Ads

Pernah Tular Mandikan Ibu Uzur, Reza Kehilangan Emak & Abah Selang Tiga Hari

ibu uzur

Pernah tular mandikan ibu uzur, Reza diuji kehilangan emak & abah selang tiga hari.

Betapa sakitnya hati apabila insan bergelar ayah pergi buat selama-lamanya, hanya mereka yang pernah melalui kehilangan itu mampu memahami. Belum sempat air mata kering dan hati menerima takdir, datang pula ujian lebih berat apabila ibu tercinta menyusul pergi berselang tiga hari.

“Abah meninggal 3 hari lepas, dah cakap dgn abah jangan bawak mak. Hari ini abah bawak mak sekali. Mak saya dah meninggal dunia pagi nie,” luahnya menerusi Threads.

Itulah dugaan yang sedang dilalui Zulridza Zulkepli atau Reza, 31, pemuda yang pernah tular di media sosial selepas berkongsi video dirinya memandikan ibu yang uzur di kerusi roda.

ibu uzur
Pernah tular mandikan ibunya dan hari ini Reza diuji kehilangan emaknya selang tiga hari ayahnya dijemput illahi

 

 

Anak muda bekerja di Perkeso ini memaklumkan, ibunya Ainon Sapar, 68 yang menghidap dementia serta terlantar selepas diserang angin ahmar meninggal dunia hanya tiga hari selepas bapanya, Zolkepli Katan, 71, menghembuskan nafas terakhir.

“Dulu Mak Mandikan Saya…”

Sebelum ini, kisah Reza menyentuh hati ramai apabila dia berkongsi video memandikan mak yang sudah tidak berdaya.

Ads

“Dulu mak mandikan saya, sekarang saya pula mandikan mak…”

Dalam perkongsiannya sebelum ini, anak muda ini memaklumkan ibunya diserang angin ahmar pada 2015 sebelum kembali pulih dan stabil. Bagaimanapun, dua tahun lalu maknya kembali jatuh sakit akibat penyakit sama sehingga terlantar selain mengalami dementia dan tidak lagi mampu bertutur dengan lancar.

Dalam keadaan itulah Reza mengambil alih tanggungjawab menguruskan mak memandangkan dirinya anak bongsu dan masih bujang namun abang dan kakaknya turut menyumbang dari segi kewangan demi kebajikan ibu bapa mereka yang telah uzur.

Apa yang menyedihkan di saat dia diuji kehilangan ibu hari ini, tiga hari sebelum itu.

Ads

Tiga hari sebelum kehilangan mak, Reza terlebih dahulu diuji dengan pemergian abah yang menghidap penyakit buah pinggang kronik dan menjalani dialisis.

Lebih menyedihkan, selepas bertahun-tahun menjaga bapanya, pada saat Reza berada di Kuala Lumpur kerana urusan kerja, ketika itulah abahnya menghembuskan nafas terakhir.

Jelasnya pada pagi Subuh dia kehilangan ayahnya, saat selepas Subuh dirinya berdoa  agar Allah SWT menjaga dan menyembuhkan kedua-dua ibu bapanya.

Namun berselang dua jam kemudian, kakaknya menghubungi dan memaklumkan yang ayah sudah pergi meninggalkan mereka.

Ads

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, arwah bapanya sempat menyebut nama penuh isterinya, “Ainon binti Sapar”, yang ketika itu sedang sakit di bilik lain. Mungkin sekadar ingin memakkumkan bahawa mereka akan terpisah di dunia.

Anda mungkin berminat dengan

ibu uzur
Tangisan seorang anak yang diuji kehilangan ayahnya tiga hari lalu.

Dalam kesedihan kehilangan bapanya, Reza sempat menitipkan satu permintaan yang kini begitu meruntun hati untuk dibaca kembali.

“Sekarang abah tinggalkan mak sorang sakit… abah jangan bawak mak dulu tau. Namun bagaikan ada satu ikatan cukup utuh kasih sayang antara suami isteri ini, berselang tiga hari isteri mengikut jejak suami pula.

ibu uzur
Reza menjaga kedua ibu bapanya yang uzur dan terlantar sejak beberapa tahun ini
Emak & Abah Jadi Keutamaan

Bukan sedikit pengorbanan dibuat Reza demi menjaga kedua-duanya yang uzur. Dia yang masih bujang memaklumkan rutin  hariannya bermula seawal jam 4 pagi untuk menguruskan ibu ayahnya  sebelum menghantar bapanya ke pusat dialisis tiga kali seminggu bermula awal pagi itu sekitar jam 6 keluar dari rumah.

Ketika bekerja pula, dia memantau keadaan kedua mereka menerusi CCTV yang disambungkan terus ke telefonnya sebelum kembali menguruskan ibu bapanya selepas pulang dari tugas.

Sebagai lelaki, Reza  mengakui ada menyimpan keinginan untuk berkahwin dan mempunyai zuriat namun dia memilih untuk mendahulukan ibu bapanya berbanding urusan jodohnya

Semoga Allah SWT merahmati kedua-duanya dan memberikan kekuatan kepada anak muda ini yang mengorbankan perasaan diri dan mengutamakan syurga akhiratnya. Al-Fatihah buat kedua ibu bapanya dan semoga mereka sekeluarga diberi kekuatan menghadapi ujian ini.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Gaji RM9K

Dulu Cashier, Sekarang Gaji RM9K! Ini Rahsia Wanita Ini Naik Dalam...

Wanita Malaysia ini kini menerima gaji RM9K sebagai area manager selepas bermula sebagai cashier. Ini kisah perjalanan kerjaya dan tipnya.