Sebelum nak melakukan sebarang penambahan mahupun pengubahsuaian pada mana-mana bahagian rumah seeloknya fahamkan dulu peraturannya. Apa yang boleh serta dibenarkan dan sebaliknya.Mungkin kita rasa ia perkara biasa, hakikatnya ianya satu kesalahan dan menyalahi undang-undang serta boleh dikenakan denda. Jadi daripada nak terlalu berjimat akhirnya kita juga yang rugi banyak nanti di kemudian hari.
Nak fahamkan lebih lanjut, baca perkongsian daripada Ar.Ahmadkhairul Sabirindari Sabirin Rosli Architect ini sebagai rujukan sebelum nak ‘renovate’ rumah.
BENDA SALAH YANG KITA INGAT BIASA WAKTU RENOVATE RUMAH.
Kebiasaannya kita ni bila dah beli rumah, rasa kita nak buat apa pun boleh, ye lah rumah kita kan, hasil titik peluh dari kecil menabung, dah besar ni mesti nak renovate rumah bagi cantik. Renovate? Tak ada masalah tapi tau tak apa yang boleh dan tak boleh?
1. Tiada Permit
Kalau diikutkan, kerja-kerja kecil seperti tukar tile dapur, toilet pun perlu permit. Permit ubahsuai dalaman/ permit kerja kecil namanya. Untuk kerja yang tidak mengubah struktur sedia ada.
Nak letak tong roro di depan rumah pun perlu ada permit ya. Tak boleh suka-suka pasal depan rumah dah bukan kawasan kita, itu kawasan PBT dah. Jadi cuba pergi ke majlis dan bertanya kan hal ini, untuk mengelakkan kita kena denda waktu random spot check oleh majlis.
2. Tambah ‘Floor Area’ Tanpa Kelulusan PBT
Alah tambah dapur belakang je bang, alah tambah bilik tepi sikit saja. Jangan main-main ya main tambah kiri kanan atas tanpa kelulusan majlis, kalau tertangkap, ready lah duit untuk bayar denda.
Nak renovate tambah ‘floor area’ ni memerlukan kelulusan dari PBT. Tak boleh terus hire kontraktor dan jalan terus. Salah. Hire arkitek dan arkitek akan selesaikan urusan untuk menyediakan dan mendapatkan pelan lulus dari PBT.
Arkitek mahal? Saja nak beritahu, kalau majlis tahu anda buat renovation tanpa pelan lulus, denda 10x dari wang proses pelan dan kena submit lalu arkitek juga. Mana lagi mahal? Ikut cara betul ke salah? Boleh fikir-fikirkan.
Gambar Hiasan
3. Tak Bincang Dengan Jiran
Sebelum nak renovate, berbincang lah dengan jiran dulu. Pasal bila bising kerja renovate, mereka yang kena hadap. Kalau 8 bulan bising, 8 bulan lah mereka makan hati. Last-last jiran sendiri yang report ke PBT, tambah pula tak ada kelulusan. Dah satu hal pula.
Tak rugi berbaik dengan jiran. Lagi pula kepada siapa yang baru berpindah dan terus renovate rumah, jiran pun tak kenal, main langgar terus renovate.
Ads
Sekarang pun kalau nak renovate memang memerlukan consent dari jiran.Macam borang yang kita dah inform jiran kita nak renovate. Percayalah, tak rugi berbaik dengan jiran.
4. Renovate Sampai Line Pagar Depan
Perlu diingat, walaupun DALAM kawasan pagar tu rumah anda, tak bermakna anda boleh buat rumah sampai pagar. haha. Tak boleh ya. Kalau rumah, perlu ada anjakan sehingga 6.1m atau 20 kaki dari line pagar/line sempadan. Itu adalah kehendak PBT.
Anda boleh didenda jika berbuat demikian. Boleh jadi akan dirobohkan. Ikut budi bicara majlis, apa pun saya ingat kan awal-awal, tak boleh ya. Cuba rujuk arkitek atau PBT kalau tak percaya.
5. Renovate LUAR Dari Pagar Depan!
Ini level legend. Biasa ni level-level T20 ni. Dia nak buat apa? Dia nak buat guard house weh! Gated and guarded community dah, tapi rasa tak selamat lagi. Sayang kan Mustang punya pasal, dia buat pondok guard luar dari pagar. Tak boleh ya.
Terang lagi bersuluh tak boleh. Kalau bertanya dengan majlis ni, confirm dia jeling punya. Tak sempat tanya dah kena reject. haha.
Baru ni ada juga viral segala tanaman, kerusi batu, reban dekat depan rumah kena clear dengan jentolak pasal ada kerja repair paip. PBT cakap dah luar pagar bukan area kita, jadi hadap sajalah kalau semua tu kena clear kan untuk kerja-kerja pembaikian.
Ads
6. Submit Pelan Lulus Lain, Buat Di ‘Site’ Lain!
Jenis ni ada juga. Submit untuk permit kelulusan saja, lepas tu dibuat lebih lagi dari ikut pelan lulus. Banyak kes arkitek pun tak tahu. Sudah nya, arkitek tarik diri, CCC pun tak ada. Ini pun tak boleh ya.
To sum up, ikut lah undang-undang. Mudah. Jangan kerana terlalu ingin berjimat, hujung nya kita rugi juga.
Ar.Ahmadkhairul Sabirin of Sabirin Rosli Architect
Malu bertanya, duit lebur.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi sebelum nak ‘renovate’ mana-mana bahagian rumah tu, pastikan fahamkan dulu peraturannya iya. Jangan main buat je.
Jahitan Bunga Manik Sequin memang cantik dan menyerikan lagi pakaian terutamanya pada baju kurung jenis polos. Jika hantar upah jahit manik sequin ni, walaupun rekaan yang simple boleh tahan juga harga nya.Sebenarnya mudah je nak jahit bunga manik sequin ini.
Buat mak-mak yang minat menjahit boleh cuba jahit sendiri manik sequin simple pada baju, ikut tutorial mudah yang dikongsikan oleh Puan Sarimah Salleh ini sebagai rujukan;
“Saya nak sedekah ilmu yang amat sedikit ni untuk semua.Tutorial ni untuk jahitan bunga manik sequin yang simple sahaja.Setiap cara ada pada setiap gambar.”
1.Buat bulatan guna duit syiling. Yang ini saiz 20sen.
2.Ambil 1 biji manik mutiara saiz 6mm. Jahitkan ditengah bulatan.Jahit 2 kali untuk dapatkan jahitan yang ketat dan kemas.
3.Keluarkan jarum betul-betul di tepi manik pearl.Ambil 3 biji manik cylinder.
4.Ambil pula manik bentuk sequin (piring).Mulakan dengan bentuk terlentang, kemudian bentuk terlangkup. Ulang hingga 4 kali sequin atau ikut suka nak tebal mana kelopak bunga tu.
5. Tusuk jarum ke garisan bulatan tadi.Kemaskan iya. Tolak-tolak lah sikit dengan jari bagi kemas dan rapat.
6.Ulang proses tadi sehingga penuh satu bulatan. Sabar.. jahit manik kena sabar.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan boleh dijadikan rujukan buat mak-mak yang nak cuba jahit sendiri bunga manik sequin simple pada baju. Lebih menjimatkan dan puas hati bila berpeluang jahit sendiri.
Kalau dilihat, wetfood si bulus, harganya pun boleh tahan juga. Bayangkan berapa banyak bajet untuk membeli makanan mereka. Tambah-tambah kalau kucing kacukan. Ini belum lagi untuk rawatan mereka.
Rupanya, boleh saja nak buat sendiri wetfood si bulus ini di rumah. Lagi jimat dan dapat pun banyak. Memang berbaloi. Paling penting si bulus pun suka.
Inilah yang dikongsikan oleh atam_ayu dalam video tiktoknya tentang cara nak buat wetfood ala bajet di rumah. Murah dan dapat banyak lagi.
Dinding yang berkulat sebab lembapan hingga menyebabkan cat mengelupas bukan sahaja sakit mata memandang, malah boleh membahayakan kesihatan diri jika dibiarkan begitu sahaja. Jika di rumah ada kesan lembapan air pada dinding sehingga menyebabkan berkulat dan cat mengelupas, sebenarnya kita boleh baiki sendiri sahaja. Tak mengeluarkan kos yang besar pun, dinding kembali kering dan berkesan untuk beberapa tahun.
Ikut idea DIY yang dikongsikan oleh Encik Ezanee Kamaruddin ini memang jimat bajet malah berkesan dalam mengatasi masalah dinding lembap ini.
DIY: Repair Dinding Lembap Mengelupas Menggunakan Pentens Dr. Wall
Saya ingin kongsikan pengalaman saya menggunakan Pentens Dr. Wall untuk repair dinding yang lembap disebabkan air yang menyerap dalam dinding. Sebelum ini saya pernah guna produk ini setahun yang lalu untuk repair dinding rumah saya yang rosak sebab lembapan. Produk ini agak berkesan dinding tersebut kekal kering.
Bekas ni 1kg tapi tak pasti boleh coverage untuk berapa m2 dinding.
Dinding yang akan saya tunjukkan ini lembap disebabkan air tempias hujan dari luar rumah.
Boleh rujuk gambar dan video hasil kerja saya seorang DIY yang amateur. Tangan masih lagi keras untuk kerja-kerja skim. Mohon tunjuk ajar dari pakar-pakar dalam group ini untuk hasil kerja lebih kemas dan professional.
Notes: Cara terbaik untuk repair masalah lembapan kena cari punca dari mana air tu & selesaikan punca tu dulu. Tapi produk ini sesuai kalau nak selesaikan untuk beberapa tahun & pocket friendly.
Updates: Ada yang comment lepas apply product Dr Wall, apply satu layer Wall Sealer paint untuk lebih berkesan. Info yang manfaat boleh cuba.
Berikut cara-caranya:
Sebelum
1. Pertama sekali, kikis cat mengelupas terlebih dahulu.
2. Kemudian, sapu Dr Wall dan biarkan kering.
3. Kemudian Sapu ‘Skim Coat’. Saya pakai ‘Skim Coat’ yang ready mix.
Mingguan Wanita: Menarik juga idea yang dikongsikan ini. Jika ada dinding di rumah yang lembap dan cat mengelupas, boleh DIY sendiri seperti panduan yang dikongsikan ini. Paling penting jimat bajet dan berkesan.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.