Ramai yang keliru dengan fungsi Baking Soda dan Baking Powder, serta tidak tahu cara sebenar penggunaannya. Lebih-lebih lagi, jika jarang-jarang membuat kek mahupun mengadun biskut, serta tak biasa dengan bahan ini silap pilih ia mengakibatkan kek atau biskut yang diadun tidak menjadi.
Mungkin warna serbuknya putih kelihatan sama tapi sebenarnya kedua-dua bahan ini mempunyai peranan dan fungsi yang berbeza. Kedua-dua baking soda dan baking powder adalah agen penaik yang bermaksud apabila keduanya ditambah ke dalam bahan-bahan untuk dibakar, ia akan menghasilkan karbon dioksida dan menyebabkan doh naik.
Baking Soda
Nama kimia baking soda adalah sodium bikarbonat. Apabila bahan ini dicampur dengan kelembapan dan bahan berasid, tindak balas kimia yang berlaku akan menghasilkan buih-buih karbon dioksida yang akan mengembang dalam suhu oven, menyebabkan hasil bakeri turut mengembang atau naik.
Contoh bahan berasid termasuklah yogurt, coklat, buttermilk, madu dan sebagainya. TIndak balas kimia antara baking soda dan bahan-bahan lain berlaku sebaik sahaja ianya dicampur, jadi anda perlu membakarnya serta merta, atau produk bakeri/pastri anda tidak akan naik.
Baking Powder
Baking powder mengandungi sodium bikarbonat dan juga bahan-bahan lain seperti agen pengasid (krim tartar) serta agen pengering (selalunya kanji).
Terdapat 2 jenis baking powder, iaitu single-acting dan double-acting.
Jenis single-acting diaktifkan oleh kelembapan, jadi resipi yang menggunakan bahan ini perlu dibakar sejurus ia dicampur. Baking powder jenis double-acting mempunyai tindak balas kimia dalam 2 fasa, dan boleh dibiarkan sebentar sebelum dibakar.
Ads
Penggunaan double-acting baking powder akan membebaskan gas tertentu pada suhu bilik, namun sebahagian besar gas berkenaan terbebas selepas suhu doh di dalam oven meningkat.
Menentukan Penggunaan Baking Powder Atau Baking Soda Dalam Resipi
Sesetengah resipi menggunakan baking soda, sesetengah resipi yang lain menggunakan baking powder. Bahan mana yang perlu digunakan bergantung kepada bahan-bahan lain yang digunakan di dalam resipi.
Ads
Matlamat utama adalah untuk menghasilkan produk berkualiti yang sedap dan mempunyai tekstur yang enak. Baking soda adalah sejenis alkali (basic), jadi produk hasil penggunaana bahan ini sedikit pahit kecuali terdapat bahan berasid lain yang digunakan. Baking soda selalunya digunakan dalam resipi cookies.
Baking powder pula mengandungi kedua-dua bahan berasid dan beralkali, dan atas sebab ini, rasa hasil bakar secara keseluruhan adalah lebih neutral.Resipi yang menggunakan baking powder selalunya memerlukan bahan yang neutral rasanya, seperti susu. Baking powder adalah bahan asas dalam pembuatan kek dan biskut.
Pengganti Kedua Bahan Ini Dalam Resipi
Baking soda boleh digantikan dengan baking powder, namun kuantiti yang digunakan adalah lebih banyak dan akan memberi kesan terhadap rasa. Sebaliknya, baking powder tidak boleh digantikan dengan baking soda.
Baking soda itu sendiri kurang dari segi tahap asidnya untuk membuatkan sebiji kek kembang mahupun naik. Namun, anda boleh membuat baking powder anda sendiri sekiranya anda mempunyai baking soda dan krim tartar.
Penghujung bulan Januari memang mudah nak jumpa limau Mandarin. Lagi-lagi yang dijual dekat pasaraya besar. Ada juga yang dihadiahkan oleh syarikat-syarikat persendirian pada orang perseorangan.
Disebabkan limau itu sendiri kaya dengan vitamin C, kita pun pulunlah makan. Rupanya limau yang dijual di pasaraya itu mak-mak tak boleh terus makan macam gitu. Sebab ada cara yang betul memakannya. Bukan main kupas dan makan.
Inilah yang diterangkan oleh Dr Rosli Abdul Jalil berkenaan cara betul memakan limau Mandarin. Kenapa Dr ingatkan tentang ini semua. Haa.. ini jawapannya.
Limau sangat kaya dengan vitamin C dan ia sepatutnya menghalang kita dari gejala sakit tekak.
Namun begitu, bilangan pesakit yang menghidap gatal dan sakit tekak serta batuk bertambah sekali ganda dalam musim perayaan.
Apakah kaitannya dengan limau Mandarin tersebut?
Pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur dioxide’. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu ke dalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut.
Ia dilakukan sebelum limau dimasukkan ke dalam kotak untuk tujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga.
Dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ianya dapat bertahan lama sebelum dipasarkan.
Apa kesan ‘Sulphur Dioxide’ yang terdapat pada kulit limau tersebut kepada manusia?
Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus.
Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.
Bagi mengatasi masalah yang dinyatakan di atas. Sebelum nak makan limau Mandarin itu, cubalah ikuti langkah-langkah berikut:
1. Basuh atau rendam dahulu buah limau ini dan kemudian barulah dimakan. 2. Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan. 3. Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengopek limau!
Semoga anda kekal sihat di musim perayaan ini. Inilah pesanan ringkas ‘Tips kekal sihat di musim perayaan’ yang ditulis DR ROSLI ABD JALIL.
Baru berusia 1 tahun 11 bulan, anak kecil ini telah disahkan mempunyai Kencing Manis Type 1. Jika selalu stigma masyarakat kencing manis dihidapi oleh golongan dewasa, namun tidak mustahil ia boleh dihidapi oleh anak kecil seawal usia.Yang pastinya perlu perbetulkan persepsi bahawa kencing manis type 1 bukanlah berpunca daripada mengambil makanan manis dan bergula, tapi akibat tubuh badan TAK BOLEH menghasilkan insulin sendiri.
Perkongsian pengalaman oleh Dr Anisah Ali, apabila anak lelakinya Ammar Raif, 1 tahun 11 bulan disahkan hidap Mild DKA with Newly diagnosed Type 1 Diabetes.(Kencing Manis Type 1), diharap dapat memberi manfaat dan ilmu buat mak ayah yang lain agar lebih berwaspada dan faham jenis diabetis tahap 1 ini.
Saya selalu cakap pada diri saya,
“ InsyaAllah… apa-apa jenis ujian, i think i can go through it, EXCEPT ujian anak. Saya tak rasa saya boleh kuat untuk go through ujian anak.”
Dan, sesungguhnya, Allah Lebih kenal diri saya dan suami saya. Allah Lebih Tahu apa yang kami mampu sebenarnya dan apa yang kami tak mampu.
Terdiam.
Termenung saya dan suami selepas doktor pakar mengesahkan diagnosis Ammar Raif pada petang 3 Feb 2018. Pada usia Ammar Raif 1 tahun 11 bulan ini, dia diagnose dengan…
Mild DKA with Newly diagnosed Type 1 Diabetes. (Kencing Manis Type 1).
Seminggu sebelum kami bawa Ammar Raif ke Unit Kecemasan HUKM sabtu tu, kami perasan Ammar Raif kerap buang air kecil.Diapersnya akan penuh dalam sekelip mata je.Kalau sebelum ni kami tukar diapers-nya dalam 2-3 kali sehari. Minggu tersebut, kami terpaksa tukar diapers-nya hampir setiap 2-3 jam! Sebab memang penuh lendut tu.Kerap kencing ni yang pertama saya perasan.Dalam term medikalnya dipanggil , Polyuria.
Dalam pada masa yang sama, Ammar Raif asyik mintak air saja. Setiap jam nak minum air. Sekali minum, secawan! Ini tanda kedua yang saya simpan dalam otak. Kerap nak air ertinya kerap haus.Polydipsia.
Hanya dua tanda ni saja.
Ammar raif kekal active. Active sangat.Tiada demam.Tiada cirit birit atau sakit perut.Tiada muntah-muntah.Minggu tu banyak kali timbul dalam fikiran saya,Saya tanya pada diri saya, kenapa dia kencing banyak sangat.
“Takkan dia diabetes kot? He is too young for even type 1!”
Jadi saya cuba fikirkan kemungkinan sebab yang lain.Saya tanya semua orang dirumah, “Kenapa dia banyak kencing eh?”
Dan orang akan jawab “kan dia minum pun banyak. Tu sebab kencing banyak tu”
I took comfort dari jawapan-jawapan serupa itu.
I was in denial!
Hari ke-7, saya perasan Raif lemah.Mata macam cengkung sikit.Masih banyak kencing.Masih kerap haus.Dimaklumkan oleh ahli keluarga, Raif ada muntah sekali hari tersebut.Saya terus balik rumah.Saya sampai je rumah dalam pukul 2.15ptg, terus dukung Raif. Dia nak menyusu. Elok lepas susukan ,dia tertidur.Waktu tu saya examine badan dia. Entah macamana, hati saya asyik seru suruh saya cek gula dia. Sebab what else could this be?
Dia dah ada tanda-tanda dehidrasi dah ni.Saya pun whatsapp sorang sahabat. Dan dia pun setuju, cek je gula.Saya pinjam glucometer ayah saya.Terus check gula dalam darah Ammar Raif.
Terpapar di screen glucometer tu : 30.0
Saya campak glucometer atas katil, kerah suami saya untuk siap.
“Kita Kene Pergi ED sekarang, B!” “Kita Pergi HUKM!”
Tak sampai 5 min, suami saya bersiap sekali dengan bag baju raif. Memang segala apa dia boleh capai dia masuk dalam bag tu.Saya angkat Raif. Terus kami bergegas ke Unit Kecemasan HUKM.
Sesampai disana, saya terus maklum yang DXT raif dirumah, 30.0. MA di ED tu pun tak fikir lama, diorang terus ambil vital signs dan buat dxt, 33! Terus tolak raif ke Zone Rhesus.Untuk stabilkan Raif.
Alhamdulillah.Raif hanya MILD DKA. Kebanyakan cases dka, kanak-kanak tu terpaksa di intubate bagai sebab dah coma. Saya bersyukur, hanya dalam tempoh tak sampai 24jam. Raif dah fully recovered dari DKA dia. Cuma dia banyak menangis tak selesa sebab kiri kanan tangannya dipasang branula untuk masuk air dan insulin.Dia tak dapat bergerak banyak. Sebab terikat.
DKA : Diabetic Keto-acidosis
Ianya adalah satu keadaan dimana paras gula dalam darah mencanak naik dan badan kekurangan insulin untuk proses gula tersebut. Gula digunakan oleh tisu badan dan otot kita untuk buat tenaga, kan.Bila gula stay dalam darah dan tak dapat masuk ke dalam tisu dan otot badan.Tisu dan otot kita terpaksa gunakan lemak pula untuk buat tenaga.Bila lemak digunakan untuk tenaga, proses ini akan menghasilkan sejenis bahan yang dipanggil KETONES.
Ketones ni acid sifatnya.
Bila tinggi acid ni , maka akan berlakulah Diabetic Keto-acidosis (DKA)
Apa symptoms DKA ?
– Kerap Haus
– Kencing banyak
– Sakit perut
– Muntah-muntah
– Letih , lemah
– Sesak nafas
– bau mulut : bau manis buah
– kekeliruan
– pengsan
– koma
Jika ada anak-anak yang tiba-tiba menunjukkan antara tanda-tanda ni, bersegeralah bawa dia ke klinik atau ke unit kecemasan untuk pemeriksaan.
Tak kurang, Ramai juga yang menyangka Raif mendapat kencing manis type 1 ni sebab banyak makan makanan manis. (Raif tak gemar benda manis.. mak dia ya! Haha)
Maaf.
Suka saya nak enlighten kita semua tentang 2 jenis kencing manis. Sebab saya rasa, penyakit kencing manis type 1 ni tak popular dalam masyarakat kita. Sebabkan itu, masih ramai yang tak jelas dengan puncanya.
? Penyakit kencing manis yang biasa dapat diusia dewasa yang berpunca dari pemakanan yang tinggi gula dan gaya hidup kurang sihat. Ini adalah Kencing Manis Type 2.
– Kencing manis type 2 ni , bagi yang gulanya terkawal, cukup untuk dia ambil ubat pil sahaja (ie metformin).
– Ada juga yang kencing manis type 2 tapi gulanya tidak terkawal dan dah banyak komplikasi sehingga memerlukan dia ambil insulin injections.
? Satu lagi jenis kencing manis adalah yang didiagnose ketika kanak-kanak. Disebabkan badannya TIDAK BOLEH menghasilkan insulin sendiri.
Ini adalah Kencing Manis TYPE 1
Bukan sebab makan manis ya. BUKAN SEBAB MAKANAN MANIS.
Tapi sebab badan tak boleh buat insulin.
Sebab antibodi badan mereka yang sepatutnya melawan bendasing dah secara tak sengaja, menyerang B-cells dalam pancreasnya sendiri. B-cells ini tugasnya adalah untuk menghasilkan insulin. Namun bila dah diserang badan sendiri, fungsinya terjejas. Dan inilah yang kita namakan, Auto-Immune disorder. Dimana badan kita menyerang badan sendiri.
Type 1 :
-kencing manis yang didiagnose ketika kanak-kanak.
-disebabkan auto-immune disorder
-badan TAK BOLEH hasilkan insulin
-terpaksa bergantung pada insulin injections.
Type 2 :
– kencing manis yang berpunca dari pemakanan tinggi gula/ gaya hidup tak sihat
– badan masih menghasilkan insulin tapi tak cukup
– ada yang makan ubat pil, ada yang sampai kene ambil insulin injections.
Banyak sangat benda baru saya dan suami belajar sepanjang Raif admitted di hosp.
– cara jaga makan dia
– cara baca label
– cara manage Raif pada hari-hari tertentu
– cara bagi insulin dan correction doses
Dan etc etc
Banyak benda baru dan perubahan yang kami perlu buat untuk Raif. Raif akan ada rutinnya sendiri yang tetap setiap hari. Jadi sekarang, Ammar Raif bergantung pada Insulin Injections setiap hari seumur hidup, setiap kali sebelum makan.
Pemakanannya tak perlu dicatu atau hanya boleh makan yang sugar-free sahaja. Tidak..
Dia boleh makan macam kita semua. CUMA, saya perlu sukat dan kira kandungan karbohidrat dalam meals dia setiap kali dia nak makan…
Supaya saya dapat beri dose insulin yang sesuai dengan berapa banyak yang dia makan.
~~~
So far, this journey is challenging. But We Are Okay. Alhamdulillah. InsyaAllah.
Kalau Allah tak izinkan, dah lama Allah elakkan. Ujian ini adalah ujian kami. Juga a blessing in disguise insyaAllah.
Takkan Allah beri satu satu ujian itu sia-sia melainkan untuk sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah. Berkat doa dan sokongan kalian semua juga, kami dapat kuat dalam hari-hari awal yang mencabar ini. Mohon doakan Ammar Raif sihaaat je selalu, doakan dia tak senang demam atau tak sihat. Doakan dia kekal aktif dan dah besar nanti jadi neurosurgeon (eh! Hehe). Ameen insyaAllah.
~~
BUAT SEMUA AHLI KELUARGA DAN SAHABAT BAIK YANG SENTIASA BERSAMA KAMI DARI PERMULAAN JOURNEY NI..
BUAT SEMUA SAHABAT BAIK DI HUKM YANG TOLONG TANPA HENTI SEWAKTU RAIF ADMIT TEMPOH HARI..
BUAT SEMUA KENALAN JAUH DAN DEKAT YANG SEHINGGA HARI INI TERUS PRIHATIN DAN BERTANYA KHABAR TENTANG RAIF DAN KAMI SEKELUARGA..
SAYA DOAKAN MOGA ALLAH LAPANGKAN JALAN-JALAN REZEQI KALIAN, MUDAHKAN SEGALA URUSAN KEHIDUPAN DAN MOGA KEBAIKAN KEKAL BERSAMA KALIAN.
Thank You So So So Much, from the very bottom of our hearts!
You are indeed one of our blessings!
Ikhlas
Dr Nisa Ali, Mama Ammar Raif. ❤
Semoga bermanfaat dan kongsikan juga buat mak ayah yang lain agar mampu beri kesedaran simptom diabetes type 1 ini.
Masalah normal kaum mak-mak bila nak kemas barang dapur, puas fikir nak simpan kuali, periuk belanga dan barang-barang sewaktu dengannya di tempat yang sesuai.
Ini disebabkan saiz kuali yang agak besar dan satu lagi kerana kuali ini barang yang di pakai setiap hari. Jadi tak boleh lah letak di tempat yang agak payah untuk di ambil.
Biasanya mak-mak memilih untuk letak bawah kabinet dapur dan ada juga yang menggantungnya dengan pelbagai cara. Apa sahaja cara yang digunakan tidak salah. Terpulang kepada ruang yang ada dan cara yang anda mahukan. Apa yang penting barang-barang ini tersimpan kemas dan rapi.
Tetapi kali ini nak bongkar cara gantung kuali yang dikongsikan oleh Puan Fadh Dilla Musa, lepas ini mak-mak yang suka masak lebih mudah nak ambil dan tempat pun strategik. Sedikit sembunyi dan pastinya nampak kemas.
Ikea hack by husband untuk gantung kuali-kuali saya.
Slider tu suami beli KOMPLEMENT dari ikea, tempat gantung dalam almari sebenarnya tapi suami cuma nak slide dia je. Penggantung boleh gantung guna paku je kat dinding.
Lepas beli cangkuk biasa dekat Daiso. Boleh cari dekat DIY dan kedai RM2 jugak.
Total kos lebih kurang 60.
Konplement (lupa harga) rm30++
Cangkuk rm5.30 x 4 = rm21.20
Niat awalnya nak ke sekolah, tetapi tiba-tiba motor yang dibonceng bertembung kereta guru di Kilometer 51.4 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Machang hari ini