Bila masak sotong selalunya masalah yang kerap berlaku ialah sotong jadi liat dan keras.  Makan pun rasa tak best sebab lenguh mulut mengunyah.

Ini ada satu petua untuk menjadikan sotong kekal lembut dan tidak keras bila dimasak. Mudah sahaja caranya.

Tip Masak Sotong, Elak Liat Macam ‘Getah Sekerap’

TIP SUPAYA SOTONG LEMBUT & TIDAK LIAT

Gaul sotong bersama garam dan biarkan selama 10-15 minit. Bila nak masak, basuh semula sotong untuk buang lebihan garam. Toskan dan sotong sedia dimasak.

Petua sudah dapat. Jadi bolehlah cuba resipi kerabu sotong ala Thai ini. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA BUAT KERABU SOTONG ALA THAI

Tip Masak Sotong, Elak Liat Macam ‘Getah Sekerap,’ Barulah Tak Lenguh Mulut Kunyah

BAHAN-BAHAN:

1 kg sotong
Serai – dimayang
Tomato
Mangga muda
Bawang holland
Jus limau nipis secukupnya

IKLAN

BAHAN SOS:

5 biji cili padi
2 biji cili merah
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Kicap sotong/sos ikan nampla secukupnya
Daun ketumbar
2 sudu makan gula thai
Sedikit cuka
2 sudu makan gula
2 sudu teh garam
Sedikit air

Barulah Tak Lenguh Mulut Kunyah

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan sotong dan kukus bersama serai yang telah dimayang. Ketepikan.

2. Satukan bahan-bahan sis. Kisar halus. Sukatan bahan boleh diubah mengikut cita rasa masing-masing. Lebihkan cili padi jika mahu lebih pedas.

3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak seketika untuk mengeringkan sedikit airnya. Padam api.

IKLAN

Tip Masak Sotong, Elak Liat Macam ‘Getah Sekerap,’ Barulah Tak Lenguh Mulut Kunyah

4. Hiris tomato, mangga mudah dan bawang holland secukupnya.

5. Gaulkan dengan sotong yang telah dikukus dengan serai tadi. Masukkan juga sos.

Tip Masak Sotong, Elak Liat Macam ‘Getah Sekerap,’ Barulah Tak Lenguh Mulut Kunyah

6. Perah jus limau nipis dan gaul rata.

IKLAN

Tip Masak Sotong, Elak Liat Macam ‘Getah Sekerap,’ Barulah Tak Lenguh Mulut Kunyah

7. Sotong kukus limau ala Thai sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Amira Rosli

Baca artikel lain di sini:Ada Stok Sotong dalam Peti Sejuk, Boleh Cuba Masak Resipi Ini

Sotong Goreng Tepung Rangup, Elok Melekat Guna TELUR ITIK!

Cara Mudah Buat Sotong Celup Tepung…Kenyal, Rangup Dan Cantik Salutannya!

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI