Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan di buka. Rata-rata mak ayah, merebut peluang menghantar anak-anak ke sekolah. Perasaan teruja dapat dirasai apatah lagi jika ia merupakan pengalaman pertama kali menghantar anak ke sekolah untuk masuk ke darjah satu. Momen manis tersebut pastinya menjadi saat istimewa dalam menyimpan kenangan ragam anak ke sekolah.
Pelakon Yana Samsudin,39 dan suami Fadzil Zahari,40 antara mak ayah yang berpeluang untuk menghantar anak ke sekolah buat pertama kalinya pada hari ini.
Aisy Mateen Bersemangat Ke Sekolah
Menerusi perkongsian di Instagram Yana Samsudin, anak sulungnya Aisy Mateen,7 yang lengkap berpakaian uniform sekolah, cukup bersemangat untuk pergi sekolah bagi memasuki darjah satu, tanpa ‘drama’ mengalirkan air mata. Malah turut mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada ahli keluarga tersayang.
Alhamdulillah! 1st day nampaknya berjaya ! Takda drama air mata !
@aisymateen pun bersemangat nak ke sekolah.. nak keluar rumah adik dia si @auraaisysofea pun sibuk peluk peluk salam bagis semangat kat abang dia. Pagi pagi jugak atuk nenek, mommy long , and teacher sekolah tadika dia bagi kata kata semangat juga..
Rasanya dadi dia yang nangis … hahahahaa… tak sangka anak dah besar!
Ads
Ok mommy , dadi nak gi dating breakfast jap.. hahahaha .
Mommy mommy dadi ok ke tak tu?
Ramai juga yang berkongsi keterujaan dan merasakan cukup pantas masa berlalu, kini anak sulung pasangan selebriti ini telah memasuki alam persekolahan. Malah turut mengucapkan selamat maju jaya dan semoga gembira di sekolah.
Mingguan Wanita: Momen pengalaman pertama kali hantar anak ke sekolah memang waktu yang dinanti-nantikan oleh mak ayah. Pelbagai perasaan berbaur di hati. Rasa baru sekejap dilahirkan, anak kini semakin besar dan pergi sekolah. Semoga dipermudahkan urusan mak ayah yang hantar anak-anak ke sekolah pada hari ini.
8 Hari Ditahan Wad, Fasha Beransur Pulih. Alhamdulillah selepas lapan hari ditahan di wad, hari ini Fasha Sandha dibenarkan untuk pulang.
Fasha cedera pada mata kiri akibat terkena bucu katil sewaktu menjayakan sebuah adegan bersama pelakon Azhan Rani.
Terbaru menerusi akaun Instagramnya, Fasha menerangkan keadaan fizikal di bahagian luar mata kiri dan bengkak yang dialami semakin beransur pulih walaupun berlaku keretakan tulang, masalah tisu dalaman dan darah beku.
“Assalamualaikum
“Kali ni menaip menggunakan sebelah mata. Mujur mata kanan masih sihat sempurna.
“First of all, syukur Alhamdulillah, terima kasih buat Mama. Mungkin kerana kebaikan dan doa2 mama, Allah melindungi mata kanan saya. Juga sy pasti doa daripada suami,anak2 sy,keluarga, peminat, sahabat, jiran2 dan kucing2 peliharaan saya, saya terus kuat
“Saya tidak pernah rasa tertekan, tidak mahu menyalahkan sesiapa, saya anggap Allah hanya ingin saya berehat seketika. Ya,
“8 hari yang begitu panjang buat saya, pertama kali admitted di hosp kerana injured.
“Pertama kali menggunakan personal medical card dan personal insurans yang sy ambil sejak tahun 2004😢 Saya tak pernah bermalam di hosp kecuali ketika bersalin. (Itu pun hanya 1 malam)
“Apa kita boleh buat… kita cuba sehabis baik, kita buat yang terbaik… tapi kemalangan tetap terjadi….. dalam hati saya ini, sy hanya fikirkan tanggungjawab yang masih tertangguh, malah pada hari kejadian, sy hanya fikir ingin habiskan tugas, tapi Fieza, Encik Along Kamaludin dan doktor tidak mengizinkan.
“Dikala kesakitan , baru kita sedar , siapa yang betul2 sayangkan kita. Saya tidak akan lupakan momen2 percutian di hosp selama 8 hari 7 malam di hosp😭
“Kepada yang bertanya,Keadaan sy ketika ini, fizikal luar mata dan bengkak telah beransur pulih, Tulang mata kiri sy patah..,ada tisu ,muscle dan darah beku.
Sudah Boleh ‘Discharge’ Hari Ini
“Walau begitu, saya tetap bersyukur, mata kanan masih sihat sempurna dan banyak lagi nikmat kebaikan yang diberikan pada saya, daripada ujian ini..sy dah boleh discharge hari ni Alhamdulillah.
“Special thanks buat mama yang tlg menjaga anak2 sy, suami yg menemani sy di hosp ,buat baby yang masakkan utk saya, Cikna yang urut sy ketika saya masih kabur, maktok yang buat doa selamat buat sy, team radius one encik sham encik ijat yang tak jemu2 berdoa dan bertanya khabar, Penerbit pengarah dan Team TV3, buat fiza n nisya yang bersama sejak hari pertama, misi2 dan doktor KPJ PUTERI JB dan KPJ AMPANG PUTERI
“Momen2 yg sy takkan lupakan sampai bila2. (Doakan agar mata saya kembali pulih)” kongsi Fasha Sandha.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Beri anak kad kredit. Mungkin ada yang merasakan ia cukup mewah buat anak-anak. Maklum saja, nak beli atau belanja apa-apa hanya ‘swipe’ saja, nanti orang tua yang tolong bayarkan bil bulanan.
Walau bagaimanapun, semua bergantu pada kemampuan dan rasa tanggungjawab seorang ayah pada anak-anak terutamanya bila dah berpisah dan anak di bawah jagaan bekas isteri.
Bagi ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang berkongsi dalam media sosial miliknya dengan memaklumkan beri anak kad kredit setiap seorang untuk kegunaan persekolahan, kolej dan keperluan diri.
Antara yang diluahkan dalam instagram miliknya:
Buat anakku, Fawwaz, Faiz & Farhan,
Ini ada tiga kad kredit untuk digunakan setiap seotang. Belilah apa yang kamu mahu tapi ayah yakin, kamu bertiga akan gunakan dengan bijak untuk keperluan sekolah, kolej dan keperluan diri.
Sekarang kamu sudaha ada dana sendiri, lakukan yang terbaik dan guna secara berjimat. Ketepikan sedikit duit ini untuk simpanan sebelum berbelanja. Jadikan ia satu tabiat baik.
“Jangan simpan apa yang tinggal selepas berbelanja, sebaliknya belanjakan apa yang tinggal selepas menyimpan.” – Warren Buffett
Ingat, ayah sentiasa ada untuk kamu dan jangan teragak-agak untuk menghubungi ayah jika perlukan apa-apa nasihat, bimbingan dan nasihat. Percayalah, bersyukurlah & jangan tinggal solat. Allah Maha Penyayang dan yakinlah dengan perancanganNya. Moga suatu hari nanti kita akan dipertemukan kembali. Insya Allah.
Terdahulu, Berita Harian melaporkan Mahkamah Majistret diberitahu wang nafkah RM6,000 sebulan diberikan Datuk SM Faisal kepada bekas isterinya untuk menampung perbelanjaan tiga anak mereka tidak mencukupi.
Difahamkan, anak sulung mereka yang berumur 17 tahun baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Am Antarabangsa untuk Pendidikan Menengah (IGCSE). Manakala anak kedua belajar si sekolah menengah swasta antarabangsa di ibu negara dan bongsu Tahun 6 di sekolah yang sama.
Mingguan Wanita : Tak kisah macam mana pun pemberian untuk anak-anak, asalkan tangungjawab pada zuriat sendiri tidak terabai.
Terima Kasih Cikgu! Kejutan Yang Tidak Disangka-sangka Buat Guru Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2023
Minggu pertama sesi persekolahan sudah sampai ke penghujung dan pada Isnin lalu, iaitu hari pertama sesi persekolahan telah terakam banyak momen indah.
Sebagaimana lazimnya, minggu pertama adalah tempoh yang sangat sibuk bagi warga pendidik dan pentadbir sekolah. Ingin mengambil peluang terbaik ini, satu program komuniti santuni guru telah dianjurkan oleh Mingguan Wanita bersama rakan kolaborasi SABELLA.
Dan sesungguhnya ini merupakan idea dan inisiatif mulia pengasas SABELLA iaitu tuan Sufian Sulaiman dan isteri, puan Siti Fatimah.
Ia adalah usaha kecil dengan menyumbangkan cenderahati sebagai tanda penghargaan buat para pendidik. Tanpa pernah harapkan balasan, para guru selama ini telah banyak berkorban masa dan tenaga mendidik anak bangsa.
Program ini melibatkan beberapa buah sekolah di Lembah Klang dan ia adalah julung kali dijalankan oleh SABELLA yang berkolaborasi bersama Mingguan Wanita.
Simbolik kepada program menyantuni para guru ini, ia dimulakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam (SMK Seksyen 19) dan Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang disusuli ke 15 buah sekolah lain secara berperingkat.
Program dengan elemen kejutan ini telah menarik perhatian para pelajar yang menyaksikan penyerahan cenderahati seusai perhimpunan pagi di hari pertama persekolahan.
Apa yang menarik, kehadiran selebriti terkenal iaitu Izzue Islam benar-benar di luar jangkaan para guru. Cukup meriah dan majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran JPN Selangor iaitu Datin Hajah Nor Faridah A. Bakar.
Sarat dengan emosi gembira dan terharu, semua guru SMK Seksyen 19 yang diketuai oleh Pengetua, puan Rohana binti Jaafar berterima kasih dengan inisiatif ini. Dalam satu temuramah semasa acara berlangsung, beliau menyatakan rasa terkejut dan teruja saat usul ini disampaikan,
“Saya terkejut dan teruja. YDP PIBG, Haji Hashim Anang sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik kepada warga sekolah SMK Seksyen 19. Ini adalah satu inisiatif yang dibuat sempena pembukaan sesi persekolahan baru ini. Saya mewakili seluruh warga SMK Seksyen 19 ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak SABELLA. Saya yakin ini akan menjadi memori yang indah selari dengan pengoperasian sekolah yang baharu,” ujar beliau.
“Sempena pembukaan sesi persekolahan 2023/24 ini, harapan pihak sekolah bagi sesi pengoperasian sekolah yang baharu ini agar seiring dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara negara sejahtera,” tambahnya mengakhiri komentar.
Mingguan Wanita turut mendapatkan pandangan YDP PIBG SMK Seksyen 19 tentang program ini. “Terima kasih kepada Mingguan Wanita dan rakan kolaborasi, SABELLA bermurah hati menyantuni guru-guru SMK Seksyen 19. Seperti yang sering dilagukan ‘Biarku menjadi lilin memberikan cahaya’ begitulah ibarat kehidupan seorang guru. Berkorban demi memberikan ilmu anak bangsa”
“Guru tidak pernah mengharapkan hadiah atau penghargaan. Justeru jika ada pihak yang bermurah hati seperti usaha SABELLA ini, pastinya ianya menyuntik semangat dan motivasi kepada mereka. Cabaran para guru di SMK Seksyen 19 memang besar. Kami mendidik 2600 pelajar termasuk 200 pelajar istimewa menerusi program pendidikan khas (PPKI),” ulasnya lagi.
Manakala dalam masa sama acara serupa dijalankan yang mana turut diserikan dengan kehadiran bekas Ratu Hijabista iaitu Wan Nur Aqilah Shahirah atau Qila.
Cikgu-cikgu Sangat Teruja
Dalam satu temuramah ringkas bersama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Teluk Panglima Garang (SK TPG) iaitu puan Junaidah beliau menyatakan kesyukuran dengan program yang julung kali diadakan ini. Ia sesuai dengan konsep PIBKS iaitu kerjasama baik antara pihak sekolah, persatuan ibubapa dan komuniti swasta (PIBKS).
“Kami teruja dan sudah tentu ini akan eratkan lagi hubungan kedua belah pihak iaitu sekolah dan swasta,” jelasnya lagi.
Sementara itu di hari dan waktu lain pula, program ini turut mendapat perhatian Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu YBhg. Pn Hajah Norhayati binti Haji Ab Wahab.
Beliau bersama pegawai jabatan hadir ke Sekolah Kebangsaan Danau Kota 2 bagi menghadiri program takbir di sekolah berkenaan.
“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih buat Mingguan Wanita dan SABELLA yang telah merancang dan menganjurkan Projek Komuniti Santuni Guru yang amat bermakna buat semua warga pendidik,” ulas beliau.
Apa pun juga, ternyata program ini disambut baik oleh para guru berikutan ia mampu menjadi penyambung hubungan baik bersama komuniti. 17 buah sekolah dengan hampir 1500 guru terlibat dalam program Komuniti Santuni Guru oleh SABELLA ini. Tahniah buat semua.
MW: SABELLA memang terkenal dengan pakaian tanpa gosok. Dalam zaman semuanya nak cepat dan mudah, memang inilah yang dicari oleh kita para wanita yang sibuk dengan urusan kerja harian. Tak hairanlah dengan lebih 240,000 pengedar di seluruh Malaysia, Sabella lebih mudah memenuhi permintaan.
Dapatkan baju raya Rahmah SABELLA serendah RM5 di Karnival Hari Raya Sabella bermula 26 Mac ini.