Ayam masak kicap antara menu kegemaran anak-anak dan memang berselera bila makan lauk ni. Ada pelbagai resipi ayam masak kicap yang ada, namun cuba letak sikit perencah sup, memang lebih sedap rasanya.

Ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Ida Radzi ini sebagai panduan;

Ada tak yang kalau buat Ayam Masak Kicap, akan letak sikit perencah sup? Bagi yang tak pernah, cuba la buat, memang sedap rasa dia.

Resepi untuk 3/4 ekor ayam. Ini cara saya ye.

Bahan-Bahan:

*Bawang besar dihiris
*Bawang putih ditumbuk kasar
*Halia ditumbuk pecah je
*Serai sebatang dititik (pilihan, letak lagi sedap )
*1/2 sudu kecil serbuk sup ( saya suka letak sikit je untuk aroma dan rasa yang ringan)

Cara Membuat:

1. Tumis semua bahan hingga naik bau, kemudian masuk kicap dan sedikit air (saya guna kicap lemak manis ).

Rasa AYAM MASAK KICAP Lebih Sedap, Letak Sikit Perencap Sup!
2. Dah menggelegak, masuk ayam yang telah digoreng terlebih dahulu. Garam tak perlu sebab masa goreng ayam dah letak garam, kicap pun dah ada masinnya. Siap!

IKLAN

Rasa AYAM MASAK KICAP Lebih Sedap, Letak Sikit Perencap Sup!

Simple aje resepi saya ni, tapi rasa insyaaAllah sedap.

IKLAN

Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Bahan Rahsia AYAM MASAK KURMA Resipi Abah, Sedapnya Sampai Ke Kuah Habis Licin!
Baca Lagi Di Sini:Ayam Masak Cili Kering SEDAP SANGAT, Rasa Pedas Masam-Masam Manis!
Artikel Menarik:Ayam Masak Ungkep Kuahnya Tak Terlalu Basah, Kering Sedikit Macam Rendang!

IKLAN

Mingguan Wanita: Lepas ni bila nak buat ayam masak kicap boleh cuba letak perencah sup sikit, mesti lagi sedap rasanya nanti.

Sumber:Ida Radzi

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI