Petang-petang ni memang sedap kalau dapat buat karipap goreng panas-panas. Tak kisah inti sardin ke, inti kentang ke. Kalau mak-mak selalu buat karipap biasa, apa kata cuba belajar buat karipap pusing yang rangup lagi cantik ni. Senang je nak buat karipap pusing ni rupanya. Paling penting tak pecah berderai sebab tak gunakan marjerin. Caranya satu persatu ada dikongsikan oleh Puan ChaSya Aripinini.
Boleh belajar cara buat Karipap Pusing rangup yang dikongsikan ini sebagai rujukan;
“Now, everyone can cook, tak gitu ibu-ibu? Yang xpernah buat pun, berjaya buat musim PKP ni.Jom belajar buat karipap pusing rangup pulak nak? Sila duduk dan jangan lari. Cara buat ada di bawah dan di gambar.”
“Karipap ni tak guna marjerin. Jadi bukan rapuh pecah berderai.”
1. Doh minyak
2½ cawan tepung gandum
Minyak
Uli 2 bahan ni aje, buh minyak sikit-sikit smpai jadi doh yang elok tak mlekat ditangan.
2. Doh Air
3 cawan tepung gandum
½ sdk garam + air, jadikan air garam
2 sdb minyak
Air secukupnya
Ads
Gaul semua bahan, tambah air sikit-sikit sampai jadi doh yang tak melekat ditangan.
* Bulatkan kedua-dua doh sama banyak bilangan bolanya
Cara Membuat:
1.Masukkan doh minyak dalam doh air.
2.Canai nipis, gulung
3.Canai nipis lagi skali doh yang digulung tadi, pastu gulung lagi sekali.
4.Potong setebal 1cm.
Ads
Ambil 1 yang dipotong tadi, hujung pusaran atau ekor dia tu, tarik ke bawah sikit, sebagai lapisan bagi lagi kuat dia pegang pusar-pusar tu, canai nipis.
Terbalikkan, bahagian bawah yang dicanai tu jadi duk bahagian dalam. Isi inti, kelim macam biasa.
Boleh goreng dengan minyak panas, api sederhana.
Untuk frozenkan, boleh goreng kejap atau bakar kejap.
MW: Jadi mak-mak yang selalu buat karipap biasa tu, boleh belajar buat karipap pusing yang rangup ni. Paling penting tak hancur berderai elok kejadiannya.
Persedian mak-mak untuk buat nasi goreng dengan lebih cepat bila masuk dapur, sediakan pes mudah ini dalam peti siap-siap.
Haaa… resepi yang dikongsikan Cikgu Rosli ini dikongsi ramai netizen sebab cara buatnya senang. Dan apa yang penting, pes nasi goreng ini dah ada bilis dalamnya. Pastilah mampu menggoda selera seisi keluarga.
Pes Nasi Goreng
1. 20 biji cili padi yang hijau, 7 biji cili besar merah ,5 biji bawang besar, selabu bawang putih. Tumbuk semua biar hancur.
2. Kemudian tumbuk ikan bilis dua gengam (ikan bilis rendam dulu nak bagi lembut baru senang tumbuk).
3. Masukkan minyak (minyak agak-agak ya), pastu masukkan semua bahan-bahan yang ditumbuk. Masak sampi kering dan pecah minyak.
4. Kemudian tambahkan garam. Gula (kalau suka serbuk, perasa tambah la kalau suka.
5. Pastu masak sampai elok kejadiannya. Resepi ini memang senang dan ringkas. Kepedasan ni ikut individu sebab suami saya suka pedas.
6. Bagi sejuk masukkan dalam tupawere dan simpan dalam peti. Nanti nak goreng just masukkan nasi dan sayur saja.
Siaappp!!
Ini bonus juga, boleh guna pes masakan nasi goreng untuk dijadikan menu bersahur di bulan Ramadan nanti. Selagi tak cuba tahu, selamat mengisar!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mudah je rupanya mak-mak boleh buat ‘pizza’ segera. Tak perlu susah-susah nak uli doh pizza, guna wraps pun boleh! Menariknya, sesuai untuk hidangan minum petang mahupun sarapan pagi, dan pastinya amat mengenyangkan.Pastinya lebih puas hati sebab boleh letak dan pilih topping sendiri. Hanya perlu sapu sos, tabur toppings, gulung, susun dan bakar!
Berikut perkongsian cara nak buat pizza segera ini oleh Puan Suzi Yanti Md Hane sebagai panduan;
“Yang inginkan kelainan menikmati pizza. Boleh Cuba ye. Letak sos, Pepperoni,Mozarella cheese, Gulung, Susun dalam dulang dan bakar.Sedapppp Sangat.Hidangkan dengan sos Cili kegemaran anda.”
Buah rotan antara kuih raya ‘lejen’ selalu disediakan waktu hari raya zaman mak-mak dan nenek kita dahulu. Memang penuh nostalgia kuih ni, payah nak jumpa zaman sekarang. Buah rotan ni kena tahu adunan yang betul dan ada cara gorengnya. Barulah kuihnya tak meletup-letup ketika digoreng mahupun keras ketika dimakan.
“Saje nak share air tangan mak kami. Buah rotan kami panggil.”
Bahan-bahan:
1 peket Tepung pulut (500g)
1 kotak Santan (200ml) (kami pakai santan rex itu je yang ada)
Setengah cawan Gula
Setengah sudu kecil Garam
Air (1 sukatan kotak santan yang dipakai)
Bijan putih (lenga)
Cara Membuat:
1. Santan + gula + garam + air masak atas dapur sehingga gula larut sahaja jangan lama-lama.
2. Dah larut matikan api dan biarkan sejuk dulu.
3. Ambek tepung pulut pastu masukkan bahan larut yang dah sejuk tadi sikit-sikit .
4. Uli-ulilah sampai doh jadi elok. Jangan terlalu lembik jangan terlalu keras tau.
5. Selepas itu bulat-bulatkan lah doh tu dalam bijan.
6. Selepas dah siap bulat-bulat, golek atas lenga dah boleh goreng.
7. Panaskan minyak. Guna api kecil sahaja. Api jangan besar ye. Nanti tak masak. Dalam jadi lemau tapi rupa dah hitam.
Info Penting!
Doh jangan dibiarkan kena kipas nanti dohnya keras. Kalau keras nanti bijan tak melekat. Nak bulat-bulat pun tak boleh jadi hancur.
Tapi kalau dah keras sangat nak bulat-bulat tak boleh, tambah air sikit. Sikit je tau biar dia lembut.
Bulat-bulat tu jangan besar-besar sangat sebab nanti goreng buah rotan tu dia mengembang tau.
Kalau sebelum goreng dah besar ibu jari lepas goreng nanti dua kali ganda agaknya.
Selamat Mencuba!
Mw: Jadi buah mak-mak yang suka kuih ‘lejen’, boleh cuba buat sendiri buah rotan ni di rumah. Puas hati makan.