Gambar Hiasan

Memang ada benarnya, nilai isteri pada suami bukanlah untuk di’bibik’kan dan diperhambakan. Namun kesalnya, masih ada segelintir suami yang mempunyai mentaliti sebegini. Hakikatnya Islam mengangkat darjat isteri, yang seharusnya dilayani dengan baik, dihormati, dididik dengan penuh kasih sayang dan dipenuhi segala keperluan dan nafkahnya.

Hadamkan perkongsian daripada Fadzli Aziz ini.

APAKAH NILAI ISTERI KITA PADA KITA?

Perkahwinan ni sebenarnya mengangkat darjat wanita dan memuliakan wanita.Islam telah memuliakan wanita yang mungkin pada zaman dahulu daripada hanya menjadi objek seks semata kepada insan yang sangat mulia.

Dialah seorang isteri yang mana suami bertanggungjawab penuh ke atas dirinya untuk dididik, dipimpin diberi kasih sayang dan dipenuhi segala nafkah dan keperluan.

Bukan untuk di’bibik’kan dan diperhambakan. Dilayan baik bila perlu kepada ‘hubungan intim’ dan diabai bila tiada ‘rasa’.

Bila tiada ‘rasa’,
Tu yang kawan lagi penting dari isteri.
Tu yang handphone lagi penting dari isteri.
Tu yang game lagi penting dari isteri.
Tu yang hobi lebih utama dari isteri.
Tu yang belanja awek lebih penting dari isteri.
Tu yang mempermudahkan urusan orang lain dan jarang mempermudah urusan isteri.
Tu yang duk sibuk jaga hati orang lain berbanding hati isteri.

Baca Lagi Di Sini: Suami Romantik Bukan Bagi Hadiah, Bunga, Tolong Buat Kerja Rumah Pun Isteri Bahagia

Sibuk Ramaikan Isteri

Ada kes yang isteri beranak ramai, suami langsung tidak peduli hal anak-anak bahkan sibuk nak ramaikan isteri.
Yang sedia ada pun terabai, tak terjaga, lompang sana sini bab nafkah dan tanggungjawab, tapi duk bangga yang kononnya berani berpoligami dan tak takut bini.

IKLAN

Poligami adalah sunnah yang mulia, tetapi selalu dirosakkan oleh mereka yang tidak layak melakukannya.

“Ayah aku dulu, mak taat je ayah buat apa. Mak ikut je tak berani nak bantah. Ayah kahwin lain pun mak redha je. Bahagia je aku tengok”.

Mungkin akan ada orang yang keluarkan ayat ni.
Tapi pernahkah kita tanya keadaan mak tersebut. Benarkah dia bahagia?

Ada yang bahagia walaupun terluka kerana dia letakkan redha Allah sebagai keutamaan. Jadi walaupun macam mana keadaan rumahtangga dia tetap bertahan.

Tapi kenapa kita nak wujudkan dan mengulangi keadaan yang sama?

Alangkah lebih baik kalau kita bahagia bersama dan dapat redha Allah bersama.

IKLAN

Berapa banyak rumahtangga dulu yang nikah cerai berulang-ulang dan terabai?

Soalannya, apa nilai isteri kita pada kita?
Isteri adalah ibu kepada anak-anak kita.
Isteri adalah syurga kepada anak-anak kita.
Bahagia isteri, maka bahagialah anak-anak kita.
Maka bahagiakanlah isteri.

Fadzli Aziz

NILAI ISTERI Pada Suami, Bukan Untuk Di’bibik’kan & Diperhambakan

Mesti Baca: Jangan Jadi Wanita Berjaya Dalam Pekerjaan Tapi Gagal Jadi Isteri Bahagiakan Suami Di Rumah

IKLAN

Artikel Menarik: PINJAM Duit Suami Tak Diminta Bayar Balik, Isteri Bahagia Umpama Dapat ‘Hadiah’

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya, renungkan semula apakah sebenarnya nilai isteri pada pandangan mata dan sisi suami. Bahagiakanlah isteri, insya allah rumahtangga dan keluarga bahagia.

Sumber:Fadzli Aziz

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Wanita berdikari buat lelaki rasa tercabar? betul ke?

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI