Ads

7 Tahun Diganggu Perempuan Obses Terlampau, Lelaki Ini Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

perempuan obses
perempuan obses

Baru-baru ini kisah seorang perempuan obses terhadap terhadap lelaki bernama Zulhilmi kembali panas di media sosial. Malahan wanita yang bernama Abidatul ‘glamour’ dari tahun 2025 disebabkan mengganggu kehidupan seorang guru langsung tidak serik.

7 Tahun Diganggu Perempuan Obses Terlampau

Difahamkan Zulhilmi berkhidmat sebagai guru di sebuah Pusat Pendidikan Islam di Kuala Lumpur, dia telah dikacau oleh wanita itu sejak tahun 2020 sewaktu menjalani Ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

Menerusi sebuah video pernah viral, lelaki yang menjadi mangsa obsesi wanita tersebut dilihat menghalaunya keluar dari perpustakaan selepas diganggu ketika sedang melakukan assignment.

Terkini, lelaki itu sekali lagi memuat naikkan status diganggu oleh wanita yang sama. Tulisnya di Thread,

7 Tahun Diganggu Perempuan Obses Terlampau, Lelaki Ini Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

 

“Aku tuan badan yang kena harassed dari bulan April 2020. Si gila ini betina. So, dia harassed aku lah yang lelaki ni.

“Yang kedua, dia harassed juga Arij Nisreen (perempuan) sebab dalam otak si gila ini, Arij ini nak rampas aku daripada dia.

“Padahal memang dari zaman ‘paleolitik’ lagi, aku dengan Arij ini memang kawan dan Arij sudah berkahwin dengan Atiq pada 5 Sep 2026.

“Korang tengok lah one of the screenshot, dari zaman ‘dinosaur’ lagi dia tak habis-habis larang aku datang kenduri Arij. Dah kenapa context ye, aku tak pernah mengurat ke, bagi hope ke apa kat si gila gatal ni.”

“Alih-alih, aku ni kena harassed dengan dia dah nak masuk 7 tahun. Tapi, aku rasa korang pun dah tahu yang dia ni memang sewel sejak aku expose dia punya setan tu kat TikTok aku. Benda pun aku rasa netizen dah rasa basi dah kot. Dia bermusim lah.  

Ads

“Sebenarnya, Arij lagi teruk kena kacau dengan si gila ini sebab social media Arij memang public. Si Gila gatal ini memang insecure lah tengok kecantikan Arij. Itu yang dari dulu sampai sekarang tak habis-habis insecure dengan Arij. Aku dengan Arij kawan macam biasa. Lagi Si Gila ini kacau aku dan Arij, lagi banyak aku communicate dengan Arij kat WhatsApp. Bodoh punya perempuan gila, dia boleh kawal ke apa yang aku borak dengan Arij kat WhatsApp?

“Dari Sabtu lepas 5 Sep 2026, aku tak tahu lah macam mana Si Gila ini boleh tahu aku pergi kenduri Arij di Kelantan, sebab dia kan ‘maha stalker’.

“Pastu, Isnin 7 Sep 2026, dia cari Arij di tempat kerja. tetapi tak jumpa. Pastu, Rabu 9 Sep 2026, dia cari lagi Arij di tempat kerja, sebab Si Gila ini terbakar dan meroyan, naik hantu sebab aku ada dalam video kahwin Arij untuk beberapa saat.

“Si Gila ini still have the audacity panggil aku as husband dia. Tunggu lah aku ambil tindakan undang-undang. Tak sudah-sudah nak harassed aku.

“Semoga seluruh ahli keluarga kau masuk neraka sebab tak kawal perbuatan kau harassed aku bertahun-tahun. Aku pun ada ramai kenalan yang dah ada muqaddimah masalah mental, terus seek help untuk sembuhkan diri. Bukan macam kau, dari 2008 kau harassed Si Sang, pastu sambung harrassed aku!” akhirinya dengan emosi marah.

Apa yang lagi menjengkelkan, Abidatul didakwa mula menyebarkan dakwaan tidak berasas mengatakan mereka pernah berkahwin.

 

Ads

7 Tahun Diganggu Perempuan Obses Terlampau, Lelaki Ini Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Merujuk pada kes ini, tak salah mengambil langkah untuk kenal dan meluahkan minat untuk kita lebih jelas tentang hubungan. Namun jangan terlalu mengharapkan sampai kita rasa tertekan dan buat orang rasa rimas. Sampai masuk kategori OBSES!

Andai kata si dia beri respons dingin atau tidak berminat, lebih baik beri ruang dan cari yang lebih sesuai. Jangan takut untuk melepaskan sebab di luar sana masih ramai lelaki dan ramai yang ada.

Soal kejar atau dikejar ini kita kena ada batas. Ya, kalau suka jangan takut untuk mencuba tetapi jangan juga terlalu memberi harapan kosong.

Tak perlulah sampai jadi bayang-bayang dalam hidup lelaki, kita orang perempuan kena ada maruah dan perasaaan malu. Belajar untuk reda dan ‘move on’. Senang cerita, berani bertindak tetapi kena bijak memilih situasi untuk elakkan orang lain jadi mangsa.

Kalau kesihatan mental mula terjejas, langkah terbaik adalah mengambil tindakan proaktif untuk merawat diri sendiri dan bukannya terjebak dalam kitaran emosi yang tidak sihat seperti taktik menuding jari (playing victim) atau menghendap (stalking).

Ads

Lelaki Ini Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

7 Tahun Diganggu Perempuan Obses Terlampau, Lelaki Ini Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Anda mungkin berminat dengan

Disebabkan banyak kali diganggu dan bertahun-tahun hadap situasi ini, akhirnya lelaki ini nekad mahu ambil tindakan undang-undang untuk keselamatan dirinya.

Di Malaysia, tindakan menghendap baru-baru ini telah dikategorikan sebagai jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda di bawah pindaan Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah.

Kes seperti ini bukan baharu, sebelum ini ada seorang lelaki, Mohamad Safiq Rosli berusia 37 tahun yang menganggu juru gambar wanita bernama Acacia Diana dan telah menjadi individu pertama di Malaysia yang didakwa mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan kerana tindakan menghendap (stalking).

7 Tahun Diganggu Perempuan Obses Terlampau, Lelaki Ini Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Sekadar info, dalam kes ini pula, tertuduh telah meluahkan perasaan cintanya kepada Acacia berulang kali sehingga telah menimbulkan rasa kurang selamat kepada mangsa.

Susulan itu, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum selama tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Peruntukan perintah Anti-Menghendap dan perlindungan berkuat kuasa pada 31 Mei 2023 di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan.

Perkara ini menyifatkan tindakan menghendap sebagai gangguan berulang yang bertujuan untuk menyebabkan kesusahan, ketakutan atau kecemasan kepada mana-mana individu melibatkan keselamatannya.

Kelulusan Rang Undang-undang (RUU) Anti-Menghendap di Parlimen ini juga disambut baik oleh ramai pihak. Jadi pesanan buat wanita-wanita di luar sana, suka pada seseorang tak salah. Tetapi jangan sampai mengganggu dan memalukan diri sendiri!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

cara simpan daun herba

Cara Simpan Daun Herba Supaya Tahan Lama, Guna Plastik Aiskrim

Cara simpan daun herba supaya tahan lama dengan mudah. Hanya guna plastik aiskrim, air dan freezer untuk kurangkan pembaziran bahan masakan.