Harry Khalifah Menangis Teman Isteri Di Dewan Bersalin Meskipun Lahirkan Anak Ke-9. Tahniah diucapkan buat penyanyi dan komposer Harry Khalifah apabila isterinya Noormala selamat melahirkan anak kesembilan mereka.

Ramadan tahun ini cukup istimewa buat pasangan ini apabila menimang seorang lagi cahaya mata di sebuah pusat perubatan pada 2 April lalu.

Sebelum ini pasangan yang berkahwin pada 12 Ogos 2004 dan dikurniakan dua anak perempuan dan enam anak lelaki. Malah dua anak mereka iaitu Mizan dan Chombi mengikut jejak Apak aktif sebagai penyanyi.

Harry Khalifah Menangis Teman Isteri Di Dewan Bersalin

Paling menyentuh perasaan Harry Khalifah atau lebih mesra dengan panggilan Apak begitu tersentuh hati apabila dapat menemani isterinya di dewan bersalin. Kali ini mereka menimang cahaya mata lelaki.

Malah Apak turut menyatakan walau melahirkan anak kesembilan dia tetap setia menemani isterinya.

“Masa dia selamat bersalin, saya menangis rasa terharu campur gembira.

“Saya memang teman isteri di dewan bersalin walaupun ini anak kesembilan.

“Sebabnya saya sudah berjanji dengannya untuk sentiasa bersamanya,” ungkap Apak seperti mana dilaporkan mStar.

Harry Khalifah Menangis Teman Isteri Di Dewan Bersalin Lahirkan Anak Ke-9 “Tidak Pernah Malu Miliki Anak Ramai”

Anak-Anak Adalah Rezeki

Setiap pasangan mempunyai sebab tersendiri sama ada memilih untuk memiliki ramai anak atau sebaliknya.

Walaupun sering dianggap susah, percaya atau tidak setiap anak mempunyai rezeki masing-masing yang sudah ditetapkan.

Malah Apak juga tidak menolak jika diberikan rezeki untuk anak kesepuluh. Dia juga tidak pedulikan apa yang orang lain perkatakan asalkan dia dan keluarga gembira.

“Saya tidak menolak rezeki sekiranya ada lagi selepas ini. Kalau andai kata diberi rezeki lagi saya terima. Saya juga tidak pernah malu memiliki anak ramai.

“Biarlah orang nak kata apa pun.

“Bagi saya anak ramai ini akan memudahkan urusan saya pada masa akan datang, mereka akan mengangkat jenazah saya apabila saya telah tiada nanti,” luahnya.

 

Harry Khalifah Menangis Teman Isteri Di Dewan Bersalin Lahirkan Anak Ke-9 “Tidak Pernah Malu Miliki Anak Ramai”

“Tahniah, Apak & Mami” Warganet

Menerusi ruangan komen ramai yang melahirkan ucapan tahniah.

Harry Khalifah Menangis Teman Isteri Di Dewan Bersalin Lahirkan Anak Ke-9 “Tidak Pernah Malu Miliki Anak Ramai” Harry Khalifah Menangis Teman Isteri Di Dewan Bersalin Lahirkan Anak Ke-9 “Tidak Pernah Malu Miliki Anak Ramai” Harry Khalifah Menangis Teman Isteri Di Dewan Bersalin Lahirkan Anak Ke-9 “Tidak Pernah Malu Miliki Anak Ramai”

Baca Disini : “Pengalaman Miliki 8 Orang Anak, Membuatkan Kami Lebih Bersedia Menyambut Kelahiran Ke-9 Nanti” Harry Khalifah

Sumber : mStar Online

Sumber Foto :  Instagram Apak Harry Khalifah

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI