Kalau dah jumpa jodoh bersyukurlah, jangan hina orang single. Semua ada alasan hidup sendiri. Personaliti TikTok popular, Ryan Bakery, 27, selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya Elyia Ibrahim, jam 11 semalam.
Dengan hanya sekali lafaz, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery sah bergelar suami dengan mas kahwin sebanyak RM100. Pasangan ini bertunang sejak lima bulan lalu dan Ryan mengumumkan berita pernikahannya menerusi program MeleTop.
Di sebalik kegembiraan baru mendirikan rumah tangga itu, satu kenyataan dikeluarkannya membuatkan ramai yang terasa terutama orang bujang.
Kalau Dah Jumpa Jodoh Bersyukurlah, Jangan Hina Orang Single
Ini kerana menerusi video dirakam pengguna TikTok @multazamnasir, Ryan telah menyampaikan pesan kepada golongan bujang agar meneruskan kehidupan walau pun “tidak berguna”..
Kata-kata untuk orang ‘single’
“Teruskanlah hidup walaupun tidak berguna,” katanya disamping isteri, Elyia Ibrahim sambil ketawa.
Video berdurasi 10 saat itu kemudian tular di laman Facebook sekali gus menjadi perhatian orang ramai mengenai gurauan tersebut.
Ternyata kata-katanya membuatkan ramai yang masih single mahupun telah berkahwin tidak bersetuju dengan kenyataannya itu.
Gurauannya tidak dapat diterima kali ini
Gurau memang boleh gurau tetapi ada adabnya. Kalau dah jumpa jodoh bersyukurlah kerana ia dah ditulis dari luh mahfuz lagi. Kalau tak jumpa lagi, sabarlah kerana urusan jodoh ini hak Allah.
Ads
Semua orang ada alasan tersendiri untuk tidak berkahwin. Ada yang rasa hidup single lagi bebas dan tidak dibebani dengan perangai lelaki yang teruk. Bukti lelaki tak bertanggungjawab ini banyak dah. Lihat orang sekeliling, masa susah ke main bersama isteri, bila dah senang manjah-manjah dengan orang lain.
Kalau hensem pun curangnya ke main seperti Rizky Billar yang terang-terang “cuba menutup kelemahan” diri bila isterinya, Lesti bertanya tentang kecurangannya. Nak tutup kelemahan diri, pukullah isteri yang lemah.
Ada orang single mungkin trauma dengan perkahwinan mak ayahnya yang teruk seperti kaki judi, kaki pukul, tak ada tanggungjawab dan ramai juga bapa haruan makan anak.
Apa pun ramai juga orang single yang lebih gembira travel ke sana sini tanpa siapa menghalang bahkan lebih bahagia dari orang berkahwin yang terpaksa berperuk di rumah kerana pasangan rezekinya biasa-biasa saja dan tak mampu menyediakan kesenangan untuk isteri. Pendek kata, orang single ada ujiannya, orang berkahwin pun ada ujiannya.
Ads
Bahkan ada orang berkata, perkahwinan ini satu perjudian. Dapat nakhoda yang beriman, rumahtangga akan selamat, dapat nakhoda yang terkasima kilauan dunia, tariklah anak isteri ke neraka bersama-sama.
Apa pun, kalau dah jumpa jodoh tu bersyukurlah. Semua orang ada alasan kenapa masih single. Lebih baik cakap yang baik-baik kerana ada pepatah mengatakan kerana mulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Ads
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Bergelar ibu kepada seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Rayyan Khalaf ternyata membuatkan aktres genit Elfira Loy sedikit paranoid dalam hal yang membabitkan keselamatan dan nyawa diri di musim pandemik COVID-19 ini.
Pada satu tahap isteri kepada Faris Khairol Anuar ini lebih selesa menghabiskan masa di rumah memberi sepenuh perhatian menjaga anaknya.
Elfira bersama anakanda tercinta.
Anak Elfira Loy Sudah Boleh Berjalan & Berdiri
Bercerita mengenai fasa indah bergelar ibu saat ini, Elfira memaklumkan anaknya kini sudah boleh berjalan dan berdiri.
“Saban hari, ada saja keletahnya yang mencuit hati. Saya tak ketinggalan berkongsi apa saja detik atau momen indah fasanya bertambah umur di Instagram. Cuma anak saya ini kategori ‘baby PKP’ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Dia tak berjumpa sangat dengan orang di luar. Masanya pun banyak dihabiskan di rumah. Saya tak mahu ambil risiko. Dia juga yang jenis ‘happy go lucky’ dan gemar tersenyum.
“Cuma kalau ada orang datang rumah, dia susah nak mendekati mereka dan ambil masa untuk jadi mesra.
“Dia macam seolah olah tahu dengan situasi pandemik sekarang yang tak boleh sewenang-wenangnya bercampur dengan orang ramai,” ujar Elfira berkongsi tentang putera kesayangannya.
Keluarga bahagia.
Jujurnya Rasa Sedikit Takut & Curiga
Namun pastinya status diri menuntutnya untuk keluar melunaskan urusan kerja. Jadi sebagai wanita bertudung, soal pemakaian pelitup muka sudah menjadi kebiasaan ketika keluar di rumah dan berada di tempat awam.
Elfira yang baru dilantik sebagai duta pelitup muka jenama Himaya untuk wanita bertudung percaya soal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menerusi pemakaian ‘aksesori’ penting itu tidak wajar diambil mudah.
“Mendengar kes wabak COVID 19 ini meningkat saban hari, jujur buat saya sedikit takut dan curiga dengan apa saja kemungkinan. Perasan itu menjadi jadi apatah lagi saya ada anak berusia 14 bulan.
“Saya sampai satu tahap bimbang jika lalai dan tersilap langkah dalam mematuhi SOP, ia akan memudaratkan diri, anak, suami dan orang terdekat. Kalau boleh saya tak nak lama lama berada di luar.
“Kita punyalah jaga SOP dan berhati hati, tapi rasa sedih apabila ada segelintir yang ambil mudah bab itu. Ada yang macam tak makan saman walaupun akan dikompaun RM1000 jika tidak memakainya.
“Tapi kalau kita sama sama sepakat menjaga diri dan sekeliling terutama dengan memakai pelitup muka, itu sudah bagus,” katanya yang dilantik selama setahun mewakili jenama Himaya.
Belajarlah Untuk Kebaikan Bersama
Kata figura ini lagi, baginya pelitup muka kini bukan hanya keperluan, ia juga seperti satu tanggungjawab yang sangat besar maknanya
“Suka atau tidak, kita kena biasakan norma baharu ini. Saya sedar pemakaian pelitup muka ini jika tidak kena materialnya boleh melemaskan dan memberi kesan kepada kulit muka.
“Kita kena sedar kegagalan kita memakai pelitup muka bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri, tapi orang sekeliling juga.
“Belajarlah untuk terus membiasakannya demi kebaikan bersama. Kita jangan mementingkan diri sendiri. Sama sama beringat,” katanya lagi.
Tanggal 28 Ramadhan lalu, Yatt Hamzah berkongsi perjalanan hijrahnya. Daripada seorang model dan pelakon yang tidak bertudung, akhirnya kini Yatt memilih jalan yang dituntut oleh agama. Tudungnya labuh menutupi dada.
Tapi untuk mendapatkan kemanisan penghijrahan itu, bukan mudah untuknya. Panjang liku laluan yang perlu Yatt tempuh. Dan semua itu, dikongsikan dalam ruangan instagram miliknya.
“Pagi 28 Ramadhan ni Bonda nak cerita tentang Hijrah Bonda. Ramai tahu dulu saya tak bertudung. Masa tu sedang menuju ke puncak karier lakonan. Alih-alih saya tekan brek, ambil keputusan untuk berhijab dan slow down terus dalam lakonan.
“Kenapa? Sebab saya dah faham erti cinta Allah. Saya sayang Allah & diri saya. Tak nak rosakkan lagi diri dan terus hanyut. So saya bertudung.
Pengakuan Jujur Yatt Hamzah
“Mula-mula singkat tudung saya, fesyennya pelik-pelik juga masa awal-awal dulu. Biasalah, masih jahil dan nak ikut trend. Tapi lepas tu saya fikir balik, apa tujuan berhijab? Untuk siapa hijab ni? Nak tunjuk pada siapa? Dan jawapannya hanya 1..ALLAH.”
“Maka saya perlahan-lahan ubah cara saya berhijab.. Makin labuh. Makin simple. Hinggalah hari ini. Ada yang tanya, Mana dapat kekuatan nak berhijab labuh? Jawapannya ALLAH.”
Ini Yang Yatt Minta Pada Allah
“Saya minta pada DIA. Sungguh-sungguh saya minta. Nangis-nangis mengadu padaNYA. Macam anak-anak kecil mengadu pada mak ayah. Alhamdulillah saya makin selesa dengan apa saya pakai. Sebab saya faham & yakin DIA suka & redha.”
“Ada pula yang bertanya, Ada tak rasa nak buka tudung balik? Laju saya jawab, NO! Naudzubillahiminalzaliq. Umpama suruh saya berbogel jika tudung ini ditanggalkan. Sekali-kali tidak! Ya Allah, berikan aku & saudara-saudara wanita ku yang lain KEKUATAN & KETEGUHAN agar kami terhindar dari AZAB API NERAKA YANG DAHSYAT. Ameen.”
Jomlah Jadi Baik
Sekadar ni dulu Bonda share ya. Moga bermafaat. Bulan baik ni, jomlah jadi lebih baik. Langsung tak rugi jadi baik. Langsung tak rugi. Saya dan semua doakan yang baik-baik untuk kita semua. WANITA SOLEHAH sememangnya perhiasan dunia yang PALING INDAH.
Bahagian intim wanita terutama yang sudah berkahwin akan jadi lebih sensitif dan memerlukan penjagaan yang rapi. Isteri mudah terdedah kepada masalah kewanitaan melalui hubungan suami isteri. Sebab itu, sekiranya ada terlihat tanda-tanda masalah keputihan atau jangkitan pada vagina perlu segera berjumpa dengan doktor. Apabila telah kronik, produk mahupun petua boleh jadi mendatangkan lagi masalah pada bahagian tersebut.
Fahamkan perkongsian daripada Dr. Khairul Faizie Mohammad Kamar. Mesejnya lebih kurang begini ‘Bahagian intim itu perlu dijaga tetapi janganlah sampai berlebih-lebihan’.
Sekarang ni melambak produk female / feminen hygiene di pasaran. Macam-macam brand dan macam-macam gaya pengiklanan, sampai aku ada nampak satu billboard tepi highway iklankan produk nya. Utk miss v la, utk kuntum bunga la.
Soalnya, perlu ke guna produk sebegini?
Sebab area tu berbau?
Sebab gatal?
Sebab ada discharge?
Kalau tanya pengeluar produk, kalau baca testimoni, memang la di tulis 1001 kebaikan guna produk mereka. Dan our society kan memang obses nak wangi la.. ketat la.. nak kulit putih la…
Membasuh intimate area di panggil douching, dari kata asal douche. Douche ni asal perkataan french yang bermaksud basuh.
Yang timbul masalah ialah bila over douching. Terlalu nak bersih. Terlalu obses.
Kat bawah tu ada bakteria baik & bakteria jahat. Tuhan dah cipta keseimbangan antara 2 jenis bakteria ini. Over douching menyebabkan bakteria baik mati. So mudah kena jangkitan di bawah, contohnya Bacterial Vaginosis. Mudah kena jangkitan kulat juga, Vaginal Candidiasis.
PH di bawah juga mungkin akan kurang keasidannya kalau over cuci.
So, jangan cuci ke doktor?
Hoii…busuk la kalau tak cuci..haha.
Just don’t over cuci. Do not over douching.
In fact, kebanyakkan Persatuan Doktor Pakar Sakit puan di dunia pun tak galak guna produk. Cukup sekadar air biasa & sedikit sabun biasa.
Yang merisaukan bila kat bawah tu berbau, or berbau dan ada discharge, wanita start self treatment. Over cuci guna produk. Maka tertipu lah anda menyangka bau dah hilang (temporary), padahal anda makin menggalakkan jangkitan di situ.
So kalau berbau teruk atau gatal atau ada discharge atau sakit….jumpa doktor.
Sedikit bau itu normal. Especially dipengaruhi physical activity & makanan (misalnya bawang putih.. tuna). So kurangkanlah bawang putih. Lepas bersenam basuh segera dan pakai pakaian dalam yang sesuai.
Sumber/Foto: Khairul Faizie Mohammad Kamar via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...