
Isi Kandungan
ToggleBila rajin memasak, tungku dapur dan kawasan sekelilingnya memang mudah kotor dan berminyak. Bukan mudah nak hilangkan kesan minyak dan kotoran ini jika hanya mencuci biasa.
Ada caranya untuk menghilangkan dapur ‘berkerak’ ni dengan hanya menggunakan bahan dapur sahaja. Memang mudah dan lebih jimat iaitu hanya menggunakan baking powder, lemon dan gel pencuci pinggan sahaja.
Bahan-Bahan Diperlukan:
1 sudu besar Baking Powder
1/2 biji Lemon
1 sudu Gel Pencuci Pinggan
Span Besi
Kain Lap
Cara-Caranya:
1. Taburkan baking powder disekeliling dapur.
2. Kemudian perahkan lemon, sambil gosokkan pada baking powder tadi dan biarkan beberapa minit.
3. Guna span besi kikis semua kotoran yang ada.
4. Setelah itu, lap kotoran tersebut.
5. Letak pula gel pencuci pinggan dan lap sekali sehingga bersih.
Siap! Selamat Mencuba.

@nikueland bersihkan dapur gas anda mengunakan bahan yang ada di dalam rumah. #tipsdapur #dapurmak #dapur #cuci #CapCut ♬ original sound – Nikue Land
Mesti Baca:Baking Powder VS Baking Soda, Jadikan Kuih, Biskut Kek Lebih Gebu, Rangup Atau Mengembang!
Baca Lagi Di Sini:Fungsi Baking Soda & Baking Powder, Ini Cara Sebenar Penggunaannya Barulah Resipi Menjadi!
Artikel Menarik:Guna Cuka & Baking Powder, ‘Tonyoh’ Bahan Ni Kuali Bersih Berkilat!
Mingguan Wanita: Jadi mak-mak yang nak bersihkan kesan kotoran dan minyak yang ‘berkerak’ dekat dapur tu boleh guna tip yang dikongsikan ini. Memang berkesan dan dapur kembali bersih, licin bersinar.
Sumber:Nikueland
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perangai Orang Perempuan, Tak Pernah Cukup Tudung Biarpun Ada Seribu Helai Dalam Lemari

Isi Kandungan
ToggleBaru-baru ini saya telah di “tag” oleh adik tentang ceramah seorang ustaz bahawa tak baik menyimpan pakaian seperti tudung, baju banyak-banyak tanpa memakainya. Sebagaimana kita menyimpan emas yang banyak, setiap satunya perlu dibayar zakat.
Jika selama ini mungkin ramai yang menganggap hanya emas sahaja perlu dibayar zakat, tetapi hari ini tahukah anda menyimpan baju, tudung tanpa dipakai dengan harapan akan kurus bolehlah pakai semula adalah perbuatan yang tidak baik.
Jenis Perangai Orang Perempuan, Hobi Kumpul Tudung
Mati lahai, dah baju dalam almari pun hampir separuh jarang-jarang pakai. Hahaha, sesetengahnya saya tak pakai sebab tangannya kecil sedikit kalau di luar nak solat susah bila ambil wuduk. Setengahnya pula tangannya terlalu kembang, susah kalau nak ambil lauk di kenduri. Separuhnya pula, baju itu tak sesuai untuk ibu yang breastfeed.
Banyakkan alasan, tetapi itulah punca kalau seseorang wanita itu akan pakai atau rotate baju atau tudung yang sama jer setiap hari kerana dalam 300 set pakaian mereka, mungkin 10-15 helai sahaja dorang rasa sempurna di mata mereka.
Selebihnya dorang akan pakai sekali, kemudian simpan yang tak tahu bila lagi dorang akan ulang pakai. Malahan mereka juga sanggup habiskan duit untuk pakai mengikut tema tetapi selepas tak sanggup dah sarungkan kerana baju itu dibuat semata-mata untuk event itu sahaja. Sangat kelakar dan uniknya perangai wanita kan.
Para suami pasti geleng kepala setiap kali kenduri-kendara, sang isteri pasti akan berbelanja kononnya nak beli baju dan tudung baru dengan alasan tiada baju hendak dipakai. Pada hal di rumah, hampir 90 % almari baju dipenuhi baju isteri. Siap kena beli almari baju baru disebabkan baju isteri yang melimpah ruah. Kadang-kadang baju suami macam menumpang jer di celah-celah baju isteri.
Rasanya setiap wanita memang dilahirkan untuk membeli baju. Pantang kawan sepejabat jual kain, baju atau tudung, pasti dibeli. Selain nak suport bisnes kawan-kawan, wanita juga cepat terpengaruh dengan trend tidak kiralah trend tudung ke atau baju.
Lepas satu-satu trend itu melewati masanya, maka ke storlah tudung-tudung tersebut, tunggulah sampai trend tersebut berulang kembali. Itu pun kalau wanita itu ingat dekat mana dia simpan atau terpahat memori yang dia pernah membeli tudung tersebut.

Tip Elak Beli Tudung Melampau
Mungkin tip ini saya boleh kongsikan dengan wanita di luar sana agar tidak mengikut nafsu membeli pakaian lalu tak memakainya. Antaranya ialah, jangan beli sejenis tudung itu berhelai-helai. Memadai beli tudung itik sehelai, jadi takde laa rasa membazir dan ralat apabila nanti nak simpan tudung itu.
Keduanya, setiap kali anda basuh pakaian atau tudung, pastikan anda sorting atau susun mengikut giliran, agar setiap pakaian anda dipakai mengikut jarak waktu yang ditetapkan, tidaklah orang tegur, minggu lepas ko pakai baju ni kan? Padahal kat rumah baju selambak, tetapi yang sehelai itu jugak ko nak pakai kan.
Ketiganya, bila agak-agak ko tak nak pakai dah, cuba jual secara online, insyallah pasti ada yang berkenan. Jual murah-murah sudahlah, teruja kan bila dapat duit tu boleh beli tudung baru. Yeay!
Terakhir, apa salahnya sesekali anda sedekahkan pakaian anda yang menimbun tu pada kawan-kawan atau orang yang tidak berkemampuan. Dapat pahala tau gembirakan hati orang, tak percaya cubalah. Selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tutorial Menabung Jangka Pendek, Setting Goals Guna Apps Cimb Clicks!

Isi Kandungan
ToggleBiasanya bila kita simpan duit dan menabung ada tujuan tertentu. Seperti ketika untuk simpanan kecemasan, melancong,deposit beli kereta, beli barang mahal dan sebagainya. Namun untuk konsisten, menabung setiap bulan memang agak sukar.Selalunya terlupa atau digunakan untuk tujuan lain. Sebenarnya, kita boleh menabung jangka pendek dengan setting goals guna apps Cimb Cliks.
Untuk faham lebih lanjut caranya, Puan Eyfa Emir ada kongsikan tutorialnya.
Menurut wanita ini lagi, cara ini sangat bagus untuk sesiapa nak buat dan capai short term goals.Tabungan yang tak keluarkan duit atau pindahkan ke akaun lain.
Berikut perkongsian tersebut;
Cimb pun sekarang dah update function macam Maybank.Dah ada QR Pay. Paling best boleh setting my goals dalam apps Cimb Clicks. Benda yang paling saya tertunggu-tunggu selama ni.
Saje try tadi function My Goals. Menarik gak. Gais, kalau ada short term saving plan untuk tabung kecemasan ke, nak shopping benda mahal ke, nak travel ke, boleh la guna function ni.Sangat-sangat best untuk bantu korang capai goals. Tengok kat gambar ye untuk tutorial.
Selamat menggemokkan saving!
1. Buka apps Cimb Clicks. Klik tab “accounts”.
2. Dia akan appear summary “deposit” macam ni. Klik arrow ke bawah tu.
3. Kita akan nampak details macam ni. Pastu klik “My Goals”.
4. Bila dia pop up macam ni, klik OK.
5. Bila keluar macam ni, klik arrow ke bawah untuk select category.
6. Pilih mana-mana kategori yang nak.
7. Macam dalam gambar ni, saya pilih category “Rainy Day”. Then letak goal name yang kita nak.Letak la tabung kecemasan ke, tabung family ke. Apa-apa jela.Saya letak goal macam dalam gambar.
8. Bila dah select category, tetap kan goal amount dan berapa tempoh yang nak capai. Saya saje cuba RM3,000 dalam masa 36 bulan. Korang adjust la ikut keperluan.
9. Bila dah siap letak goal target, apps tolong kirakan berapa auto contribution. Nak rendah, adjust kat goal target tadi. Amend kat bahagian amount dan duration. Pastu klik “Create Goal”.
10. Dia keluar summary macam ni.
11. Kalau korang dah puas hati, klik “Proceed”. Kalau tak nak, boleh buat nanti. Nak tambah goal lain pun boleh. Semoga bermanfaat.
Soal Jawab:
Soalan 1: Kenapa dah set goal tapi duit tak tolak?
Jawapan: Saya pun tak tahu. 26hb Disember 2020 saya set goal, tapi macam tak tolak. Semalam saya create goal baru. Bila check pagi tadi dah tolak.
Nak tahu dah tolak ke belum, boleh tengok summary. Macam gambar 1, goal kedua dah ada accumulated saving 8%. Balance dalam bank pun berkurang (asing ke dalam goal).
Gambar 1:
1. Goal 1: tak tolak pula ke my goals
2. Goal 2: dah tolak harini ke my goals

Soalan 2: Boleh ke nak keluarkan bila-bila?
Jawapan: Ada yang kata kalau guna bank rimau tak boleh keluarkan kalau dah set goal. Tapi jangan risau, cimb tak lock simpanan anda.
Gambar 2: Dia tulis tabungan dalam goal ni tak lock-in. Jadi boleh keluarkan bila-bila masa.
Jadi boleh keluarkan bila-bila yang anda nak. Nak cancel goal pun boleh. Dalam gambar 2, ada tulis boleh keluarkan bila-bila masa.
Soalan 3: Kenapa saya takde function ni?
Jawapan: Pertama, kalau belum ada kena download apps Cimb Clicks. Kedua, kalau dah ada kena upgrade atau update apss anda.
Kalau takde juga..
Ada yang dah confirm kan dengan pihak cimb. Katanya akaun yang tersenarai sahaja ada function ni. Rujuk gambar 3.
Gambar 3: Pengguna apps Cimb Clicks yang ada guna akaun di atas je yang boleh guna function goal & savings.
Jom buat saving challenge 2021 bermula hari ni. Yang dah buat tahniah! Keep going.
Baca Lagi Di Sini:
Ruginya Kalau Mak Ayah Tak Tahu Cara Paling Mudah Menabung Di Maybank2u Ni
Lelaki Ini Ajar Cara Mudah Guna Mesin Deposit Syiling, Tak Perlu Asingkan Duit Satu Persatu!
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat pengguna Cimb Clicks, boleh lah menabung dan set kan dan capai short term goals yang diinginkan.Cukup mudah cara ini, tabungan yang tak keluarkan duit atau pindahkan ke akaun lain.
Sumber: Eyfa Emir
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
KACANG BOTOR Berbuah Lebat, Buang Daun & Tunas Di Pangkal Pokok!

Isi Kandungan
ToggleRupanya antara tip supaya pokok kacang botor berbuah lebat ialah perlu buang daun, pucuk dan tunasnya di pangkal pokok.Kacang botor atau kacang kelisa ini antara tanaman yang selalu kita tanam di rumah. Sedap dijadikan ulaman atau ditumis begitu sahaja.
Kacang botor merupakan tanaman jenis jangka masa pendek yang mudah mengeluarkan hasil.Jika betul penjagaannya minggu ke 10-12 dari dari hari semai sudah pun boleh menikmati ulam kacang botor ini. Namun yang selalu menjadi masalah bila tanam kacang botor ini ialah daunnya lebat tapi tak berbuah atau dipanggil mabuk daun.
Jika hadapi masalah yang sama boleh ikut tip penanaman yang dikongsikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan juga Hashimah Mohamad Shariff untuk pastikan pokok subur elok dan kacang botor berbuah lebat tak putus-putus berbunga dan berbuah.
Berikut perkongsian tersebut;
“Alhamdulillah hasil kutipan hari ini. Berbagi rezeki dengan jiran. Ramai yang tanya kenapa kacang botor tak berbuah dan mabuk daun. Petua dia senang je, buang daun dan tunas-tunas di pangkal pokok dan letak baja organik, hasilnya dengan izin Allah.”


Cara Penanaman:
1. Siram 2 kali sehari, pagi dan petang. Anak pokok perlukan air yang banyak untuk membesar.
2. Bila anak benih sudah naik, atau berusia 2 minggu buat junjung atau letak pancang kayu untuk bantu pokok memanjat/menjalar.
3. Kena cabut rumput untuk elakkan persaingan dengan pokok untuk dapatkan zat makanan, cahaya dan air.
4. Guna baja organik/baja asli seperti tahi ayam atau kompos. Baja boleh dibuat selepas pungut hasil atau bila lihat kesuburan pokok merosot.
5. Jika kacang botor tak berbuah dan mabuk daun boleh praktik petua ini, buang daun-daun tua dan tunas di pangkal pokok supaya cukup nutrien untuk pembentukan buah. Insya-Allah pokok akan mula berbuah lebat.
6. Biasanya kacang botor boleh dikutip hasilnya dalam tempoh 2 bulan lepas disemai. Kutip setiap 2-3 kali sehari untuk elak buah tua.
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.

Baca Lagi Di Sini:
BENDI Berbuah Banyak Setiap Cabang, PENTING Apabila Petik, Buang Sekali Daunnya!
TEKNIK Cantas Pucuk Luruhkan Semua Daun, Tip Pokok Mulberry Berbuah Lebat!
Mingguan Wanita: Begini rupanya petua nak tanam kacang botor supaya berbuah lebat tak putus-putus. Kena buang daun, tunas dan pucuk di pangkal pokok. Boleh cuba tip yang dikongsikan ini.
Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia & Hashimah Mohamad Shariff
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI