Memang sedih dah risau bila barang hilang. Lebih-lebih lagi jika barang berharga dan ada nilai sentimental tersendiri. Namun jika dah rezeki tidak kemana. Berkat membaca ayat pertama surah Yassin sebanyak 41 kali, cincin yang terjatuh dan tercicir di tempat letak kenderaan dapat dijumpai semula.

Ini yang dikongsikan di Instagram Maryamanati yang merupakan sahabat baik kepada Datin Anne Ngasri yang juga pemilik Mamy Scarves By Bawal Exclusive.

Dalam perkongsian video tersebut, Datin Anne Ngasri terjatuh di kawasan ‘parking’ area kedai pemilik butik lebih 2 minggu. Sewaktu di kawasan parking tersebut, tergerak hati untuk mencari semula cincin yang tercicir tersebut sambil membaca ayat pertama surah Yassin sebanyak 41 kali. Berkat amalan ayat tersebut, cincin emas yang tercicir akhirnya dapat dijumpai semula.

2 Minggu Tercicir, Baca Yassin 41 Kali Rezeki ANNE NGASRI Jumpa Semula Cincin!

2 Minggu Tercicir, Baca Yassin 41 Kali Rezeki ANNE NGASRI Jumpa Semula Cincin!

Ada petua yang boleh diamalkan dalam mencari barang yang hilang ini boleh dijadikan panduan.

IKLAN

PETUA : CARI BARANG HILANG!!!

Sebenarnya dah banyak kali Mamy cuba petua ni memang jumpa balik. Ada jugak beberapa kali Mamy baca tak jumpa, pastu Mamy mintak Mak bacakan pastu doa untuk Mamy.

Ya Allah makbul ye makbul! Doa Mak sama kan. Pernah sekali tu handphone dah hilang sebulan lebih. Lepas beberapa hari Mak baca Yaaasin 41 kali ni lepas solat tengok-tengok HP tu ada depan pintu rumah. Selama ni tak perasan pon.

Kuasa Allah. Tapi kalau tak dapat jugak anggaplah bukan lagi rezeki kita at least kita dah usaha dan doa kan. Jangan lupa save and share petua ni dengan sedara mara ke kawan-kawan!

Semoga Allah sentiasa limpahkan rezeki yang baik yang berkat buat sahabatku yang baik ni @annengasri_official .

2 Minggu Tercicir, Baca Yassin 41 Kali Rezeki ANNE NGASRI Jumpa Semula Cincin!

IKLAN

2 Minggu Tercicir, Baca Yassin 41 Kali Rezeki ANNE NGASRI Jumpa Semula Cincin!

2 Minggu Tercicir, Baca Yassin 41 Kali Rezeki ANNE NGASRI Jumpa Semula Cincin!

2 Minggu Tercicir, Baca Yassin 41 Kali Rezeki ANNE NGASRI Jumpa Semula Cincin!

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAMY (@maryamanati_my)

Mesti Baca:Sesiapa Yang Ditimpa Ujian Atau Dugaan Luar Biasa, Wanita Ini Pesan Amalkanlah Yasin 7 Mubin
Baca Lagi Di Sini:Amalkan Petua Ini Sebagai Ikhtiar Dapatkan Kembali Barang Yang Hilang

Mingguan Wanita: Semoga bermanfaat dan boleh diamalkan sebagai petua dalam mencari barang yang hilang. Semoga barang tersebut dapat dijumpai semula.

Sumber: Instagram maryamanati_my

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI