Resipi mudah Cendawan Inoki guna Air Fryer, anak-anak suka makan macam ni. Buat mak-mak yang ada air fryer di rumah boleh cuba resipi mudah menggunakan cendawan inoki ni. Memang sedap, bahan-bahan tak banyak malah nak buat pun mudah. Nak buat kudapan, atau bekal sekolah untuk anak-anak pun boleh sangat.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Azie Saleh ini sebagai panduan.
Anak-anak suka makan macam ni.
Bahan-Bahan:
sebungkus Cendawan Inoki
1 batang Tauhu telur
Cili flakes
1 biji Telur
1 sudu besar Butter
Cara Membuat:
1. Potong sikit bahagian bawah cendawan Inoki.
2. Susun dalam bekas/kertas dan taburkan dengan Cili flakes. Ikut tahap kepedasan masing-masing.
3. Masukkan pula tauhu telur, telur dan butter.
Ads
4. Butter tu just letak je kat mana-mana bahagian. Letak dalam beberapa potong kecil. Anggaran 1 sudu besar macam tu.
5. Kemudian masukkan dalam air fryer dengan suhu 250°C selama 20 minit. Suhu boleh adjust ikut kesesuaian yang suka.
Tiada siapa sangka dapat rezeki terpijak. Kalau dah itu rezskinya, beli yang murah terus dpat pulangan yang lebih besar. Jangan main-main kalau itu yang Allah berkehendak.
Rezeki terpijak, inilah yang boleh dikatakan buat pemudah yang hanya ingin membeli tali jamnya di sebuat pasar karat. Biasanya pasar karat ini menjual barang-barang terpakai tapi masih elok kualitinya. Lagipun harga yang dijual pun murah saja.
Perkongsian daripada Mohammad Kitartech dalam facebook Emas Used Atau Terpakai Saja menunjukkan keterujaan tentang tali jam yang dibeli di pasar karat.
.
Siapa sangkat rezeki terpijak dengan hanya membeli tali jam dekat pasar kat berdekatan rumahnya adalah emas 999.
Mungkin melihat pada warnanya yang tidak luntur itu membuatkan dia ke kedai emas untuk mendapatkan lebih detai; tentang tali jam tersebut.
Katanya, pada awal-awal timbang tali jam itu adalah seberat 41.44 gram. Tapi selepas dibuang besi pendakap, beratnya berkurang kepada 28.6 gram.
.
.
Setelah di test asid pula dapat seberat 24.99991 gram. Jadi, hasil lebihan itu sebanyak 3.7 gram adalah emas. Kalau dikira dengan harga emas sekarang, dia mendapat RM750. Syukur.
.
.
.
Mingguan Wanita : Rezeki tak salah alamat. Alhamdulillah.
PU Azman mengaku tidak bersalah, mohon jaminan rendah pendapatan terjejas sejak direman bulan lalu.
Begitu menggemparkan apabila PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini.
PU Azman bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Seperti mana dipetik menerusi Sinar Harian, PU Azman yang berusia 41 tahun mengikut tiga pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal dengan melakukan perbuatan kelucahan melampau termasuk merangsang mangsa berusia 17 tahun.
Perbuatan itu dilakukan di ruang tamu dan tandas di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai 2022 antara jam 3 pagi hingga 5 pagi.
Selain itu, tertuduh turut melakukan perbuatan sama terhadap mangsa berusia 16 tahun 10 bulan yang dilakukan pada 6 Julai 2022, antara jam 3 pagi hingga 5 pagi di ruang tamu rumah sama dan pada 5 Februari 2022, antara jam lebih kurang 8.30 malam hingga 12 tengah malam di dalam sebuah bilik di rumah sama.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga disebat.
Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly meminta mahkamah mengenakan jaminan tinggi terhadap tertuduh iaitu RM15,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Peguam, Mohamad Zahid Ahmad memohon jaminan rendah atas alasan pendapatan anak guamnya terjejas sejak direman bulan lalu dan memerlukan bantuan keluarga untuk menjaminnya.
“Beliau juga telah hadir hari ini (Rabu) dan memberikan kerjasama yang sangat baik,” katanya.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dan dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Selain itu, tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen pada 8 Disember ini.
PU Azman yang ditemui di mahkamah juga mengucapkan terima kasih dan menghargai doa semua pihak.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pesakit wanita cabut lari insurans tak ‘cover’ bil rawatan hospital. Gara-gara insurans diambil tidak melindungi penyakitnya, seorang pesakit wanita melarikan diri dari wad sebuah hospital swasta semalam tanpa membuat pembayaran.
Berikutan itu, jururawat hospital berkenaan membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata pesakit berkenaan yang berusia 32 tahun pada mulanya mendaftar untuk mendapatkan rawatan di hospital terbabit jam 6.40 petang kelmarin sebelum dimasukkan ke wad.
“Bagaimanapun, pada 9.30 malam pihak hospital memaklumkan kepada wanita itu yang insuransnya tidak boleh digunakan sebelum dia memberitahu enggan meneruskan rawatan dan mahu keluar wad.
“Jururawat kemudian memberitahu doktor bertugas sebelum proses keluar wad dilakukan terhadap pesakit terbabit yang turut diminta menjelaskan bayaran dan mengambil ubat di farmasi,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, pada 10.40 malam pesakit berkenaan didapati tiada dalam wad dan dikesan tidak membuat pembayaran serta mendaftar keluar dari hospital.
“Kakitangan hospital cuba menghubunginya namun pesakit berkenaan tidak menjawab panggilan telefon dan satu laporan polis dibuat jururawat.
“Susulan itu, polis menghubungi pesakit terbabit namun tidak dijawab dan cuba mencarinya di rumah bagaimanapun wanita berkenaan tiada selain pintu berkunci,” katanya.
Katanya, siasatan awal mendapati wanita berkenaan ke hospital swasta itu kerana mengalami sakit perut dan memberitahu dia mempunyai insurans ketika mendaftar masuk wad.
“Pemeriksaan mendapati pesakit mengalami gastrik namun syarikat insurans yang diambilnya mendakwa mereka tidak melindungi penyakit dihidapi wanita itu membuatkan dia keluar wad.
“Kita masih menjalankan siasatan lanjut serta sedang mengesan pesakit berkenaan,” katanya.
Mingguan Wanita:Macam-macam hal. Pesanan bagi yang mengambil sebarang polisi insurans, pastikan ambil tahu dulu jenis-jenis penyakit yang pihak insurans lindungi, bagi mengelakkan perkara sebegini. Jika ingin mudah hubungi sahaja agen yang kita berurusan untuk pengesahan lanjut.
Suami kepada pelakon Miera Liyana, Rosland Othman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia berhubung hal ehwal syarikat lima tahun lalu.