Air nabeez, minuman yang cukup terkenal bila tiba bulan Ramadan. Amalan sunnah yang ramai tidak tahu dan mungkin ada sesetengahnya hanya ambil bila bulan puasa sahaja.
Sedangkan amalan sunnah ini boleh saja diambil pada hari biasa pun. Tak perlu tunggu pada bulan Ramadan. Cara nak buat air nabeez pun senang sangat.
Bagi mak-mak yang nak buat dan praktikkan amalan sunnah ini, bolehlah ikut perkongsian daripada Nuri Al Furqan ini. Senang sangat!
Buatlah air nabeez untuk minum.
Setiap kali sahur..Sunnah yang ramai orang tak tahu..
Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok minum. Insya Allah, perut mampu bertahan. Nak buat ni untuk sekali minum ye. Jangan simpan lama-lama sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.
Cara Membuat:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 500ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.
2. Rendam isikurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air dan jangan biarkan terbuka.
3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi walaupun bukan di bulan Ramadan. Amalkan masa perut kosong.
Mingguan Wanita : Boleh buat nanti dan bagi anak-anak minum terutamanya yang baru nak mulakan puasa.
Ada sampai satu tahap, mak-mak akan rasa stres dengan kerja-kerja rumah yang sentiasa tak habis. Mulalah cari masa nak ‘me time’ tanpa perlu gangguan daripada orang sekeliling. Nak bercuti atau shopping dengan kawan-kawan atau mungkin seorang diri.
Kononnya dengan ‘me time’ ini hilang segala stres. Dalam fikiran, nak bercuti dengan kawan-kawan atau shopping pun ssalah satu cara ‘me time’.
Nak ‘me time’ bukan nak kena ambil masa nak bercuti atau bershopping. Tapi, ‘me time’ lebih kepada bersendirian dan masa untuk mak-mak nimati masa itu. Ikuti penjelasan daripada Dr Ahmad Rostam Md Zin ini.
Ramai antara kita pada zaman ini tercari-cari ruang untuk bersendirian. Bukan bertujuan untuk melarikan diri dari tanggungjawab sedia ada tetapi lebih kepada ruang untuk bertenang dan kembali melaksanakan apa yang perlu dilakukan.
Kita semua tahu kita perlukannya tetapi pada masa yang sama kita tak tahu bagaimana mahu melakukannya. Ramai juga yang mengakui begitu susahnya untuk ber’me time’ kerana kekangan masa dan kesibukan seolah-olahnya ‘me time’ itu sendiri adalah agak menyusahkan dan rumit
Namun begitu, berdasarkan pengalaman saya bersama pesakit, saya mendapati ada begitu banyak salah faham/kesalahan berkaitan ‘me time’ yang menyebabkan ia tidak bermanfaat pada individu tersebut. Saya senaraikan di bawah cara yang lebih baik untuk panduan anda semua:
1. Konsep utama ‘me time’ ialah ‘to be with silent’: Bersendirian dengan diri anda sendiri dan apa sahaja yang ada dalam lingkungan deria anda pada ketika itu.
2. Ia tidak sepatutnya ‘rigid’ kepada masa tertentu, situasi tertentu atau perbuatan tertentu semata. Boleh ubah ikut selesa kita
3. 5 minit pun cukup, 10 minit pun tidak apa, setengah jam pun boleh, sehari dua pun boleh. Ikutlah.
4. ‘Putuskan’ sementara dengan segala hal dunia. Nikmati detik tersebut sebaiknya
5. OFFLINE!! ‘Me Time’ sambil tengok dan ‘update’ pelbagai status sosial media bukan ‘me time’ namanya. Sebenarnya, zaman sekarang ini kalau boleh offline itu sendiri dah macam satu nikmat hidup yang berlainan dah. Aman damai
6. Jadikan ia rutin dan juga rawak. Waktu makan boleh jadi ‘me time’. Waktu ibadah adalah ‘me time’. Waktu menung juga ‘me time’. Ber’me time’ dengan perkara biasa yang kita memang buat hari-hari lebih mudah berbanding mencari benda baru
7. Tidak perlu tunggu stress baru mahu cari masa untuk diri sendiri. Masa untuk diri sendiri ini penting untuk kita berefleksi, muhasabah, kerehatan jiwa dan minda. Kalau sudah muka stress baru nak mencari ‘me time’, saya yakin ia akan menambah stress sahaja
8. ‘Me time’ ini sifatnya ringan dan longgar, jangan beratkan dan susahkan
Ok. Setakat itu sahaja. Dah boleh mula dah kalau mahu cuba-cuba ‘me time’.
Mingguan Wanita : Kita pulak fikir nak berme time kena ambil masa dan waktu tertentu untuk bercuti. Sebeanrnya ½ jam pun boleh. Jangan beratkan dan susahkan diri nak fikir tentang me time pula.
Seronoknya bila dapat check in hotel. Inilah tempat yang paling selesa dan seronok untuk lepaskan tekanan. Rasa tenang tanpa gangguan daripada sesiapa.
Rata-rata merasakan bila check in hotel, inilah tempat selamat. Sedangkan kita tak tahu ada juga sesetengah hotel yang tidak selamat, terutamannya buat perempuan-perempuan yang ingin bercuti. Bimbang ada ‘mata-mata yang memerhati tanpa kita sedar.
Bukan setakat perempuan yang suka bercuti dan kerap check in hotel, tapi boleh bahayakan sesiapa yang menginapnya, waima keluarga sekali pun.
Jadi, semas check in hotel cubalah perhatikan sekeliling bilik dan lakukan seperti yang disarankan oleh Mirzan Johor dalam video tiktoknya.
1. Ambil gelas dan letak pada tombol supaya tak ada orang gila buka pintu dan kita tahu bila gelas jatuh.
2. Selalu kita tengok dan pesanan supaya letakkan hujung jari pada cermin bilik air. Pastikan hujung jari anda pada cermin itu tak bertemu. Kalau bertemu itu tandanya bukan cermin. Ada yang memerhati.
3. Biasanya dalam bilik hotel , dah tentu ada lubang air cond di bahagian atas. Perhatikan sebab ada ‘orang gila’ letak kamera di celah lubang air cond.
4. Cuba tutup lampu dalam bilik dan ‘tawaf’ satu bilik. Pastikan tak ada lampu yang berkelip-kelip. Kalau ada, itu tandanya ada ‘spy camera’. Hati-hati.
Mingguan Wanita : Walaupun kita biasa dengar tentang tip ini tapi tak salah untuk kita lakukan bila check in hotel. Hati-hati sebelum kena dan jangan ingat semua hotel selamat.
Simpati dengan apa yang berlaku, niat murni pencinta haiwan nak selamatkan kucing jadi tragedi apabila dia terjatuh ke dalam longkang sedalam hampir empat meter.