Cara Mudah Buat Sotong Celup Tepung...Kenyal, Rangup Dan Cantik Salutannya!

Cara mudah dan ringkas nak buat sotong celup tepung yang sedap dan rangup telah dikongsikan oleh Nurul Faidha di laman fb miliknya https://www.facebook.com/nurul.faidha.

Ramai yang merungut, sotong celup tepung mereka tak kenyal dan rangup bila dimakan. Tak lama lepas goreng, jadi lembek atau keras je. Mesti rasa tak puas hati kan? Ha…boleh cuba yang dikongsikan oleh wanita ini. Tak susah pun bila tahu cara dan tekniknya.

Meh Tengok Apa Bahan-Bahannya Dulu…

 SOTONG CELUP TEPUNG CRISPY

Bahan-bahan:

1 kg sotong – bersihkan, tapis air dan potong bulat

1 cawan tepung ubi

1 cawan tepung jagung

4-5 sudu makan tepung gandum

4-5 sudu tepung beras

½ cawan tepung serba guna Bon Chef/Bestari  (tak ada takpe)

IKLAN

2 – 3 biji telur

2 sudu teh serbuk lada hitam

Minyak masak secukupnya

CARA MEMBUAT:

Cara Mudah Buat Sotong Celup Tepung…Kenyal, Rangup Dan Cantik Salutannya!

Satukan semua tepung tadi bersama tepung goreng ayam Bon Chef serta sedikit serbuk lada hitam.

IKLAN

Cara Mudah Buat Sotong Celup Tepung…Kenyal, Rangup Dan Cantik Salutannya!Jika guna tepung serba guna, tak perlu masuk garam kerana dah ada masin. Satukan semuanya dalam satu mangkuk, gaul sebati. Ketepikan.

CARA NAK GORENG PULA YE…

Pecahkan telur dalam mangkuk lain dan pukul macam nak buat telur dadar. Tambahkan dua tiga sudu campuran tepung-tepung tadi ke dalam adunan telur untuk lebih pekat. Pastikan jangan cair ye. Masukkan sotong yang telah dipotong ke dalam bancuhan telur tadi. Golek rata hingga adunan meliputi semua sotong. Perap seketika ye.

Cara Mudah Buat Sotong Celup Tepung…Kenyal, Rangup Dan Cantik Salutannya!

Gaul sotong yang diperap ke dalam campuran tepung-tepung tadi. Biar ia bersalut sempurna.

IKLAN

Panaskan minyak di dalam kuali dan biarkan minyak betul-betul panas dan goreng sotong. Pastikan guna minyak yang bersih ye. Kalau minyak yang sudah diguna sebelumnya takut hasilnya salutan tepung tak cantik. Goreng dengan api sederhana besar. Kacau dengan kerap untuk menggelakkan serdak tepung hangit. Bila sotong sudah masak cantik, angkat dan toskan.

Cara Mudah Buat Sotong Celup Tepung…Kenyal, Rangup Dan Cantik Salutannya!

Tadaa…dah siap pun! Cantikkan kejadiannya. Sotong celup tepung ini boleh dicecah dengan sos cili dan sebagainya. Ikut selera masing-masing.

Sama ada nak makan dengan nasi atau dimakan sebagai kudapan minum petang pun sedap.

https://www.mingguanwanita.my/bayam-boleh-masak-bermacam-resipi-cubalah-lempeng-tart-dan-permesan-spinach-souffle-ini/

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI