Hamil luar rahim Shima Anuar terpaksa gugurkan kandungan. Salam takziah diucapkan buat pelakon yang kini sedang popular dengan wataknya sebagai Anggun menerusi drama bersiri Suamiku Lelaki Pendosa apabila rezekinya untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian.
Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha, 54. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mariam Sophia, 3, dan Mikhael Imaan, 2.
Hamil Luar Rahim Shima Anuar Terpaksa Gugurkan Kandungan
Pemilik nama sebenar Nor Hashimah Anuar itu telah mengalami kehamilan luar rahim dan terpaksa menjalani pembedahan untuk mengugurkan kandungan di sebuah hospital.
Menerusi perkongsian sebuah hantaran di akaun rasmi Instagramnya, Shima mengumumkan berita sedih tersebut. Malah Shima juga turut memuat naik sekeping gambarnya berada di unit rawatan rapi (ICU) untuk pemantauan selepas menjalani pembedahan.
“Ia (pembedahan) sangat menyakitkan. Masih di ICU. Saya kehilangan darah semasa pembedahan semalam dan saya hilang bayi dalam kandungan disebabkan kehamilan di luar rahim.
Ads
Ramai Mendoakan Yang Terbaik
“Terima kasih terlalu ramai yang mendoakan saya. Saya akan baik-baik sahaja. Insya-Allah. Saya orang yang kuat kan?,” luah Shima.
Sebelum ini Shima telah berkongsi berita gembira kehamilan anak ketiganya.
Malah dia juga terpaksa membatalkan tawaran lakonan yang diterima selepas dinasihatkan oleh doktor supaya lebih banyak berehat demi kesihatan diri dan anak dalam kandungannya.
“Kami Sayang Kau” – Zulin Aziz
Menerusi ruangan komen, ramai rakan artis mendoakan yang terbaik buat Shima.
“Sediakan servis alternatif ke mahkamah tanpa peguam.” Suzana Ghazali dituduh tutup periuk nasi orang. Itulah luahan Suzana Ghazali, 48, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Bina Bahagia Services.
Ternyata hidup dalam dunia media sosial sekarang banyak cabaran, ada saja yang tak puas hati. Jelas Suzana dirinya tidak terkecuali, malah dirinya pernah didoakan yang bukan-bukan.
“Ada komen daripada mereka yang sentap dengan teguran saya sampai ada yang doakan saya mati. Tak kurang juga cabaran dan kritikan daripada rakan-rakan dalam bidang yang sama.
“Antara servis utama yang saya sediakan sekarang ini adalah membimbing klien untuk ke Mahkamah Syariah sendiri tanpa perlukan khidmat peguam syarie.
“Saya nak ambil peluang maklumkan sekali lagi dekat sini, servis saya hanyalah satu alternatif khusus buat mereka yang tidak mampu biaya kos peguam syarie swasta dan tidak layak untuk dapatkan khidmat peguam bantuan guaman. Saya tak berniat nak menutup periuk nasi sesiapa.
“Saya tak kaya pun, masih guna kereta kesayangan Iswara lahir tahun 2000. Saya sediakan khidmat alternatif ini rentetan kisah saya sendiri ketika berdepan kes dengan bekas suami dulu, diceraikan secara SMS.
“Saat itu saya dalam keadaan tak ada duit sebab selepas tinggalkan dunia guaman. Bila suami SMS cerai, saya uruskan kes saya sendiri dengan mudah. Masa tu saya terfikir, kes aku jadi mudah sebab aku ada ilmu dalam bidang ini.
“Macam mana kalau wanita yang tak ada ilmu dan tak ada juga duit untuk bayar peguam? Asbab itulah saya wujudkan Bina Bahagia Services dan teruskan servis alternatif ini,” luahnya ikhlas ingin membantu wanita teraniaya.
Sesungguhnya setiap kali berkongi sesuatu di media sosial, dirinya mengharapkan mereka yang membaca perkongsiannya mendapat ilmu yang diperlukan. Bila ada ilmu, biasanya pembaca atau pendengar akan faham situasi sebenar yang dihadapi seterusnya mereka dapat mengambil keputusan yang betul untuk bertindak.
Sememangnya memang menjadi visi Puan Suzana untuk menyampaikan ilmu buat panduan bersama dan di samping itu mewujudkan masyarakat celik ilmu khususnya wanita adalah misi wanita hebat ini.
Minat Suzana dalam bidang perundangan sebenarnya wujud sejak dirinya masih kecil lagi. Tetapi sebab utama datangnya passion dalam bidang ini bermula daripada hasrat untuk membantu kaum wanita.
“Hasrat tersebut lahir selepas saya menonton satu drama yang disiarkan menerusi slot Panggung RTM lama dulu, dalam tahun awal 80-an, saya masih di sekolah rendah.
“Saya menonton cereka Kalung, lakonan Izaidah Khairan yg memegang watak sebagai peguam bagi membela seorang isteri yang dituduh membunuh suaminya sendiri. Saya suka cara peguam tersebut beraksi membantu kliennya dan daripada situlah terbit hasrat, satu hari nanti saya juga nak tolong wanita yang teraniaya.
“Meneruskan kehidupan, saya sendiri diuji dalam perkahwinan dan saya dapat selesaikan masalah perkahwinan saya dengan mudah kerana ilmu yang ada. Menambah lagi passion saya untuk meneruskan hasrat saya sejak kecil tersebut,” ungkap Suzana yang memegang falsafah hidup, “Kuasai Ilmu, Anda Takkan Dikuasai”.
Kenangan ini sudah pasti tidak akan dilupakan Suzana biarpun kisah ini berlaku ketika mula-mula bergelar peguam syarie sekitar tahun 1999.
“Klien tak tunai janji untuk bayar duit saya. Saya dah ke Mahkamah Syariah untuk kes klien tersebut dan klien tak hadir dan saya tak ada duit kecuali cukup untuk tambang bas dari KL ke Kajang.
“Sampai pekan Kajang, saya jalan kaki dari pekan Kajang balik ke rumah sewa di Bukit Mewah (rasa dalam 4-5KM jugak) – sejak tu, saya akan pastikan klien bayar dulu kat saya sebelum saya buat kerja.
‘Selain itu kejadian yang tidak mungkin dilupakan adalah pada tahun 2005, saya dijadual bertemu seorang wanita. Sebelum mulakan sesi, tiba-tiba kami didatangi seorang lelaki dan dia mengugut saya jika teruskan kes. Si lelaki tu rupanya suami kepada klien saya,” jelasnya.
Tambah Suzana, dia pernah berniaga nasi lemak dan kuih pada tahun 2007 dek kerana tidak diberikan gaji dan juga dalam masa sama diuji suami yang lari dari kerja dengan tentera.
“Saya tekad halau suami daripada rumah dan sebab marahkan tindakan saya, suami ceraikan saya talak satu dengan SMS. Oleh sebab itu sampai hari ni saya berasap saja kalau ada klien yang masih simpan suami yang tak kerja,” jelasnya satu persatu.
Menurut Suzana dia sememangnya lebih rapat dengan bapanya sedari kecil, oleh hal demikian bapanya memberi pengaruh besar dalam hidupnya sehingga ke hari ini. Malahan jika berdepan dengan sesuatu masalah, dia akan merujuk bapanya.
“Bapa saya, Ghazali Ebramsa yang memberi inspirasi buat saya hingga ke hari ini kerana bapa adalah seorang yang tegas tetapi penuh kasih sayang. Bapa juga mudah tolong orang lain. Sebagai anak sulung, walaupun saya perempuan tetapi bapa ajarkan untuk menjadi berani dalam perkara yang kita yakin adalah benar.
“Dia juga ajarkan saya erti tabah dan tidak mudah putus asa. Bapa juga sering mendorong dan menyokong saya,” akuinya bahawa hasrat membantu dan ditambah dorongan cara dia dibesarkan, Allah izinkan perjuangan Suzana selama ini.
Melihat caranya saja, membuatkan kita boleh meramal bagaimana sikap Suzana yang sebenarnya. Dirinya mengakui bahawa dia sejenis orang yang tak suka melayan perasaan kerana tidak mahu kerja tertangguh atau terbengkalai.
“Jadi bila ada ujian, saya akan tetapkan masa untuk melayan perasaan tak akan lebih daripada 24 jam. Contoh hari ni saya diuji dan saya rasa lemah atau sedih atau kecewa.
“Waktu malam sebelum tidur, saya akan cakap dengan diri sendiri, “Ya Allah, malam ini aku tidur, aku nak rehat dan esok aku nak bangun dalam keadaan yang lebih baik, lebih kuat untuk teruskan hidup.
“Alhamdulillah hingga kini, Allah masih izinkan. Perkara sama saya buat masa saya sedih sangat kehilangan adik kandung pada Oktober 2020. Prinsip saya juga, kalau hari ni kita kecewa, tak semestinya esok kita akan kecewa juga.
“Selagi diberi nafas,kita ada peluang untuk cipta bahagia hidup kita. Dalam masa sama, saya tak akan benarkan orang lain kawal hidup atau kawal emosi saya. Tipulah kalau saya tak pernah dikecewakan tapi saya tak akan biarkan kekecewaan tersebut berpanjangan,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Remy Ishak akui belum diberi rezeki timang cahaya mata. Begitulah luahan pelakon terkenal Remy Ishak apabila berlegar sebelum ini gosip tentang isterinya, Ezza Yusof dikatakan sudah berbadan dua.
Pemilik nama sebenar Mohammad Zalimie Ishak juga mendedahkan dirinya dan isteri Ezza belum diberi rezeki menimang cahaya mata.
Seperti mana dipetik menerusi BH Online, Remy menerangkan dirinya ada berkongsi dengan pelakon Amyra Rosli tentang hal tersebut.
“Belum ada rezeki lagi.
“Saya sebenarnya ada kongsi rasa takut kepada Amyra Rosli.
“Saya takut hendak membawa watak Zafran dalam drama Jangan Menangis Cinta.
“Semuanya kerana saya takut tiba-tiba isteri saya hamil pada masa saya menghidupkan watak Zafran yang emosi dan tidak sukakan anak cacat.
“Saya jadi fobia. Kemudian, baru-baru ini, tular dakwaan orang ramai nampak ‘baby bump’ isteri saya.
“Saya paling gementar saat itu.. Sudahlah saya sedang membawa watak Zafran,” ungkapnya.
Menerang lanjut tentang isu itu, Remy menerangkan isu tersebut mula timbul apabila isterinya menyarung baju besar hingga mengelirukan penglihatan orang.
“Isteri cakap tiada apa-apa, hanya baju yang besar.
“Mungkin orang terlalu teruja dan tersalah pandang.
“Mungkin juga orang berharap. Iyalah, saya sudah bernikah beberapa bulan. Saya pun berharap buat masa ini, sementara saya sedang melakonkan watak Zafran iaitu bapa yang pembenci, kami bertenang dululah,” sambungnya yang turut menjelaskan drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah itu akan mula disiarkan pada 21 Mac depan di Astro Ria.
Adriana sudah 4 tahun, Nedim gembira bayi hidap ekzema kritikal yang pernah dibantu mula bersekolah. Nedim Nazri berkongsi keterujaannya apabila anak kecil yang bernama Adriana yang pernah dibantu kini sudah menjejakkan kaki ke alam persekolahan.
Suami kepada pelakon cantik, Nora Danish itu pernah menampung kos rawatan Adriana yang ketika bayi menghidap ekzema kritikal.
Perkongsiannya menerusi sebuah hantaran di akaun rasmi Instagramnya menyentuh perasaan pengikutnya.
Malah Nedim juga menyatakan sejak menghulurkan bantuan hubungan mereka bersama keluarga bayi tersebut bertambah akrab dan masing-masing saling berhubung.
Begitu pantas masa berlalu, Nedim juga melahirkan rasa teruja dan gembira apabila mengetahui Adriana kini sudah pun memulakan sesi persekolahannya.
“This is Adriana now.
“Pada 2018 saya berkesempatan untuk membantu seorang anak comel yang mempunyai masalah kulit yang kritikal.
“Saya dan isteri mengambil keputusan pada waktu itu untuk menampung kos perubatan si comel ini sepenuhnya.
“Semenjak itu ayahnya sering memberi update tentang perkembangan Andriana,” tulis Nedim.
Sering menitipkan doa agar dipermudahkan segala urusan anak kecil itu bersama keluarga tersayang.
“Alhamdulillah after 4 years this beautiful girl is starting her 1st day of school.
“Syukur Alhamdulillah, uncle Du’aa kan semua di permudah kan untuk Adriana sekeluarga,” luah Nedim.
Nedim dan Nora yang juga terkenal sebagai pasangan romantik dan serasi sebelum ini telah mendirikan rumahtangga pada 30 Mac 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Mohamed Neqayl Nazri Aziz.