petua-telur-tak-hancur-bila-masak

Bila masakan menggunakan telur seperti kari, masak lemak dan sebagainya, jika salah tekniknya memang telur mudah hancur dan pecah dalam kuah. Sebenarnya ada caranya untuk pastikan telur tak pecah bila masak. Menariknya, petua telur jadi elok, bulat atau bujur mudah saja.

Ikut petua yang dikongsikan oleh Chef Ahmad Shukri Amiruddin ini sebagai rujukan;

Hari ni masak Lemak Telur. Telur Itik tak ada. Saya guna telur ayam. Saya nak bagi petua macamana nak masak telur supaya tak pecah bila masak.

Bahan-Bahan Diperlukan:

Telur
4 Sudu Cuka *Boleh Beli Di Sini : https://invol.co/cl5jfy0
Air Secukupnya

Cara Membuat:

1. Didihkan air panas masukkan 4 sudu cuka.
2. Bila mendidih pecahkan telur satu persatu. Biar masak.

Chef Kongsi Petua TELUR Tak Hancur Bila Masak, Elok Jadi Bulat Atau Bujur!

Cuka itu berfungsi supaya telur tak pecah. Telur tu akan jadi bulat atau bujur. Lepas dah masak tapis dan masukkan telur tu dalam kuah kuning yang telah dimasak.

Chef Kongsi Petua TELUR Tak Hancur Bila Masak, Elok Jadi Bulat Atau Bujur!

IKLAN

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Baca lagi Di Sini :
Masak TELUR Kuantiti Banyak Guna Kaedah KUKUS Tak Pecah, Tahan Lebih Seminggu!

Tip Masak Telur Mata Goyang Yang Sempurna, Renjiskan Air Tutup Kuali

Serbuk Kopi & Kulit Telur, Baja BERKESAN Kawalan Perosak Organik!

IKLAN

Basuh Atau Tidak Sebelum SIMPAN, Bergantung Cara Penyimpanan TELUR

Mingguan Wanita : Begini rupanya petua supaya telur tak hancur dalam kuah, elok bulat seketul-seketul. Boleh cuba petua ni nanti.

Sumber : Ahmad Shukri Amiruddin

IKLAN

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI