Kebiasaannya ayam yang dah tak segar akan kelihatan pucat, dan agak berbau. Lebih-lebih lagi jika ia disimpan lama dalam peti sejuk. Sebenarnya ada petua mudah untuk kembalikan kesegaran isi ayam sekaligus menghilangkan bau hanyir selepas dicuci, hanya menggunakan garam sahaja.
Boleh cuba petua dapur yang dikongsikan oleh Puan Rohaida Ieda ini sebagai rujukan;
“Saya guna tepung untuk hilangkan hanyir ayam dan saya perapkan garam sekejap untuk segarkan isi ayam”
Petua saya untuk bagi isi ayam kembali segar.
1. Ambil sedikit garam dan gaulkan ayam yang telah dicuci.
2. Biarkan selama 5 minit.
3. Cuci ayam seperti biasa.
4. Isi ayam akan kembali kemerahan @ nampak segar.
Ads
Info Ekstra:
Untuk ayam yang dah segar letak garam basuh terus je tapi kalau isi ayam yang dah nampak tak berapa nak segar perapkan dengan garam sekejap baru isi ayam kembali segar.
Selain itu, boleh juga setiap kali basuh ayam letak sedikit cuka, limau nipis dan garam bagi menghilangkan bau hanyir ayam.
Mingguan Wanita:Boleh cuba petua dapur yang dikongsikan ini jika kembalikan kesegaran isi ayam. Hanya perlu perap sekejap dengan garam dan cuci seperti biasa.
Serunding halia, bawang merah dan bawang putih selalu menjadi pilihan makanan pembuka selera dan sangat elok diamalkan ketika dalam berpantang. Nak buat serunding ini, seeloknya hiris semua bahan-bahan menggunakan pisau, barulah hasilnya lebih cantik kemas dan tak hancur.
Meskipun mudah nak buat serunding ni, namun ada caranya supaya ia kekal rangup, tak lembik, tahan lama dan menjadi hasilnya.
Persiapan berpantang nanti, In shaa allah, bulan depan. Sebelum tak larat buat, Baik buat awal-awal.Semua bahan-bahan ni dihiris dengan pisau bukan guna penyagat.Sebab bila guna pisau hasilnya lagi cantik, kemas dan tak hancur.
Untuk serunding ni, saya tak letak bahan perasa, mahupun garam ya, saya suka makan macam tu je.Tabur atas nasi.
1kg Bawang Merah
1/2kg Bawang putih
1/2kg halia
1. Sebelum goreng bawang merah, tabur sikit dengan tepung beras, jangan letak air atau garam ya. Guna bawang merah ros/bawang merah kecik, jangan guna bawang merah besar.
2. Selepas hiris bawang putih, rendam kejap dgn air sahaja selama 10minit pastu bilas, kemudian tapis hingga betul-betul kering.
3. Lepas hiris halia, jemur/bagi kena angin kejap, supaya masa untuk menggoreng menjadi singkat sebab halia banyak kandungan air, saya guna halia tua, hasil lagi sedap dan cantik.
4. Ketika menggoreng minyak jangan kedekut, guna api sederhana sahaja supaya tak cepat hangus.
5. Mulakan dengan menggoreng bawang putih dahulu, kemudian bawang merah, akhir sekali halia.
6. Bila bahan-bahan goreng dah sejuk, masukkan dalam botol, dan tape kan, pastu nak simpan dalam peti sejuk pun boleh. Jangan risau dia tetap akan garing, itupun bergantung pada cara anda hiris, kalau dihiris tebal-tebal memang susah la nak garing.
7. Jika nak tambah bahan perasa dengan lada hitam yg dikisar kasar pun boleh, sebelum masuk dalam botol, tabur la dulu bahan perasa tu.
Mingguan Wanita: Boleh ikut tip yang dikongsikan ini jika nak buat serunding halia, bawang putih dan bawang merah seperti yang dikongsikan ini. Pastikan hiris halus guna pisau barulah hasilnya cantik, kemas dan tak hancur nanti.
Seronok melihat pencapaian usahawan berjaya Yatie Kamarzaman,40 ini dalam mengejar impian untuk memiliki rumah impian sendiri. Selepas 20 Tahun berusaha gigih, rumah idaman kakak kepada Dato Sri Aliff Syukri ini dijangka bakal siap pada Disember 2024.
Sepanjang proses pembinaan rumah impian tersebut, pemilik the_hijab.co ini, ada berkongsi panduan dan langkah yang betul sebelum ingin membuat rumah di atas tanah sendiri. Ia bagi mengelakkan kerugian kos jika ditipu oleh pihak kontraktor.
Selepas 20 tahun, akhirnya dream home Kak Yatie dengan @mohamad.zaidi.aziz terlaksana. Selebihnya kami plan kepada investment insyallah.
Sedikit yang Kak Yatie nak share dengan mereka yang ‘planning’ untuk ada rumah di atas tanah kosong. Maybe korang dah tau, tapi saje share dengan yang lain.
Sekiranya planning untuk buat ASET, pastikan tanah dibeli di kawasan yang ada value. Dekat dengan fasiliti. Elakkan jenis high rise building (unless plan untuk disewakan) dan tanah pertanian.
If memang itu je budget yang ada & planning untuk rumah persaraan ok je. Sebab, rumah yang kita diami adalah liabiliti selagi belum cash. Kalau revalue untuk refinance in future, semua ini diambil kira untuk memastikan tanah tersebut bernilai atau sebaliknya.
Ambil MLTT atau MRTT semasa apply loan ( ada beza yg dua benda ni ). If anything happen pada owner, rumah atau tanah auto cash. Kalau korang ambil MLTT, kelebihannya ada return waktu maturity nanti. Cuma kena bayar lebih sikit lah. Sebab MLTT ada hibah, saving & coverage dalam insuran tu.
Masa nak beli tanah, minta copy geran. Pastikan bukan geran kongsi & tiada sekatan. Sebab nanti tak boleh pindah milik. Kan dah susah.
Kalau nak build up rumah atas tanah kosong, hire lah archictect. Mereka akan buat drawing, settle kan dokumen dengan PBT untuk dapatkan semua kelulusan sampai CCC. So bila nak jual rumah atau refinance, semua ni ada value. Baru bank akan nilai aset tu selayaknya.
Hire lawyer sendiri dari awal start proses beli sampai siap buat rumah. Kena ada kontrak official dan due date bila projek akan handover. Agreements antara kita & architect ( PAM agreement) serta kita dengan main contractor ( tender agreement ) adalah berbeza tau. Kita kena ada back up supaya mengelakkan isu tak diingini.
Kalau nak jimat interest dengan loan, kita kena planning untuk bayar cash selepas beberapa tahun. Makesure tanya dulu bank, berapa tahun kita boleh cash kan. Kalau tak, ada penalties. Dan bank tetap akan kira interest seperti 30 tahun berhutang. Sebeb tu kena dapatkan info selengkapnya.
Bagi yang ada planning nak buat di tanah sendiri follow simple step ni. Insyallah tak susah hati if kontraktor lari bila kerja tak siap, construction tak ikut spec atau lari budget. Yang ni baru 10% sahaja. Ikut timeline siap Dis 2024 Insyallah.
Cari arkitek dulu. Bukan kontraktor. Di bawah arkitek nanti mereka akan lantik Structural & Civil Engineer, Quantity Surveyor, Mechanical &Electrical Engineer dan others specialist consultant.
Arkitek akan dapatkan harga total projek yang dipersetujui untuk open tender pada kontraktor. Ini bertujuan untuk award kontraktor yang qualified.
Arkitek dah ada anggaran harga projek, sebab Quantity Surveyor dah kira kos projek.
Then baru cari Interior Designer selepas keluar drawing dari architect. Ada PAM agreement. Tapi, untuk secure hire lawyer on behalf kita dengan kontraktor pula. Jika mereka gagal deliver projek seperti dijadualkan, penalti akan dikenakan.
Kenaikan harga binaan tidak akan jejas atau bertambah sepanjang projek berlangsung. Kecuali VO atas unforseen event.
Apa pun, architect akan keluarkan sijil untuk approve sebelum payment release. Jadi, semua binaan adalah mengikut spefikasi.
Sebarang isu berkenaan PBT semasa projek berlangsung, owner tidak akan menjawab. Kerana sudah di bawah tanggungjawab kontraktor. Kalau kena saman etc, mereka yang kena jawab dan bayar.
Mingguan Wanita: Tahniah buat wanita hebat ini. Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain untuk berjaya dalam mengejar impian. Jika ingin buat rumah idaman atas tanah sendiri, ikut panduan yang dikongsikan ini, supaya tak mudah ditipu oleh pihak kontraktor. Malah segala proses pembinaan rumah berjalan dengan lancar.
Mudah je rupanya nak buat udang kering sendiri dirumah yang pastinya puas hati berbaloi, lebih segar, terjamin kebersihan dan kesuciannya. Tak perlu lagi ragu-ragu dengan proses pembuatannya. Bukan apa jika beli di kedai, selalunya udang keringnya berbau hapak, sudah lama serta diragui cara pemprosesannya. Boleh guna teknik rebus, kukus atau sangai.
Udang kering homemade. Kalau nak dikira berbaloi ke tidak buat sendiri saya rasa berbaloi.
Walaupun sekilo udang bila dah dikeringkan hanya tinggal 200gm tapi di pasaran harga 200gm pun 20 ringgit. Saya beli udang basah ni 8 ringgit sahaja.
Sebenarnya lebih kepada kepuasan bila kita boleh buat sendiri. Pembuatan yang terjamin kebersihan dan kesuciannya.
1kg udang merah kulit keras
1 sudu garam kasar
1/2 cawan air
1.Buang kepala udang supaya boleh basuh bersih-bersih. Tujuannya untuk mengurangkan alahan bagi yang tak tahan makan seafood.
2. Udang yang dah siap basuh.
3. Letak udang dalam periuk. Masukkan setengah cawan air.
4. Letak sesudu garam kasar. Garam ni supaya udang tidak busuk.
5. Rebus hingga air udang kering.Selain rebus boleh juga guna teknik mengukus dan boleh juga disangai.
6. Jemur udang dibawah cahaya matahari hingga kulit udang rapuh. Jika cuaca mendung masukkan udang dalam oven.
7. Masukkan udang dalam plastik. Saya lenyekkan sikit dengan anak lesung. Kemudian ketuk-ketuk di lantai/meja. Keluarkan dari dalam plastik tampi.
8. Inilah hasil kejadiannya. Udang kering buat sendiri. Udang ni dah bersih jadi asyik masuk mulut je. Sedappp.
Video kenderaan berlogo JIM yang tular membawa kepada penahanan seorang lelaki Pakistan. Siasatan kemudian mendedahkan rakaman lama itu dimuat naik ke status WhatsApp oleh isterinya.