Adik bela nasib kakak lumpuh dibelasah suami, ingatkan wanita lain jangan jadi mangsa. Dua tahun lalu, media sosial digemparkan dengan perlakuan ganas seorang suami, Rosmaini Abdul Raof yang bertindak membelasah isteri hingga koma.

Dalam kejadian malang keganasan rumahtangga itu, Jahidah Nordin yang  mengandung empat minggu ketika itu diberitakan mengalami pendarahan di bahagian otak selain cedera teruk di belakang badan serta tulang rusuk retak dan patah akibat dipukul dengan teruk.

Dan kesan dari dipukul itu, sebahagian tengkorak kepalanya terpaksa dibuang. Dan dalam tempoh terbaring koma itu, kandungannya terus membesar hingga dilahirkan melalui pembedahan.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Suami Tegap Pukul Isteri Hingga Lunyai, Tular Video Anak Menangis Ketakutan Saksi Mak Dibelasah

Wanita Koma DiBelasah Suami Selamat Lahirkan Anak, Keluarga Namakan Bayi Sempena “Perjuangan” Jahidah

Nufail Makin Bijak, Membesar Sihat Walau Tidak Merasai Pelukan Ibu Yang Dibelasah Hingga Koma

“Masih Tidak Boleh Bergerak, Bercakap.” Setiap Kali Menyentuh Anak, Pasti Air Mata Mengalir

Adik Bela Nasib Kakak Lumpuh Dibelasah Suami

Anak tunggalnya,  Ehsan Nufail kini setahun dua bulan hanya mampu meraih kasih ibu saudara, Fauziah yang membelanya dan masa sama menjaga kakaknya yang lumpuh dan tidak mampu berbuat apa langsung.

Dalam pada itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda kini dibebaskan dengan ikat jamin.

Perbicaraan kesnya akan bermula pada 26-28 hb Februari ini.

IKLAN

Ingatkan Wanita Lain Jangan Jadi Mangsa

Susulan kakaknya yang dibelasah hingga tidak sempurna otak dan lumpuh, dalam pada itu dapat dilihat di fbnya,  Fauziah Nordin “BERPERANG” dengan lelaki yang pernah menghancurkan kehidupan kakaknya itu.

Bahkan dirinya mengingatkan wanita lain agar tidak menjadi mangsa kekejaman lelaki tersebut. Tulisnya, “kes kakak nie rare. Hanya dibuat oleh Rosmaini Abd Raof kat Malaysia. Kaum Hawa, jaga diri. Jangan ada mangsa lagi  lepas ini. Bahkan dirinya turut mengingatkan wanita agar berhati-hati kerana dikhabarkan ada ibu tunggal anak satu yang keluar dating dengan lelaki tersebut.

Bahkan Fauziah turut berkongsi status, lelaki yang menghancurkan hidup kakaknya itu bebas ke sana ke mari tetapi kakaknya terus terlantar.

Adik Bela Nasib Kakak Lumpuh Dibelasah Suami, Ingatkan Wanita Lain Jangan Jadi Mangsa
Fauziah mengingatkan orang ramai khususnya kaum wanita agar berhati-hati agar kejadian menimpa kakaknya tidak dilalui oleh wanita lain.

Tulisnya:-

IKLAN

“Senang lenang kau DAYUS siap join Geng Moto kepala Batas Jitra Kedah. Nak cari mangsa baru kaa? Lengkap lagi anggota badan kau bersenang lenang atas penderitaan orang lain.  Kau tunggu lah masuk PENJARA. Puas2 la kau enjoy kat luar ni dulu Jantan Tak Guna!

#gengmotojanganterpedaya#Jantandayus#Rosmainiderabinisampaikoma#komatengahhamil6minggu#kejam#braindamage#kekalbedridden

Bahkan dirinya turut mendoakan agar lelaki ini menerima sebatan 100 kali atau penjara seumur hidup lebih baik.

Susulan gambarnya yang dipost itu di medsosnya, geng-geng motor yang mana lelaki berkenaan ikut sama, tampil memberi penjelasan.

Dalam pada pendedahan dari Fauziah ini, satu kenyataan dari individu yang turut mengikuti ride berkenaan menulis sesuatu yang jelas perlu kaum wanita ambil peduli. Ini kerana dari dakwaannya, Rosmaini mengaku dirinya anggota keselamatan dan jika benar ia jelas satu penyamaran menjadi pihak berkuasa.

IKLAN

Adik Bela Nasib Kakak Lumpuh Dibelasah Suami, Ingatkan Wanita Lain Jangan Jadi Mangsa

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Adik Bela Nasib Kakak Lumpuh Dibelasah Suami, Ingatkan Wanita Lain Jangan Jadi Mangsa

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/

Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI