Senang je rupanya nak buat sendiri Mango Cheesecake ni. Tak payah dibakar, letak dalam peti sejuk dan boleh terus dimakan. Bahan-bahan pun tak banyak dan sedia ada di rumah. Mak-mak yang nak buat cheesecake ni bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Mohamad Irman Khairruddin ini.
“Bila tiada pasangan terpaksa la buat sendiri ‘Mango Cheesecake’ ala bujang terlajak (no bake). Resepi ada dibawah dan hasilnya tadaaaa.”
Mango Cheesecake(no bake) letak dalam peti sejuk
Bahan-Bahan (BASE)
70 gram butter (cairkan)
30 ketul biskut (tak kisah jenama apa janji biskut tawar)
*Hancurkan biskut dan masukkan butter (dicairkan) dan gaul serta letak ke dalam loyang.
Bahan-Bahan (BAHAGIAN TENGAH):
250 gram cream cheese
200 ml whipped cream
80 gram gula
1 1/2 sudu makan gelatin
Perahan lemon ikut Kita
1 biji Mangga yang diblend (tapiskan) bahagikan 2 bekas
Cara Membuat:
1.Campurkan cream cheese,gula,perahan lemon dan mango puree pukul hingga kembang.
2.Mangkuk lain pukul whipped cream, gula (ikut nak letak atau tak), perahan lemon dan campur gelatin yang dicairkan atau serbuk agar-agar pukul hingga kembang.
3.Campur kedua-dua step 1 & 2 secara kaup balik secara sebati masukkan kedalam loyang.
Ads
Mango Puree (Topping)
Mango yang blend tadi
1 1/2 sudu mkn Gelatin/ serbuk agar (bersama air panas sehingga menjadi likat dan larut.)
*Kalau nak sedap lagi tambah lemon atau parutkan kulit lemon sikit kedalamnya.
Ads
Info Ekstra!
Whipping cream dia dairy kalau whipped cream dia non diary.
Guna gelatin atau serbuk agar-agar.
Nak keluarkan kek dari loyang tanpa calar-calar, alas baking paper dalam loyang tu, lebihkan dia..tarik perlahan-perlahan masa nak bawa keluar.
Letak pada chiller bahagian bawah peti sejuk.
Saya guna loyang yang boleh bukak tepi dan bawah. Saiz saya tak pastu sebab pakai amik je beli.
MW: Mudahnya nak buat ‘Mango Cheesecake’, bahan-bahan tak banyak dan takde oven pun tak jadi masalah sebab tak perlu dibakar. Simpan je dalam peti sejuk dah boleh makan.
Scone ni antara menu klasik cukup popular untuk hidangan minum petang bagi orang di Eropah. Jika pernah ke kafe di tanah tinggi Cameron Highlands banyak dijual scone ni. Rasanya memang cukup sedap dan tak jemu makan.
“Scone Senang Dibuat.Okay hari ni Cik Leen kongsikan resipi paling senang nak dibuat sorang-sorang atau dengan anak-anak.Kejadiannya macam yang dijual kat cafe, tak tipu.”
1 + 3/4 cawan tepung gandum
4 camca teh baking powder
1/4 cawan gula perang
Secubit garam
5 sudu makan mentega sejuk
* Ramas dan gaul semua bahan di atas sampai jadi macam serbuk roti kasar. Ya, guna tangan je.
1/2 cawan blackcurrant kering atau kismis
* Tambahkan dalam campuran bahan kering.
1/2 cawan susu
1/4 cawan krim masam (Saya guna yoghurt je)
* Sebatikan dan tuang ke dalam adunan tepung. Kacau lebih kurang saja sampai terbentuk doh.Untuk adunan ni, boleh dapat 8 skon comel.
Susun dalam dulang pembakar.
1 biji telur
1 sudu makan susu
*Gaul rata dan sapukan di atas skon. Rehatkan 10 minit.
Panaskan dulu oven pada suhu 200•C. 15 minit.
1.Ayak tepung dan baking powder. Gaul ramas dengan butter, gula perang dan garam.
2.Sampai dapat tekstur macam ni. Masukkan buahan kering. Gaul rata.
3.Ini susu campur yoghurt.
4.Tuang dalam campuran bahan kering.
5.Kacau manja-manja guna sudu je.
6.Ketepikan sudu. Gaul guna tangan sampai dapat bentuk doh. Geli? Alahai dah siap karang basuhlah tangan tu. Kalau melekit sangat, letak sikit tepung pada tapak tangan.
7.Gini rupa dohnya. Ya, tak cun licin. Jangan risau.
8.Potong doh tu ikut saiz yang kita suka. Kalau nak besar-besar, potong 4 je.
9.Lepas tu kita susun ikut jarak sosial. Janganlah sampai 1 meter. Bila nak siap membakornya.
10.Sapu dengan campuran telur dan susu. Kalau takmo letak susu boleh je. Ni untuk kasi nampak cun berkilat, tak pucat. Rehatkan selama 10 minit. Masa ni dah boleh panaskan dulu oven.
11.Suhu oven 200•C ya. Panaskan dulu oven selama 15 minit. Lepas tu baru bakar skon anggaran 10-15 minit.Ikut mood oven masing-masing.
Ha gini rupanya lepas siap dibakar.
Ini contoh, bukan wajib ikut. Nak makan skon nya gitu je pun boleh je. Nak cicah sambal tumis pun jadi. Tak ada salahnya.
Kita tayang sikit rupa isi dalam skon tu ya.
Kejadian untuk sarapan pagi tadi. Alah lebih kurang macam kat setabak je.
MW: Senang je kan nak buat scone ni. Gaul-gaul dalam mangkuk je tak perlu guna mixer.Mudah. Ikut langkah yang dikongsikan ini satu persatu, gerenti jadi. Scone ni sedap makan dengan cream dan jem strawberi, tapi nak makan begitu saja pun boleh.
Sumber:Norleen Mohid (Sumber: Best Scone Recipe from Allrecipes.com)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bersua wajah dengan personaliti yang memenuhi ruangan Gaya Hidup VIP, Datin Fadzilah Mat Idin, 59, atau lebih selesa dengan panggilan Tok Mak, baru-baru ini, terserlah sifat keibuan. Malah penulis juga rasa turut bertuah kerana ibu kepada tiga orang anak yang menetap di Pahang ini sanggup turun ke ibu kota bagi merealisasikan kehendak penulis memuatkan kisahnya di dalam MW.
Suaminya yang juga Pegawai Khas kepada Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Riayatudin Al Mustafa Billah Shah ibni Sultan Ahmad Shah, Dato’ Hj Jamaluddin Hj Ahmad, 68, juga tidak keberatan merestui pertemuan bagi sesi temubual ini.
Wanita yang bergelar suri rumah, aktif berniaga secara online dan guru personal kelas masakan ini sebenarnya sangat dikenali di laman sosial Facebook. Sebut saja menu popular air tangannya, Puding Raja Tok Mak pasti membuatkan ramai yang terliur dengan keenakan pencuci mulut istimewa ini.
Malah Puding Raja Tok Mak juga pernah menjadi hidangan buat santapan YDA dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Memandangkan suami bekerja di Istana Pahang lebih 40 tahun jadi Tok Mak pun sudah tinggal di kawasan Pekan selama itu. Walaupun Tok Mak ni orang Pahang (asal Kuala Lipis) sewaktu baru-baru berkahwin dengan suami, di kampung Tok Mak tak ada Puding Raja.
“Puding raja ini sangat istimewa kerana merupakan salah satu sajian istimewa yang terdapat di Pekan. Pada awalnya Tok Mak tak pernah terfikir dari telur kuning boleh menjadi jala emas. Jika singgah di Pekan, wajib merasai makanan ini kerana tidak terdapat di tempat lain. Kiranya dulu pencuci mulut ini hanya dihidangkan di istana saja dan kini ramai yang sudah komersialkan. Namun Tok Mak bersyukur kerana mendapat resipi istimewa Puding Raja ini daripada Dato Hanizah Dato Sri Ghazali yang juga Pengurus Icah Catering. Beliau merupakan guru yang mengajar Tok Mak buat Puding Raja. Tok Mak sangat berterima kasih kepada beliau. Malah beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab menyediakan santapan di raja Pahang dalam majlis-majlis rasmi dan personal,” ungkap Tok Mak.
Paling menggembirakan hati Tok Mak, Raja Permaisuri Agong juga pernah mencemar duli berkunjung ke kediamannya.
“Suami Tok Mak sudah bekerja dengan istana Pahang lebih 40 tahun jadi hubungan kami agak rapat dengan keluarga diraja. Raja Permaisuri Agong juga pernah mencemar duli ke rumah kami. Sambil menikmati hidangan Puding Raja yang Tok Mak masak, Raja Permaisuri Agong juga memberikan tips. Tok Mak juga sangat kagumi Raja Permaisuri Agong dan menjadikan bukunya, Air Tangan Tengku Puan Pahang-Masakan Tradisional Pahang sebagai panduan dalam masakan,” terang Tok Mak yang beruntung kerana sering mendapat tips masakan dari tukang masak istana.
Dek kerana ilmu masakan yang ada, sejak lapan tahun lalu, Tok Mak sudah berkongsi resipi masakan di FB miliknya. Pada awal hobi melayari laman sosial hanya sekadar mengisi masa lapang dan berhubungan lebih rapat dengan anak ketiganya yang melanjutkan pelajaran di Australia namun Tok Mak tidak menyangka penulisannya menjadi ikutan ramai rakan Facebook.
“Tok Mak tak sangka ramai yang menghargai perkongsian resipi masakan Tok Mak di Facebook. Bila Tok Mak ada masa lapang, akan kongsi resipi, gaya hidup Tok Mak yang ala kampung dan berkongsi cara mendeko meja makan. Paling tak disangkakan rakan yang ramai memberi maklum balas terdiri dari golongan ibu muda. Malah Tok Mak juga melayan rakan-rakan di Facebook seperti keluarga sendiri. Dimana Tok Mak menyantuni mereka dan beramah mesra dengan semua orang,” ungkap Tok Mak yang turut menurunkan ilmu masakan kepada anak keduanya Nurhafiza. Selain Puding Raja Tok Mak juga menghasilkan sendiri Rempah Soto dan produk tersebut ternyata mendapat sambutan.
Bahan-Bahan: 1.Pisang lemak manis masak ranum 2.Minyak yg banyak untuk mengoreng 3.Sedikit minyak sapi campur dalam minyak
Bahan-Bahan Jalamas:
Bahan-Bahan Sos:
Cara Memasak:
Bahan-Bahan Jalamas
Angkat dan toskan
Cara Memasak Sos: 1. Masukan susu cair dqn semua bahan sos dalam periuk dan masak atas api perlahan.
2. Sejukan. Kemudian hiaskan dengan buah ceri, prune atau gajus.
Suami tercinta.
Selepas mendirikan rumahtangga, Tok Mak bergelar suri rumah sepenuh masa. Jadual kerja suaminya amat padat, disebabkan oleh itu Tok Mak memberi segala perhatian dan mementingkan pendidikan anak-anak.
“Tok Mak lakukan yang terbaik untuk memberi didikan kepada anak-anak. Tok Mak melahirkan anak ketiga pada usia 25 tahun. Sebagai seorang ibu dalam baik ada garangnya. Tok Mak berusaha lebih iaitu 200 peratus untuk ketiga-tiga anak bijak dalam pelajaran. Tok Mak juga rajin hantar tuisyen, bila anak-anak masuk asrama Tok Mak tak pernah lalai menjenguk mereka.
“Tok Mak juga berkenalan dengan semua tenaga pengajar anak-anak. Tak pernah putus memberikan anak-anak didikan yang terbaik. Malah Tok Mak anggap anak-anak sebagai sahabat. Syukur alhamdulillah ketiga-tiga anak berjaya, yang sulung Nurlina bertugas di luar negara, yang kedua Nurhafiza sebelum ini pernah bertugas sebagai Pengurus di sebuah bank di Kuala Lumpur manakala anak yang ketiga Ahmad Jaffri kini merupakan Atlet Paralimpik Negara bagi Sukan Memanah. Anak lelaki Tok Mak sebelum ini normal, namun selepas mengalami kemalangan jalan raya sembilan tahun lalu dia lumpuh dan pernah melanjutkan pelajaran di Australia dalam jurusan Sains Sukan.
“Pada Tok Mak dalam mendidik anak-anak biarlah secara sederhana, walau banyak duit tapi kita makan apa saja yang ada. Selain itu Tok Mak juga tak nak anak-anak besar diri. Tok Mak juga kenal dengan semua rakan-akan anak namun Tok Mak tetap menghormati privasi anak-anak. Tok Mak juga anggap anak sebagai sahabat kalau marah biar mereka dengan secara santai,” sambung Tok Mak yang turut berbangga bergelar seorang ibu.
Tatkala menyentuh tentang pesanan arwah ibunya yang paling diingati, suara Tok Mak bergetar dan dia kelihatan begitu sebak tatkala melontarkan kata-kata.
“Paling saya tak boleh lupa, arwah ibu suruh sentiasa berbuat baik dengan orang lain. Jangan cepat berasa sombong, tak rugi jika kita mengamalkan sikap berbaik-baik dengan semua orang. Tok Mak juga pupukkan perkara yang sama pada jiwa anak-anak. Tok Mak sendiri akui ramai kenalan di Facebook yang Tok Mak tak pernah jumpa. Dalam ramai kawan-kawan ada yang bukan calang-calang orang. Pada Tok Mak siapa pun kawan kita itu berbuat baiklah dengan mereka.
“Memandangkan Tok Mak berkahwin dengan lelaki yang lebih tua sembilan tahun dari Tok Mak. Ternyata banyak yang Tok Mak belajar dari Dato’ dan lebih mematangkan fikiran kita. Dato’ orangnya tidak suka makan di luar, jadi selepas berkahwin Tok Mak belajar memasak dan Dato’ juga banyak memberi pandangan dan idea untuk Tok Mak perluaskan ilmu memasak. Suami juga seorang yang sangat cool dan tidak banyak karenah. Antara menu yang menjadi kesukaan Dato’, Ikan Masak Taucu, Stew Ayam, Puding Raja dan Sago Gula Melaka,” luah Tok Mak.
Agak jarang bercuti ke luar negara namun Tok Mak dan suami akan pastikan akan curi masa untuk menghabiskan cuti bersama-sama.
“Memandangkan Dato’ sangat sibuk, jadi kami memang jarang bercuti apatah lagi ke luar negara. Sekali sekala kami akan ke Hong Kong menjenguk anak sulung kami yang bekerja di sana. Jarang sekali melancong, tetapi Tok Mak tak boleh lupakan pengalaman mengerjakan umrah bersama keluarga. Momen itu sangat berharga dalam hidup Tok Mak,” akhiri Tok Mak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ayam percik kebiasaanya merupakan salah satu menu yang wajib ada di Bazar Ramadan atau pasar malam. Ayam percik pula ada pelbagai jenis tapi yang selalunya diminati ramai ialah Ayam Percik Kelantan. Kelainannya adalah pada kuahnya yang pedas dan lemak berkrim.
Memandangkan tahun ini tiada Bazar Ramadan, jangan bimbang mak-mak boleh cuba buat sendiri Ayam Percik stail Kelantan ni di rumah. Cukup mudah!
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
halia skit
garam secukup rasa
6 ulas bawang merah
4 tangkai cili kering
santan pekat
1 batang serai
halia
garam
gula
asam keping
1. Kisar bahan perap tadi, kemudian perapkan ayam dengan bahan tersebut selama 30 minit.
2. Bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.
3. Sementara ayam dibakar, siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi.
4. Masak bahan tadi dengan api yang perlahan. Bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat.
6. Bila ayam sudah nampak garing, lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. Ini supaya bahan kuah meresap ke dalam daging ayam.
7. Terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.
8. Bila ayam sudah nampak garing dan masak bolehlah diangkat. Hidangkan dengan menambah sedikit kuah di atas ayam tadi.
Siap!
MW: Memandangkan tahun ni tiada Bazar Ramadan yang selalu jual Ayam Percik, jadi mak-mak boleh lah cuba buat sendiri di rumah ikut resipi yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang calon SPM yang dihempap pokok kelapa, apa yang menyedihkan apabila ibunya datang melihat jasad anak bongsunya dalam keadaan berbungkus kain di atas jalan selepas motosikal dinaiki bersama rakan dihempap sebatang pokok di Kampung Permatang Pasir, Gunong.