Dalam tak sedar mak ayah yang sepatutnya kita jaga dan sayangi menjadi hamba kepada anak-anak.

‘Orang tua bersusah payah masak, anak menantu tidur membungkang.’ Hari raya jangan hambakan mak, ayah di kampung. Dalam meraikan syawal penuh gembira, jangan hambakan mak dan ayah.

Dalam tak sedar mak ayah yang sepatutnya kita jaga dan sayangi menjadi hamba kepada anak-anak. Oleh itu, sebelum terlambat jaga sikap kita kepada orang tua.

Ikuti perkongsian Tuan Muharrik Daei dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan ini :

Artikel Berkaitan: NILAI ISTERI Pada Suami, Bukan Untuk Di’bibik’kan & Diperhambakan

Orang Tua Bersusah Payah Masak

Jangan ‘hamba’kan mak ayah di hari raya

Antara bentuk derhaka anak-anak di hari raya adalah, kita biarkan mak kita yang dah tua nak mati itu bersusah payah masak di dapur, kita laki bini membungkang tidur tak ingat dunia. Bangun bangun, terus cari makan isi tembolok kita macam tuan besar.

Itu menunjukan kita tidak berperibadi islam. Tidak beradab. Dan tidak berakhlak islam. Kalau tak malu pada ibu ayah, malulah pada Allah.

Orang dulu-dulu, anak anak perempuan dan lelaki amat menjaga adab dan rasa malu bila berkunjung dan berziarah ke rumah orang tua.

Baca Di Sini : “Dihalau Anak Lelaki” Anggap Balasan Allah, Ibu Juga Pernah Menghuni Tempat Sama

Anak Menantu Tidur Membungkang

Awal pagi sudah bangun, kemas tempat tidur, mandikan anak-anak dan memasak serta membantu ibu ayah di dapur. Terkadang melarang ibu mereka memasak dan malah merekalah yang masak untuk ibu mereka kerana itulah masanya mereka berbakti untuk ibu ayah.

IKLAN

Kebanyakan anak-anak sekarang sudah tak macam dulu. Mereka hilang malu. Dan malu sudah tiada dalam akhlak mereka. Mereka hanya malu buka aurat saja tapi tidak malu membuka pekung akhlak buruk mereka di hadapan orang tua.

Malah ada yang bangun lambat dan tak sembahyang subuh pun. Tempat tidur berselerak. Anak-anak mereka yang bangun pagi dibiar macam anak-anak ayam kelaparan. Ibu ayah merekalah yang kelam kabut nak uruskan makan minum kencing berak anak-anak mereka. Zalimkan?

Artikel Menarik : Mintalah Doa, Restu Dan Muliakan Mak, Inilah RAHSIA Sebenar Kejayaan Seorang Anak

Hari Raya

Jangan dihairankan! Di mana-mana pun kita pergi, kita akan jumpa situasi ini dan spesis anak-anak yang begini. Malah terkadang berlaku dalam keluarga kita sendiri. Itulah akhir zaman.

Mak ayah bukan tak nak tegur, tapi takut nak menegur kepada anak-anak. Takut ditengking anak-anak. Maklumlah anak-anak sudah bagi duit raya pada mak ayah.

Kalau ditegur nanti, mencukalah muka anak-anak menantu dan tak nak balik lagi. Mak ayah pun takut kena gosip oleh anak-anak menantu mereka bila anak-anak menantu berkumpul sesama mereka.

IKLAN

Sebab itu mak ayah ni kalau nak pilih menantu, pilihlah yang berakhlak dan dari keturunan yang baik-baik. Jangan nampak pakai tudung dan pakai lebai serta cium tangan saja, dah rasa bakal menantu ni ahli syurga. Jangan sekali-kali.

Baca Juga Di Sini : Jangan Bangga ANAK RAMAI, Biar Berkualiti Walaupun Hanya SEORANG, Itulah Rezeki & Amanah

Jangan Hambakan Mak Ayah

Zaman sekarang ni ramai ‘scammer’. Bakal menantu pun boleh jadi scammer. Berpura-pura bagus sebelum kahwin.

Mana yang dah dapat menantu scammer tu, nasihat-nasihatlah mereka. Jangan biar mereka berakhlak begitu nanti keturunan kita pun akan ikut apa yang mak ayahnya buat.

Kalau mak ayahnya tak sembahyang subuh, keturunan pun akan jadi begitu. Kalau mak ayahnya menghambakan mak atau mertua mereka, anak-anak mereka pun akan perlakukan kepada mereka juga. Ingat perpatah orang putih, “What you give, you get back.”

Jangan sedap hati dapat menghambakan mak ayah dan mertua walau dalam sedar atau tak sedar. Ia tetap dosa. Bukan dosa kecil tapi dosa besar.

IKLAN

Bagi yang lelaki, wajib mereka menasihati anak bini supaya menghormati mak ayah dan mertua serta bertimbang rasa dengan mereka. Jangan fikir keluarga kamu nak mudah dan senang lenang saja.

Rumah mak ayah atau mertua bukan hotel atau homestay atau untuk ‘me time’ anak bini kamu tapi adalah tempat kamu berbakti kepada ibu ayah.

Ingat! Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Moga manfaat untuk renungan
Maaf andai terkasar bahasa.
#muharrikdaie

Mingguan Wanita : Ingatlah mak ayah sudah banyak berkorban selama ini. Jangan ditambah lagi beban mereka.

Sumber : Tuan Muharrik Daei

Orang Yang Jauh Dari Bau Syurga:

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI