Kalau ada yang berhajat hendak buat kacang botak, ini ada resipi ringkas dan cepat boleh cuba. Dimasak dengan menggunakan air fryer, tepung salutan kacang menggunakan tepung bestari. Ranggup versi simple. Hendak makan pun puas hati tanpa fikir kolesterol naik tinggi.

Kacang botak antara kudapan ringan yang memang enak dimakan sambil duduk bersantai-santai menonton televisyen. Menu ini bukan sahaja dihidangkan ketika hari raya tapi sesuai sahaja dimakan bila-bila masa.

Resipi Kacang Botak Guna Air Fryer

Resipi Kacang Botak Guna Air Fryer, Rangup Versi ‘Terpaling’ Mudah Nak Buat

Bahan-bahan:

2 cawan kacang tanah
2 senduk tepung bestari  (asli + pedas)
1 sudu serbuk ketumbar
1 biji telur
5 ulas bawang putih di tumbuk lumat(optional)
5 sudu minyak
Sedikit air

Rangup Versi ‘Terpaling’ Mudah Nak Buat

Cara membuat:

  1. Basuh kacang tanah dan toskan.

2. Sediakan telur yg telah di kocak bersama minyak.

IKLAN

3. Masukkan kacang tanah.

4. Masukkan tepung bistari dan sedikit air

5. Gaul rata supaya kacang di selaputi tepung.

6. Masukkan ke dalam air fryer. Mula on kan air fryer dengan suhu 180 darjah celcius selama 5 minit. Buka dan lerai-leraikan kacang supaya tidak bergumpal.

Resipi Kacang Botak Guna Air Fryer, Rangup Versi ‘Terpaling’ Mudah Nak Buat

IKLAN

7. Tambah lagi 5 minit. Buka lagi dan goncang-goncang. Seterusnya masak lagi selama 10 minit dengan suhu 160 darjah celcius.

8. Seterusnya masak selama 10 minit dengan suhu 160 darjah celcius.res

9. Tunggu betul-betul sejuk baru kacang ranggup. Boleh di simpan dalam balang.

Resipi Kacang Botak Guna Air Fryer, Rangup Versi ‘Terpaling’ Mudah Nak Buat

IKLAN

NOTA:  Hasil bergantung pada air fryer masing-masing. Kalau masih belum ranggup selepas sejuk, masukkan semula dalam air fryer dan bakar lagi selama 5 minit dengan suhu 150 darjah celcius. Ada air fryer yang hanya mengambil 20 minit untuk masak. 

Sumber: Eniza M.Salim

Baca artikel lain yang berkaitan: KACANG GORENG Bawang Putih Sedap Rangup Berlemak, Rebus Sekejap Dengan Santan!

Sambal Kacang Garing Rangup, Tunggu Cili Betul-Betul Sejuk Baru Gaul Rata!

Resipi Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim, Ini ‘Rahsia’ Cara Nak Buat

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI