Kalau suka lauk jenis tak berkuah mak-mak boleh cuba resipi Ayam Masak Cili Kering ini.Cukup senang nak buat, ringkas, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Paling penting memang mampu membuka selera makan nasi panas-panas.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Fatin Fauzi ini seperti berikut;

RESEPI AYAM MASAK CILI KERING STAIL CINA MUSLIM

Try la. Sedappp sangat. Rasa masam masam manis pedas.Sebab suami suka, atin masak je la. Kalau gi makan restoran cina muslim, dia suka makan ni. Atin share resepi ok.

Bahan-Bahan:

Bawang merah – dimayang dan potong besar (2 versi)
Bawang putih – dimayang
Lada besar 1 biji – dimayang
Cili padi 3 biji – dimayang
Cili kering 10 tangkai – potong kecik kecik
Daun kari
Sos cili, sos tomato dan sos tiram
Paste asam jawa
Tepung gandum
Telur

Ayam Masak Cili Kering SEDAP SANGAT, Rasa Pedas Masam-Masam Manis!

Cara-Caranya :

1. Ayam potong kecik. Atin potong besar sebab suka besar.
2. Lepas basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Kemudian goreng.
3. Toskan minyak ayam.

IKLAN

Ayam Masak Cili Kering SEDAP SANGAT, Rasa Pedas Masam-Masam Manis!4. Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.

Ayam Masak Cili Kering SEDAP SANGAT, Rasa Pedas Masam-Masam Manis!5. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.

Ayam Masak Cili Kering SEDAP SANGAT, Rasa Pedas Masam-Masam Manis!6. Letak semua sos tadi secukupnya. Ikut kuantiti ayam.

IKLAN

Ayam Masak Cili Kering SEDAP SANGAT, Rasa Pedas Masam-Masam Manis!7. Masukkan sedikit air.
8. Biar sedikit pekat. Masukkan paste asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.
9. Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul.

Ayam Masak Cili Kering SEDAP SANGAT, Rasa Pedas Masam-Masam Manis!10. Bila sebati, biar sekejap dan siap!

IKLAN

Ayam Masak Cili Kering SEDAP SANGAT, Rasa Pedas Masam-Masam Manis!Mudah kan?

Baca Lagi DiSini:
Ayam Kari Kering Pedas Merecik! Buat Yang Tak Gemar Lauk Berkuah
Tips Masak Kari Sedap Sebelah Utara, Tak Perlu Letak Santan Gantikan Dengan Beras Sangai Ditumbuk!

MW: Mudah nak buat lauk ni dan cukup membuka selera terutama bila dimakan dengan nasi panas. Kalau mak-mak nak buat lauk simple yang kering tak berkuah tapi sedap,boleh lah cuba resipi ini.

Sumber: Fatin Fauzi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI