Lebihan nasi yang tak habis jangan dibuang boleh buat macam-macam. Salah satunya mak-mak boleh jadikan keropok nasi sejuk. Caranya tak rumit mana, kena ikut satu persatu langkah yang dikongsikan oleh Puan Eina Izzara ini. Dah siap goreng boleh lah buat kudapan sambil tengok tv ke, makan dengan nasi goreng atau bihun goreng pun sedap.

Berikut perkongsian tersebut;

“Keropok nasi sejuk.Pertama kali buat.Terima kasih empunya resipi halalkan ya.”

Bahan-Bahan;

Nasi Sejuk
Bawang putih
Biji ketumbar
Ikan bilis
Garam
Tepung ubi

Cara Membuat:

1. Rendam nasi sejuk dalam 1 jam, kemudian tos bagi kering air, kemudian blend kering.
2. Tumbuk bawang putih, biji ketumbar dan ikan bilis.
3. Gaul semua bahan-bahan tumbuk ke dalam nasi tadi, perasakan dengan garam dan sedikit gula kalau suka.
4. Masukkan tepung ubi ke dalam bahan-bahan tadi uli sampai tak lekat ditangan. Tepung letak sikit-sikit ya.
5. Dah siap bentuk-bentukkan kemudian rebus sampai timbul ya.

Buat Sendiri Keropok Nasi Sejuk, Pertama Kali Cuba Terus Jadi!6. Angkat sejukkan sikit kemudian letakkan pewarna kesukaan.

IKLAN

Buat Sendiri Keropok Nasi Sejuk, Pertama Kali Cuba Terus Jadi!7. Dah siap simpan dalam peti sejuk semalaman untuk senang kita potong.

Buat Sendiri Keropok Nasi Sejuk, Pertama Kali Cuba Terus Jadi!8. Lepas potong nipis semua boleh la jemur. Saya jemur 1 hari ja, tempat saya panas sekarang.

Buat Sendiri Keropok Nasi Sejuk, Pertama Kali Cuba Terus Jadi!
9. Kemudian bolehlah goreng seperti biasa.

IKLAN

Buat Sendiri Keropok Nasi Sejuk, Pertama Kali Cuba Terus Jadi!

Siap! Selamat mencuba!

IKLAN

Baca Lagi Di Sini: Rangupnya Keropok Lekor Viral Mi Segera Ini, Cuma Guna 4 Bahan

MW: Kalau ada lebihan nasi sejuk, tak habis kat rumah tu mak-mak boleh cuba buat keropok ni. Boleh buat kudapan sambil-sambil tengok tv ke nanti.

Sumber: Eina Izzara

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI