Saya faham dah lama tak keluar rumah, saya pun stress. Tapi keluarlah ke laman rumah untuk ambil udara segar.
“Bersyukurlah! Ada ramai lagi orang keadaan sangat teruk yang sudah kena lockdown bertahun-tahun contohnya seperti di Syria, Gaza.
“Tolonglah anda memberi risiko kepada nyawa orang lain. Kalau anda buat begitu dan kena pada diri sendiri, awak yang tanggung dan tanpa berjangkit pada orang lain saya tak kisah. Namanya pergi mencari masalah. Saya faham, kena keluar, saya faham dari segi ekonomi kerugian banyak. Tapi ini adalah masa kita kena berfikir benda yang masuk akal.
“Saya tahu ekonomi drop kalau yang berpusu-pusu beli di kedai makanan bukanlah orang yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Orang-orang yang pergi kedai makan tu semua orang yang berduit.
“Cuba Virus Tu Nampak, Kita Mesti Tak Akan Keluar”
“Faham niat baik murni bawa balik makanan untuk keluarga, tapi kalau anda bawa balik virus apa yang akan jadi. Sebab virus tak nampak. Cuba virus tu nampak, kita mesti tak akan keluar. Tak percaya ke ada Corona Virus.
“Takkan tak boleh tunggu sikit lagi, esok baru 4hb. Kerajaan baru longgarkan sedikit. Jangalah terburu-buru, sabarlah.
“Kita suka tengok dan sokong yang Ebit Lew, Datuk Siti Nurhaliza, Noh Hujan apa yang dibuat untuk diberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan pertolongan. Jadi janganlah bagi angka bertambah.
“Tolonglah fikir pada Frontliners. Patut mereka yang tak sabar ini jadi Frontliners. Kena fahami apa yang Frontliners lalui. Hargailah mereka yang sudah keletihan. Masih ada kematian dan kes baru yang banyak dalam masa dua hari ini.
“Ini adalah tanggungjawab kita bersama. Bila saya cakap tanggungjawab bersama, dalam situasi ini saya tak salahkan sesiapa 100 peratus, setiap orang dalam masyarakat kita memainkan peranan. Semua kena share tanggungjawab, saya ambil kesalahan ini kepada diri saya sendiri. Mungkin saya sendiri sebagai public figure, tak cukup beri education kepada orang di luar sana. Anda juga perlu faham tanggungjawab anda.
“Silap-silap tunggu sikit lagi, semua orang boleh balik kampung. Ada cucu yang rindukan nenek mereka di kampung.
“Saya pernah jejakkan kaki di Syria, saya tahu bagaimana keadaan mereka. Saya ingin kongsikan bagaimana penderitaan mereka. Kita baru sedikit, tak boleh keluar rumah untuk menentang Covid-19.
Dengarlah Cakap Perdana Menteri!
“Saya harap mereka yang keluar berpusu-pusu pergi beli makanan di kedai mamak tadi, balik rumah bersihkan diri dan jangan sentuh sesiapa sebelum bersihkan diri.
“Saya ulang kisah nabi, satu waktu dahulu, ada seorang sahabat nabi ada bercakap pasal unta dia takut kena curi. Nabi berkata, percayalah pada Allah dan ikatlah unta kamu. Memang percaya pada Allah tapi kena ada usaha.
“Dengarlah cakap Perdana Menteri!”
“Saya hanya akan bersuara apabila saya rasa saya perlu bersuara kerana ini melibatkan soal nyawa orang.
“Kita belum menang guys, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
“Alhamdulillah kita masih boleh bernafas, jika tak ada masalah janganlah cari masalah. Yang beragama Islam doakan untuk semua orang, buat baiklah dengan semua orang tak kisah bangsa dan agama. Buat apa-apa bersederhanalah, dalam apa saja yang kita buat, jangan terlebih dan terkurang.
“Saya tak sempurna banyak kelemahan dan kekurangan. Saya bersyukur Allah beri peluang untuk saya perbaiki kelemahan saya. Tolonglah bersabarlah sedikit saja lagi. Patuhi arahan, saling bantu membantu. Mana ada rezeki lebih, hulurkan bantuan. Esok ramai yang sudah masuk kerja, saya doakan yang baik-baik buat mereka. Kita jaga diri semua orang,
“Islam mengajar kita biarlah masuk akal apa yang kita buat dan tak susahkan orang lain,” luah Faizal Tahir menerusi IG LIVE.
Teguran daripada Faizal ini diharap dapat memberi kesan kepada mereka di luar sana. Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah sama-sama menjaga keselamatan sesama kita. Bersamalah kita memerangi wabak Covid-19.
Circle yang betul bukan sekadar rakan biasa. Mereka akan sentiasa ada untuk menyokong dan berperanan besar dalam kejayaan kita.
Circle yang betul juga percaya dengan...