Sambal Kacang garing macam ni memang sedap dijadikan kudapan sambil menonton TV.Apatah lagi gabungan bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan kacang tanah dengan sambal pedas manis, memang tak sedar boleh habis sebekas!
Jika dibeli boleh tahan juga harganya, malah tak puas makan. Elok kita buat sendiri je di rumah. Ada caranya untuk pastikan sambal kacang garing ni kekal rangup. Kena tunggu cili betul-betul sejuk dahulu barulah digaul rata.
Nak tahu lebih lanjut nak buat Sambal Kacang Garing Rangup ni boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Masfaliza Ab Jaafersebagai rujukan;
Janji pasti ditepati. Sambal kacang garing by CikAyu.Selamat mencuba semua. Boleh buat untuk makan keluarga atau juga untuk hasil jualan. CikAyu halalkan resepi ini dunia akhirat, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dirahmati olehNya.
Cili kering (cili kerinting dicampur dgn cili besar untuk mengurangkan rasa pedas cili)
2 sudu gula halus
2 kiub ikan bilis
Minyak Masak secukupnya
Cara Membuat:
1.Goreng kacang dengan sedikit minyak. Goreng sehingga kacang bunyi meletup-letup. Itu tanda kacang dah hampir masak ya. Letak sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak kacang goreng ini.
2. Kemudian goreng bawang putih, bawang merah dan ikan bilis sehingga garing dan gaul rata semuanya.
3. Gunting buang biji cili kering, basuh dan toskan ia. Kemudian jemur sehingga cili betul-betul kering.
4. Kemudian goreng cili kering ini dengan sedikit minyak dengan menggunakan api yang kecil. Goreng sehingga cili menjadi rapuh dan garing.
Ads
5. Selepas itu, masukkan cili ke dalam food processor @ chopper @ blender kering. Masukkan gula halus. Blend cili.
6. Ini hasilnya selepas diblend.
7. Kemudian, panaskan sedikit minyak di dalam kuali yang sama.
Ads
8. Masukkan kiub ikan bilis. Masak hingga kiub cair dan berbuih-buih.
9. Masukkan cili yang dikisar tadi ke dalam kuali. Masak dengan menggunakan api yang perlahan. Masak hingga sedikit kering dan tutup api. Tunggu sehingga betul-betul sejuk.
10. Masukkan cili ke dalam dulang yang 3 bahan utama tadi dan digaul rata.
11. Tada… dah siap sambal kacang garing kita. Masukkan kacang ke dalam bekas kedap udara.
Telur dadar selalunya menjadi ‘pelengkap’ hidangan lauk, terutamanya tomyam. Namun jika makan telur dadar dengan nasi putih dan kicap sahaja pun sudah mampu membuka selera. Baru-baru ini viral ‘Thai Omelette’ atau telur dadar Thailand. Rasanya seperti telur dadar biasa cuma ada tambahan isinya menjadikannya lebih beraroma.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar ini sebagai rujukan;
Dok viral THAI OMELETTE jadi kita try buat Kena try baru tahu sedap atau tak.
Bagi saya rasnya biasa-biasa je macam telur dadar cuma ada isi dalam tu.
Resepi THAI OMELETTE
Bahan-Bahan:
3 biji telur A
7 ekor udang cuci bersih
Segenggam daun thai basil *
Daun bawang *
Cili padi Hijau *
Cili padi merah *
Bawang rose hiris (Bawang lain tak mau) Sos ikan brand Tiparos
Garam (saya tak letak)
Serbuk perasa 2 jenis (makesure pakai yang ade brand
Gula perang jangan gula putih
Cara Membuat:
1. Hiris semua bahan bertanda * masukkan dalam telur dan campur kesemua bahan lain pukul hingga rata dan sebati.
2. Goreng menggunakan minyak baru. Wajib minyak baru setiap omelette. Dah siap, dressingkan dengan taugeh.
PRIK NAM PLA buat sedap-sedap.
Jangan letak sos ikan dan cili sahaja .
Wajib buat sungguh-sungguh guna limau asli bukan limau botol . Gula kelapa siamjangan guna gula putih. Last sekali dressing daun ketumbar & serbuk lada putih.
Resepi asal Dania Niase Restaurant
Cara buat PRIK NAM PLA
1. Cincang bawang putih 5 ulas dan cili mengikut kepedasan masing-masing.
2. Sos ikan (agak-agak tenggelamkan bahan cincang)
3. Sedikit sos golden mountain.
4. Perah asam limau.
5. Gula thai/ gula somtam satu sudu, kacau-kacau, SIAP !!!
Selamat Mencuba!
Mesti Baca:TELUR DADAR Rangup Kembung, Masukkan Sedikit Tepung Jagung & Minyak Betul-Betul Panas! Baca Lagi Di Sini:Resipi Telur Dadar ‘Crispy’ Kena Masukkan Cuka Dan Air, Barulah Macam Kedai Tomyam Artikel Menarik:Petua Telur Dadar Jadi Gebu & Sedap, Campurkan Dengan Mayonis!
Mingguan Wanita: Bagi peminat telur dadar, boleh cuba kelaianan buat Thai Omelette ni pula, memang sedap.
Pulut memang enak dinikmati dengan berbagai jenis sajian antaranya kari ayam atau daging, bubur durian, rendang dan sebagainya. Selalu bila kita tengok pulut nampak cantik berkilat rasa ingin tahu macam mana hendak dapat pulut begitu bukan?
Sebenarnya ada cara untuk mendapatkan tekstur pulut sebegitu. Boleh ikut cara seperti yang dikongsikan oleh Siti Asrien Mohd Hassan ini. Menurut wanita ini, sudah setahun lebih dia guna tip dan cara ini untuk tanak pulut. Buat tapai pun senang. Tak perlu kukus. Memang jadi!
TIP DAN CARA TANAK PULUT GUNA PERIUK NASI
1. Basuh beras pulut bersama sedikit garam.
2. Untuk dapatkan kesan berkilat, basuh pulut 3- 4 kali basuhan.
3. Sukat air guna jari telunjuk, separuh dari line pertama jari. (jari di atas beras).
4. Lapik tutup periuk menggunakan kain/tuala kecil dengan kedap. Tidak boleh longgar. (supaya wap panas tidak keluar).
5. Tekan butang COOK dan tunggu sehingga masak dan bertukar ke WARM.
6. Jangan buka tudung periuk langsung sehingga masak, Insya Allah pulut cantik.
NOTA: Selepas WARM pun jangan terus buka tudung periuk. Biar 5-10 minit baru buka penutup. Ia bertujuan supaya pulut masak dengan wap panas. Paling penting pulut masak elok cantik dan tidak berkerak.
Mee Goreng Basah nostalgia, stail gerai zaman kanak-kanak alahai sedapnya sampai terliur. Bila lihat mee goreng basah ni fikir automatik akan teringat masa zaman kecil-kecil dulu.
Memang sedap dan padu, aromanya hingga kini boleh diingati. Apatah lagi bila dibungkus dengan surak khabar. Makan masa panas-panas. Aduh nostalgia sangat berharga.
Mee Goreng Basah Nostalgia
Buat peminat Mee Goreng Basah mesti anda kan mengimbau tahun 80an sewaktu zaman kanak-kanak. Bukan tu saja, nak lagi sedap Mee Goreng Basah ditambah pula dengan cili jeruk dan diperah.
Aduh terus terliur. Nak lagi puas hati apa kata mak-mak buat sendiri Mee Goreng Basah ni. Bahan-bahannya cukup ringkas rupanya.
“Siapa suka Mee Goreng Basah, menu abang masak untuk malam ni. Mee Goreng Basah nostalgia…kita boh ayam, teloq, tauhu, sawi, tauge serta cabai jeruk dan limau nipis.
“Kemudian kita bungkus dengan paper (sekang ni susah nak cari jadi kita guna kertas berwarna coklat) aroma diaaaaaa. Agak payah nak jumpa mee goreng camni sekarang. Mengimbau tahun 80an.
RESEPI MEE GORENG BASAH:
Satu bungkus mee kuning (lalukan dengan air paip)
Isi ayam
Air rebusan ayam
Telor
Sawi
Tauge
Bawang putih
Bawang merah
(Tumbuk halus)
Cili kisar
Sos tiram
Sos cili
Tauhu goreng yang dihiris
Kicap lemak manis
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak..Gorengkan 2 biji Telur..hancurkan kasar..ketepikan..
Tambah sedikit mnyak pada kuali.
Tumiskan bawang biar agak garing..
Kemudian masukkan cili kisar, kacau rata. Tumis sampai cili masak..dah ok..masukan isi ayam..kacau rata.. biar seketika…
Masukkan sos tiram,sos cili..kacau rata.. terus masukkan air rebusan ayam..biar mereneh seketika…kepekatan kuah ikot sukatan memasing…letakkan kicap lemak manis..dan sedikit sahaja kicap masin.. biar mendidih..
Masukkan tauhu,telur…last masukkan Mee..kacau rata.. boh sawi dan tauge…kacau rata…kalau kaler kurang…curahkan kicap lemak manis lagi..kacau rata..tutup api..
Mingguan Wanita : Sedapnya, terliur pula tengok mee goreng nostalgia ni.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.