Beri anak kad kredit. Mungkin ada yang merasakan ia cukup mewah buat anak-anak. Maklum saja, nak beli atau belanja apa-apa hanya ‘swipe’ saja, nanti orang tua yang tolong bayarkan bil bulanan.
Walau bagaimanapun, semua bergantu pada kemampuan dan rasa tanggungjawab seorang ayah pada anak-anak terutamanya bila dah berpisah dan anak di bawah jagaan bekas isteri.
Bagi ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang berkongsi dalam media sosial miliknya dengan memaklumkan beri anak kad kredit setiap seorang untuk kegunaan persekolahan, kolej dan keperluan diri.
Ads
Antara yang diluahkan dalam instagram miliknya:
Buat anakku, Fawwaz, Faiz & Farhan,
Ini ada tiga kad kredit untuk digunakan setiap seotang. Belilah apa yang kamu mahu tapi ayah yakin, kamu bertiga akan gunakan dengan bijak untuk keperluan sekolah, kolej dan keperluan diri.
Sekarang kamu sudaha ada dana sendiri, lakukan yang terbaik dan guna secara berjimat. Ketepikan sedikit duit ini untuk simpanan sebelum berbelanja. Jadikan ia satu tabiat baik.
Ads
“Jangan simpan apa yang tinggal selepas berbelanja, sebaliknya belanjakan apa yang tinggal selepas menyimpan.” – Warren Buffett
Ingat, ayah sentiasa ada untuk kamu dan jangan teragak-agak untuk menghubungi ayah jika perlukan apa-apa nasihat, bimbingan dan nasihat. Percayalah, bersyukurlah & jangan tinggal solat. Allah Maha Penyayang dan yakinlah dengan perancanganNya. Moga suatu hari nanti kita akan dipertemukan kembali. Insya Allah.
Nafkah Tidak Mencukupi
Terdahulu, Berita Harian melaporkan Mahkamah Majistret diberitahu wang nafkah RM6,000 sebulan diberikan Datuk SM Faisal kepada bekas isterinya untuk menampung perbelanjaan tiga anak mereka tidak mencukupi.
Difahamkan, anak sulung mereka yang berumur 17 tahun baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Am Antarabangsa untuk Pendidikan Menengah (IGCSE). Manakala anak kedua belajar si sekolah menengah swasta antarabangsa di ibu negara dan bongsu Tahun 6 di sekolah yang sama.
Ads
Mingguan Wanita : Tak kisah macam mana pun pemberian untuk anak-anak, asalkan tangungjawab pada zuriat sendiri tidak terabai.
Terkejut dengan berita anaknya mengalami kemalangan jalan raya, ibu kepada pempengaruh dan ahli perniagaan Siti Jamumall hampir pengsan.
Ibu mana yang tidak terkejut dan sedih melihat anaknya terbaring atas jalan raya apatah lagi kemalangan itu hampir meragut nyawa.
Ditambah apabila Siti Jamumall, 24, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin ketika itu dibiarkan terbaring selama dua jam selepas mendakwa sebuah pusat perubatan swasta tidak mahu menerima kesnya.
Siti Jamumall yang juga ibu tunggal kepada dua cahaya mata berkata, dia berterima kasih kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sudi menghantarkan bantuan.
Terbaring selama dua jam selepas kemalangan
“Allah masih sayangkan saya. Sejujurnya, saya kesal apa yang berlaku. Tidak sepatutnya pihak berkenaan membiarkan pesakit yang dalam keadaan kecemasan. Saya pun tidak tahu kategori sakit macam mana yang mereka boleh terima.
“Apa pun, terima kasih kepada ambulans KKM yang sudi membantu dan bawa saya ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya.
Menurutnya, dia dipindahkan ke sebuah pusat perubatan lain bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Syukur perkhidmatan di sini sangat laju. Selepas jumpa doktor dan buat ujian imbasan X-Ray, saya dimaklumkan patah jari dan luka-luka biasa.
“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan, menghantar mesej dan datang melawat,” katanya.
Terdahulu, Siti Jamumall dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya selepas motosikal dinaiki hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di Setia Alam, Selangor, pada Ahad.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seharian mak buat kerja rumah, penatnya membawa ke malam. Mak yang ada anak kecil lagilah penatnya berganda. Kena pula berjaga malam, menyusukan anaknya dengan susu badan. Kadang tak sedar, mak boleh terlelap sama.
Rupanya dalam pada mak terlelap sekejap, macam-macam boleh berlaku. Dan inilah yang dialami oleh ibu ini, Cik Puan Ammy yang alami pengalaman anak tersedak susu. Mujurlah ibunya tersedar awal dan anaknya dapat diselamatkan.
Beliau berkongsi ingatan untuk dirinya agar kelak tiada lagi kejadian yang sama berlaku kepada dirinya lagi. Kejadian menakutkan ini juga mungkin pernah mak-mak alami. Lagi-lagi bila tubuh penat seharian bekerja, dalam masa sama tuntutan menyusukan anak perlu dilunaskan. Moga diberi kekuatan untuk ibu-ibu yang berhadapan situasi ini.
Tengok-tengok Anak Terbatuk-batuk Dan Bernafas Laju
Jam 3 pagi, Ammy dikejutkan dengan bunyi seperti sudu terjatuh di atas simen. Mungkin ianya satu mimpi kerana dapur jauh berada di belakang dan pintu bilik tertutup rapat.
Tidak mungkin kedengarannya jelas seolah-olah berada di hujung telinga. Seperti biasa bila terkejut daripada tidur, perkara pertama yang Ammy perhatikan adalah Mahsuri. Allahu rabbi…
Kelihatan Mahsuri seperti terbatuk-batuk dan nafasnya laju. Tangan dan kakinya sejuk. Tiba-tiba Ammy teringat yang dia baru lepas menyusu (brestfeeding) dan mungkin Ammy tertidur sehingga tidak tahu bila masa dia berhenti.
Ammy segera mengangkat Mahsuri dan memangkunya di bahu, suami Ammy pun turut sama membantu menepuk-nepuk dan mengosok-gosok belakang Mahsuri. Tiba-tiba…. Burppp!
Mahsuri sendawa diikuti dengan muntah susu yang berketul-ketul. Tersedak susu rupanya anak Ammy. Bila sahaja muntah itu keluar, suhu badan Mahsuri mendadak naik. Tidak lagi sejuk seperti sebelumnya. Sebelum ini Ammy selalu dengar tentang bayi tersedak susu serta risikonya. Allahu Akbar..
Terima kasih Ya Allah kerana lindungi anak Ammy dan mengejutkan Ammy dari tidur.
4 Tip Hati-hati Semasa Menyusukan Anak
Satu pengajaran buat Ammy. Selepas ini Ammy akan berhati-hati dan pastikan:
1. Temani anak menyusu walau bagaimana penatnya seharian bekerja.
2. Jangan tidur sebelum anak habis menyusu.
3. Pastikan anak dalam keadaan selesa, susu yang diminum atau makanan yang dimakan telah dihadam sebelum mereka tidur.
4. Pastikan situasi anak nyaman sebelum kita melelapkan mata, tidak kiralah anak kita masih bayi ataupun telah dewasa.
Ini Pengajaran Yang Ammy Dapat
Sesungguhnya bagi kita sebagai seorang ibu, walaupun anak kita sudah punyai keluarga sendiri dan pandai jaga diri, namun mereka masih anak-anak kecil dimata kita. Masih perlukan kasih sayang kita, perhatian kita dan yang lebih penting doa restu daripada kita.
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi anak-anak kita. Amin.
Seluruh negara bersedih apabila bayi perempuan yang baru berusia setahun mangsa termuda Covid-19 menjadi korban hari ini. Sudah tentu kehilangan bayi ini memberi tamparan hebat buat mak dan juga ayahnya.
Di saat negara bergelut dengan pendemik Covid-19, anak kecil yang baru mengenal dunia dan belum mengerti apa-apa menjadi korban Covid-19.
Bayi Berusia Setahun Menjadi Korban
Bayi perempuan berusia setahun menjadi mangsa termuda dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi itu mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna padA 1 Oktober lalu.
“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan.
“Saringan Covid-19 didapati positif pada 5 Oktober dan bayi disahkan meninggal dunia 4.25 petang hari sama,” katanya.
Selain Bayi Turut Libatkan Kematian Warga Emas
Katanya, bagi tiga lagi kematian dilaporkan hari ini membabitkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun.
“Kes dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan pada 25 September lalu dan saringan Covid-19 didapati positif pada 26 September.
“Keadaan mangsa didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober 2020 jam 6.50 pagi.
“Bagi kematian ke-139 (iaitu kes ke-12431) adalah lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun dan mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 September lalu,” katanya.
Menurutnya, saringan Covid-19 didapati positif pada 30 September dan disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober jam 5.05 pagi,” katanya.
Menurutnya, kes kematian ke-141 (iaitu kes ke-13067) adalah lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun.
“Mangsa mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit kesihatan mental.
“Mangsa ditemui tidak sedar diri pada 5 Oktober 2020, jam 7 pagi dan terus dibawa ke Hospital Pulau Pinang. Kes didapati tidak bernafas di Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia 5 September 2020 jam 7.50 pagi. Saringan Covid-19 dikesan positif,” katanya.
MW: Selain warga emas, bayi juga antara golongan yang berisiko tinggi dalam musim pendemik Covid-19 ini. Oleh itu, pantau dan jaga bayi sebaiknya kerana virus ini tidak mengenal siapa.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...