8 Hari Ditahan Wad, Fasha Beransur Pulih. Alhamdulillah selepas lapan hari ditahan di wad, hari ini Fasha Sandha dibenarkan untuk pulang.

Fasha cedera pada mata kiri akibat terkena bucu katil sewaktu menjayakan sebuah adegan bersama pelakon Azhan Rani.

8 Hari Ditahan Wad, Fasha Beransur Pulih

Terbaru menerusi akaun Instagramnya, Fasha menerangkan keadaan fizikal di bahagian luar mata kiri dan bengkak yang dialami semakin beransur pulih walaupun berlaku keretakan tulang, masalah tisu dalaman dan darah beku.

“Assalamualaikum

“Kali ni menaip menggunakan sebelah mata. Mujur mata kanan masih sihat sempurna.

“First of all, syukur Alhamdulillah, terima kasih buat Mama. Mungkin kerana kebaikan dan doa2 mama, Allah melindungi mata kanan saya. Juga sy pasti doa daripada suami,anak2 sy,keluarga, peminat, sahabat, jiran2 dan kucing2 peliharaan saya, saya terus kuat

“Tidak Menyalahkan Sesiapa”

“Saya tidak pernah rasa tertekan, tidak mahu menyalahkan sesiapa, saya anggap Allah hanya ingin saya berehat seketika. Ya,

“8 hari yang begitu panjang buat saya, pertama kali admitted di hosp kerana injured.

“Pertama kali menggunakan personal medical card dan personal insurans yang sy ambil sejak tahun 2004😢 Saya tak pernah bermalam di hosp kecuali ketika bersalin. (Itu pun hanya 1 malam)

IKLAN

“Ya, ‘Benda Nak Jadi’ …

“Apa kita boleh buat… kita cuba sehabis baik, kita buat yang terbaik… tapi kemalangan tetap terjadi….. dalam hati saya ini, sy hanya fikirkan tanggungjawab yang masih tertangguh, malah pada hari kejadian, sy hanya fikir ingin habiskan tugas, tapi Fieza, Encik Along Kamaludin dan doktor tidak mengizinkan.

“Dikala kesakitan , baru kita sedar , siapa yang betul2 sayangkan kita. Saya tidak akan lupakan momen2 percutian di hosp selama 8 hari 7 malam di hosp😭

“Kepada yang bertanya,Keadaan sy ketika ini, fizikal luar mata dan bengkak telah beransur pulih, Tulang mata kiri sy patah..,ada tisu ,muscle dan darah beku.

Sudah Boleh ‘Discharge’ Hari Ini

“Walau begitu, saya tetap bersyukur, mata kanan masih sihat sempurna dan banyak lagi nikmat kebaikan yang diberikan pada saya, daripada ujian ini..sy dah boleh discharge hari ni Alhamdulillah.

IKLAN

“Special thanks buat mama yang tlg menjaga anak2 sy, suami yg menemani sy di hosp ,buat baby yang masakkan utk saya, Cikna yang urut sy ketika saya masih kabur, maktok yang buat doa selamat buat sy, team radius one encik sham encik ijat yang tak jemu2 berdoa dan bertanya khabar, Penerbit pengarah dan Team TV3, buat fiza n nisya yang bersama sejak hari pertama, misi2 dan doktor KPJ PUTERI JB dan KPJ AMPANG PUTERI

“Momen2 yg sy takkan lupakan sampai bila2. (Doakan agar mata saya kembali pulih)” kongsi Fasha Sandha.

Menarik Disini : Fasha Tak Nak Orang Ramai Salahkan Azhan Rani “Abang Jangan Risau, Abang Tolak Tak Kuat Pun”

8 Hari Ditahan Wad, Fasha Beransur Pulih “Tidak Menyalahkan Sesiapa, Anggap Allah Hanya Ingin Saya Berehat Seketika”

8 Hari Ditahan Wad, Fasha Beransur Pulih “Tidak Menyalahkan Sesiapa, Anggap Allah Hanya Ingin Saya Berehat Seketika”

“InsyaAllah Akan Sembuh Macam Biasa” Rakan Artis

Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Fasha Sandha cepat sembuh.

8 Hari Ditahan Wad, Fasha Beransur Pulih “Tidak Menyalahkan Sesiapa, Anggap Allah Hanya Ingin Saya Berehat Seketika” 8 Hari Ditahan Wad, Fasha Beransur Pulih “Tidak Menyalahkan Sesiapa, Anggap Allah Hanya Ingin Saya Berehat Seketika”

IKLAN

Baca Disini : Azhan Rani Simpati Pada Fasha “Cuma Nak Tengok Dia Sihat Macam Dulu. InsyaAllah Dia Kuat”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Sumber / Sumber Foto : Instagram Fasha Sandha

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!

Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.

8 Hari Ditahan Wad, Fasha Beransur Pulih “Tidak Menyalahkan Sesiapa, Anggap Allah Hanya Ingin Saya Berehat Seketika”

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI