Sumber/Sumber Foto : Instagram Shima Anuar

Shima Anuar hamil anak ketiga. Tahniah buat Shima atau nama lengkapnya Noor Hashima Anuar, 31, yang telah berkongsi khabar gembira tentang dirinya yang kini sedang hamil.

Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan yang kini berusia dua tahun.

Pelakon drama Suami Aku Pendosa itu juga menerusi hantaran di akaun rasmi Instagramnya berkongsi beberapa keping foto alat ujian kehamilan yang menunjukkan keputusannya adalah positif (hamil).

Shima Anuar Hamil Anak Ketiga “Doakan Saya, Bayi Supaya Sihat dan Selamat”

Shima Anuar Hamil Anak Ketiga “Doakan Saya, Bayi Supaya Sihat dan Selamat”

Shima Anuar Hamil Anak Ketiga

Usia kandungan yang kini mencecah usia sekitar dua bulan, Shima juga memohon maaf apabila terpaksa membuat keputusan membatalkan semua tawaran berlakon yang diterima.

Semuanya demi memikirkan keselamatan diri serta bayi di dalam kandungan.

“Doakan saya dan bayi supaya sihat, selamat dan dipermudahkan segala urusan.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada pihak produksi kerana terpaksa membatalkan semua tawaran berlakon yang diberikan kepada saya.

IKLAN

Doakan Yang Terbaik Untuk Semua

“Insya-Allah ada rezeki kita berjumpa lagi.

“Saya doakan yang terbaik untuk semua. Amin,” tulis Shima.

Shima Anuar Hamil Anak Ketiga “Doakan Saya, Bayi Supaya Sihat dan Selamat”

Shima Anuar Hamil Anak Ketiga “Doakan Saya, Bayi Supaya Sihat dan Selamat”

Ozlynn, Nabila Huda & Rakan Artis Doa Dipermudahkan Segala Urusan

Menerusi ruangan komen ramai rakan selebriti termasuklah Ozlynn Wati dan Nabila Huda turut mendoakan agar dipermudahkan segala urusan Shima sepanjang kehamilan dan proses bersalin.

Malah Ozlynn juga sempat memberi tip dan nasihat mudah ‘lekat’.

“Alhamdulillah selalu bila jaga badan dan sihat dalaman ni insyaAllah senang lekat. Congrats babe!!” Ozlynn

“Bestnyaaaa ada baby lagi. congratulations sista. Semoga dipermudahkan segala urusan” Nabila Huda.

IKLAN

Shima Anuar Hamil Anak Ketiga “Doakan Saya, Bayi Supaya Sihat dan Selamat” Shima Anuar Hamil Anak Ketiga “Doakan Saya, Bayi Supaya Sihat dan Selamat” Shima Anuar Hamil Anak Ketiga “Doakan Saya, Bayi Supaya Sihat dan Selamat” Shima Anuar Hamil Anak Ketiga “Doakan Saya, Bayi Supaya Sihat dan Selamat”

Menarik Lagi : Shima Anuar Bebas Covid, Kongsi Rutin “Makan Vitamin C, Minum Air Panas Bersama Lemon”

Sesak Nafas, Sakit Kepala Shima Anuar Positif Covid-19 “Berdoa Anak-Anak Tidak Dijangkiti”

Untuk pengetahun sebelum ini Shima pernah berkongsi pengalamannya ketika bersalin secara pembedahan caesarean sebanyak dua kali ketika melahirkan anak sulung dan keduanya.

IKLAN

Mingguan Wanita: Doakan juga segalanya dipermudahkan buat Shima sepanjang kehamilan anak ketiga ini!

Sumber/Sumber Foto : Instagram Shima Anuar

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Shima Anuar Hamil Anak Ketiga “Doakan Saya, Bayi Supaya Sihat dan Selamat”

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI