Rupanya ada cara mudah untuk siat ‘jaket’ Ikan Cencaru tanpa tercarik isinya atau jari terluka dengan menggunakan tuala,tisu atau kertas. Bukan apa ikan cencaru ni, mempunyai kulit yang keras dan tajam, jika tak berhati-hati ketika menyiangnya memang boleh luka jari.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Mazlina Haji Ismailini. Katanya cara ini diperolehi daripada Tauke Ikan sendiri.
Masalah tentang ikan cencaru ini adalah cara nak buka jaket dia. Kalau silap tarik, memang tertarik sekali dengan isi.
Ikan ni tak selalu dibeli kerana anak-anak tak berminat nak makan. Dek kerana mereka semua pernah duduk di asrama, makanya ikan ini dilarang untuk dimasak semasa mereka pulang bercuti.(Tenggiri antara menu wajib kat asrama masing-masing).
Hari ini saya cuba buka jaketnya. Ada yang berjaya dan ada yang carik isinya.
Cara saya: Yang ni saya tiru cara tauke ikan buka jaket cencaru. Dah hampir 30 tahun berlalu ingatan tentang cara buka jaket ni. Lama tapi tak pernah cuba.
1. Buang sirip tepi ikan.
2. Cungkil kulit tepi sirip.
Ads
3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.
4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.
5. Rentap atau tarik kulit sampai ke bahagian ekornya.
Mingguan Wanita: Kalau siang ikan cencaru, nak buang jaketnya bolehlah cuba tip yang dikongsikan ini. Mudah je siat dengan tuala barulah jari tak luka.
Mak-mak yang suka rebus telur tak kiralah dalam kuantiti yang banyak atau sikit boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Yaya Baiyah ini. Teknik ini cukup memudahkan. Tak perlu rebus dalam air, hanya masak dalam periuk nasi dan letak tuala basah. Lebih menarik, tak perlu risau telur pecah sebab rebus terlalu lama, dan cantik molek kejadian telurnya selepas masak, kulit telur mudah dikupas.
Berikut cara masak telur guna rice cooker yang dikongsikan sebagai panduan;
Langkah 1: Basahkan tuala dan letakkan di dalam rice cooker (tak payah letak air just basahkan tuala je).
Langkah 2: Basuh telur dan susun dalam rice cooker.
Langkah 3: Tekan button untuk memasak.
Langkah 4: Tunggu sampai button keep warm.
Siap!
Selamat Mencuba!
MW: Mudah sangat guna cara ni. Manalah tau waktu kecemasan gas habis boleh guna teknik ni. Mudah pun iya, tak perlu nak tunggu telur masak atau telur pecah sebab rebus lama sangat.
Sebenarnya walaupun tiada pressure cooker di rumah namun mak-mak tetap boleh rebus nasi impit dengan mudah dan jimat gas. Maklumlah, biasanya jika rebus nasi impit atas dapur memang memakan masa yang agak lama.Memang rugi gas.
Namun tip dan teknik rebus nasi impit yang dikongsikan oleh Puan Yuhafiqah Mohd Yunus ini boleh dijadikan panduan. Elok kejadian nasi impitnya ikut cara begini.
Petua rebus nasi impit jimat gas dan jimat elektrik
Cara-Caranya:
1.Rebus air sampai mendidih lepas tu masukkan nasi impit.
2.Masak selama 10 minit lepas tu tutup api.
3.Biarkan nasi impit dalam periuk dan tutup dengan penutup biarkan terendam selama 30 minit.
4.Lepas 30 minit buka balik api selama 5 ke 10 minit ikut keadaan nasi impit tu.
Petua ni tak sesuai untuk orang yang ada pressure cooker ya.Saya buat macam ni sebab tak ada pressure cooker.
Jika masak dalam kuantiti banyak pastikan guna periuk besar kuantiti air cukup dan betul-betul mendidih.
Mingguan Wanita:Mudah je nak rebus nasi impit cara begini. Kalau dekat rumah tiada pressure cooker boleh ikut tip yang dikongsikan ini.Memang lebih jimat gas dan elektrik.
Ramai yang menjaga kebersihan dengan menggunakan cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer.-lebih lagi pada musim Covid-19 ni, bagaikan satu kemestian diletak dalam beg, mahupun ada juga ambil jalan mudah letak didalam kereta untuk mudah dibawa kemana-mana .
Pesanan buat kita jangan sengaja cecair pembasmi kuman ini dalam kereta. .Ia merupakan bahan yang berasaskan alkohol dan dalam keadaan cuaca panas dan terdedah pada suhu yang tinggi ia berisiko untuk terbakar.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. N Ganabaskaran berkata, cecair itu seharusnya disimpan jauh daripada tempat yang terdedah kepada cuaca panas atau punca api seperti rokok dan sebagainya bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
“Bahan itu berasaskan alkohol dan ia berpotensi tinggi untuk terbakar. Atas sebab itu, jangan tinggalkan di dalam kereta dan pastikan ia disimpan jauh dari suhu tinggi dan api,” katanya.
Ini kerana pernah terjadi, pintu kereta terbakar gara-gara hand sanitizer yang ditinggalkan dalam kereta dalam keadaaan cuaca panas.
MW: Jadi berhati-hati iya. Cecair pembasmi kuman ini dilihat menjadi ‘peneman setia’ kebanyakkan daripada kita dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19. Penting dibawa ke mana-mana dan disimpan ditempat yang selamat bagi mengelakkan ia menjadi punca kepada kebakaran. Jangan sengaja tinggalkan dalam kereta!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...