Sumber / Sumber Foto : Facebook Rafidah Haji Ibrahim

“Saya tadahkan tangan, janin keluar di atas tapak tangan” hati ibu mana yang tidak sebak bila anak yang sedang dikandung sudah meninggal dunia.

Begitulah yang dilalui oleh pelakon Rafidah Ibrahim yang menceritakan detik cemas dan sedih apabila anak dalam kandungan yang berusia empat bulan tujuh hari pergi dahulu.

“Saya Tadahkan Tangan, Janin Keluar Di Atas Tapak Tangan”

Menerusi perkongsian sebuah video yang dimuat naik di akaun Facebook dan Instagramnya, Rafidah meluahkan detik tatkala anak syurga yang beri nama Abdullah bin Shahzemir telah tiada dan dikebumikan.

Sebagai seorang wanita dan ibu sudah pasti yang menonton video tersebut juga tidak dapat menahan sebak.

“Saya Tadahkan Tangan, Janin Keluar Di Atas Tapak Tangan” Sebaknya Anak Dalam Kandungan Telah Pergi

“Innalillahhiwainnalillah hiroji’un. Jumaat, 24 Jun 2022, sebelum masuk waktu Magrib, anak dalam kandungan saya, Abdullah bin Shahzemir yg berusia 4 bulan 7 hari telah pergi.

“Petang, dari jam 5pm perut saya terlalu sakit dan saya sangkakan angin yg terlalu teruk dalam badan terutama di bahagian bawah perut.

“Saya biarkan dan berehat walaupun sakitnya hanya Allah saja yg tau. Sebelum masuk Waktu Maghrib dan sebelum berwuduk, saya berhadas kecil, dan pada ketika tu terasa sesuatu ingin keluar.

“Saya terus memanggil suami dan cakap ada sesuatu nak keluar dan suami kata, biarkan. Saya tadahkan tangan, pada waktu itu, janin keluar di atas tapak tangan saya dan saya ada rasa sedikit pergerakan sebelum suami memotong tali pusat (sekiranya berlaku pada anda, terus ke hospital ya dan jangan potong sendiri kerana itu akan lebih memudahkan proses cuci uri /placenta nanti).

“Saya Tadahkan Tangan, Janin Keluar Di Atas Tapak Tangan” Sebaknya Anak Dalam Kandungan Telah Pergi

Perasaan Panik Menyelubungi Hati

“Pada waktu tu, perasaan panik ada, nak nangis pon ada tapi bila saya pegang baby, SubhanAllah indahnya ciptaan Allah s.w.t. Perasaan panik & sedih tadi bertukar serta merta jadi gembira saat saya dan suami melihat keindahan ciptaan Allah itu walaupun belum sempurna tapi sudah cukup sifat.

IKLAN

“Saya yakin para ibu bapa yg sudah menimang cahaya mata, perasaan itu sangat-sangat menggembirakan dan terubat segala rasa.

“Sementara suami tunaikan solat, saya bersiap dan kami terus ke hospital. Seperti biasa, proses membersihkan uri dilakukan dan saya ditahan 1 malam di wad bagi tujuan pantauan.

Segalanya Dipermudahkan Buat Anak Syurga Rafidah

“Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan bagi anak syurga ini. Jantina baby tak dapat dikenalpasti, tapi kami menamakannya Abdullah (hamba Allah). Terima kasih Abi – Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi atas ‘guideline’ perkara yg perlu dibuat ke atas jenazah bayi kami dan juga atas nama yg diberi sbb kami memang dah niatkan jika anak kami lahir nak abi namakan.

“Terima kasih juga buat para doktor, para misi, forensik dan semua warga Hospital Wanita & Kanak-kanak Kuala Lumpur (HWKKKL) atas keprihatinan anda, nasihat dan layanan yg sangat baik. Tak lupa juga saya nak ucapkan terima kasih buat kejiranan yg membantu dan memudahkan pengurusan jenazah bayi saya Abg Lop (Syamil), Kak Rozi, Kak Timah.

“Terima kasih juga buat Abg Rais yg membantu menggali kubur anak kami. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang, bersebelahan kubur arwah mak dan arwah ayah saya. Tidak ketinggalan buat para keluarga, sahabat, pengikut di setiap media sosial dan semua yg sentiasa mendoakan kebaikan saya, anak dan suami serta nasihat.

“Terima kasih sekali lagi buat semua yg terlibat secara langsung dan tak langsung. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua di dunia dan di akhirat,” luah Rafidah.

IKLAN

“Saya Tadahkan Tangan, Janin Keluar Di Atas Tapak Tangan” Sebaknya Anak Dalam Kandungan Telah Pergi

“Saya Tadahkan Tangan, Janin Keluar Di Atas Tapak Tangan” Sebaknya Anak Dalam Kandungan Telah Pergi

Baca Disini : Keguguran Kandungan Sulung, Rafidah Ibrahim Sedih Namun Reda “Doktor Terpaksa Membuat Proses Cuci”

2 Minggu Fida Berpantang Lepas Keguguran Anak Sulung “Banyak Perkara Kami Tak Tahu & Sedang Belajar”

IKLAN

“Pasti Ada Hikmah Besar” Warganet

Menerusi ruangan komen ramai yang mengucapkan takziah buat Rafidah dan suami.

“Saya Tadahkan Tangan, Janin Keluar Di Atas Tapak Tangan” Sebaknya Anak Dalam Kandungan Telah Pergi “Saya Tadahkan Tangan, Janin Keluar Di Atas Tapak Tangan” Sebaknya Anak Dalam Kandungan Telah Pergi


Mingguan Wanita : Salam takziah.

Sumber / Sumber Foto : Facebook Rafidah Haji Ibrahim

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Berisi selepas kahwin? 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI