Mak ayah kena ada simpanan sendiri, anak-anak bukan pelaburan hari tua kita. Ketika anak-anak kecil, ramai mak ayah sudah merancang yang terbaik demi memastikan masa depan anak terjamin.

Mereka berikan pendidikan awal yang terbaik, tuisyen ketika sekolah rendah dan menengah dan seterusnya membuat pelaburan ketika anak di universiti. Niat mereka agar anak menjadi orang berjaya.

Mana mak ayah yang diberikan rezeki lebih, mereka belikan anak-anak sebuah rumah selain kemudahan lain seperti kereta, motosikal dan sebagainya dengan harapan anak ada tempat berteduh bila dewasa nanti.

Mak ayah kena ada simpanan sendiri

Tapi tiada mak ayah terfikir, bahawa USAHA membahagiakan anak itu bertukar menjadi sedikit mimpi ngeri kerana anak mempunyai PILIHAN lain dalam kehidupan mereka. Lebih menyedihkan, tidak mampu pun menjaga kita yang sudah memasuki usia tua ini.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Usah Bersedih & Bimbang, Serahkan Pada Allah Untuk Jaga Kita Bila Meniti Hari Tua

Yang Beraya Rumah Mentua, Jaga Adab Biar Tak Dicop Menantu Derhaka

‘Orang Tua Bersusah Payah Masak, Anak Menantu Tidur Membungkang.’ Hari Raya Jangan Hambakan Mak

Lelaki Ini Sanggup Tukar Jantina Jadi ‘IBU’ Untuk Dapatkan Hak Jagaan Anak Perempuannya

Baca perkongsian ditulis oleh Farizal Radzali di fbnya mengenai NASIB dan luahan hati seorang ayah yang kesedihan di usia tuanya dan menjual rumah yang dibelikan untuk anak-anak untuk sara kehidupan sendiri.

Ada seorang lelaki berusia 60an, dia jual dua biji rumahnya di Ipoh sebab dia dah tinggal kat KL.

Dia bercerita sambil ketawa. Sesekali ada wajah kagum dan bangga. Comel je orangnya. Walau agak berusia tapi tubuhnya masih tegap dan sihat.

IKLAN

Katanya, dulu dia beli banyak rumah, kononnya untuk anak-anak. Dia ada 4 orang anak. Tapi hanya seorang yang masih tinggal & bekerja di Malaysia, itupun sebab dia belajar sampai tingkatan 3 sahaja. Dia ketawa.

Seorang anaknya doktor, tinggal & bekerja di London. Dua lagi bekerja di Singapura, seorang arkitek, seorang engineer. Lalu dia senyum bangga.

Katanya yang tinggal di luar negara, dah macam orang luar. Jumpa pun pada cuti perayaan. Setahun atau dua tahun sekali. Dia faham anak-anaknya sibuk.

Yang masih tinggal di Malaysia, walaupun belajar sampai tingkatan 3, tapi dia bijak meniaga. Syarikatnya sekarang dah ada 100 orang staf. Dia senyum bangga.

Saya ikut kagum. Bahagianya seorang ayah bila anak-anaknya berjaya.

Dia kata, hari tu dia saja la cakap kat anaknya, dia nak pencen, tak nak kerja dah. Anaknya diam je, tak cakap apa-apa.

Tapi lepas seminggu, cucunya cakap kat dia, “Tok, janganlah pencen lagi. Saya punya bapak tak boleh tanggung you, sekarang bisnes tak ok,”

IKLAN

Lelaki tadi ketawa kuat, mukanya merah, lama juga. Masa ni saya dapat rasa kesayuan dalam tawanya. Sebaik dia berhenti ketawa, dia lap matanya dengan hujung baju. Saya bagi tisu.

Dengan ketawa yang masih bersisa, sambil lap matanya yang berair, dia cakap, “Saya punya anak takut nak cakap dekat saya. Dia suruh cucu cakap kat atok,” sambil geleng-geleng kepala perlahan. Wajahnya masih merah.

Entahlah hati saya rasa sebak melihatnya. Tapi saya hanya senyum dan diam. Biarkan dia melepaskan perasaannya.

Anak-Anak BUKAN PELABURAN HARI TUA Kita

“Zaman sekarang, mak bapak tak boleh nak harap anak-anak akan jaga mereka bila mereka sudah tua. Walau kaya macam mana pun, walau pandai macam mana pun anak kita. Sebab hidup sekarang dah tak macam dulu, semua orang struggle.

Mak bapak kena ada simpanan sendiri. Tak boleh susahkan anak. Asal anak-anak tak susahkan kita, cukuplah. Tugas kita cuma besarkan mereka, anak-anak bukan pelaburan hari tua,” katanya.

Saya terus diam sambil anggukkan kepala.

“Saya lega dah jual semua harta saya. Dengan duit ni, saya akan tanggung kehidupan saya & isteri. Kami dah tua, bukannya makan banyak. Keperluan pun dah kurang. Cukuplah sementara masih hidup ni,” sambungnya.

IKLAN

Aduhai, sebaknya saya dengar.

Ada kebenaran dalam kata-katanyanya. Kita tak tahu masa depan kita. Asalkan anak-anak kita hidup baik-baik kelak, cukuplah. Asalkan mereka tak susah, cukuplah.

Jangan mengharap lebih. Andai anak-anak menjaga & membantu kita di masa tua, itu bonus buat kita.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

TEMUI MARSHA LONDOH YANG AKAN HIBURKAN ORANG RAMAI DI DI FIESTA USHA-USHA BISKUT RAYA DI PUSAT BELI BELAH SETIA CITY MALL. ADA 40 VENDOR POPULAR AKAN BERSAMA KAMI DI FIESTA INI MENJUAL BISKUT RAYA. JOMMMSSSS…

Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.

Mak Ayah KENA ADA SIMPANAN Sendiri, Anak-Anak BUKAN PELABURAN HARI TUA Kita

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI