“Lama Tak Makan LEPAT LIAT Inti Nyok, Isteri Buat Hilang Teringin” Ini Resipinya! Kuih-kuih lama seperti Lepat Liat ni payah nak jumpa jual di kedai mahupun tepi jalan. Bila teringin nak makan tu memang kena buat sendiri. Rupanya nak buat lepat ni mudah je.Bahan-bahan pun tak banyak. Boleh buat minum petang untuk keluarga.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Ariff Budiman Zainal Abidin ini.

Saya bergurau dengan isteri kata lama tak makan lepat liat inti nyok. Terus isteri suruh beli nyok putih dan ambil daun pisang. Alhamdulillah hilang teringin.

Bahan-Bahan:

500 gm tepung pulut
200 gm gula merah
100 gm gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan
1 biji kelapa putih
Sedikit garam
Minyak lumur daun Pisang

Cara Membuat:

1. Masak air, gula merah, gula pasir dengan daun pandan hingga gula hancur.(Tapis)
2. Masuk air gula panas-panas dalam tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati ( guna senduk).

“Lama Tak Makan LEPAT LIAT Inti Nyok, Isteri Buat Hilang Teringin” Ini Resipinya!
3. Kelapa putih gaul dengan sedikit garam.

“Lama Tak Makan LEPAT LIAT Inti Nyok, Isteri Buat Hilang Teringin” Ini Resipinya!4. Lumur sedikit minyak di tengah daun pisang. Letak 1 sudu besar adunan tepung dan tenyeh-tenyeh hingga leper. Letak kelapa putih atas adunan.

“Lama Tak Makan LEPAT LIAT Inti Nyok, Isteri Buat Hilang Teringin” Ini Resipinya!5.Lipat kemas-kemas daun pisang. Masak air hingga mendidih. Kukus selama 20 minit. Siap.

IKLAN

“Lama Tak Makan LEPAT LIAT Inti Nyok, Isteri Buat Hilang Teringin” Ini Resipinya!

Boleh dapat dalam 25-30 bungkus.

“Lama Tak Makan LEPAT LIAT Inti Nyok, Isteri Buat Hilang Teringin” Ini Resipinya!

IKLAN

 

“Lama Tak Makan LEPAT LIAT Inti Nyok, Isteri Buat Hilang Teringin” Ini Resipinya!

Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.

IKLAN

Mesti Baca:Resipi Kuih LEPAT UBI Kenyal-Kenyal, Kukus Selama 25 Minit Dah Boleh Makan!
Baca Lagi Di Sini:Tak Payah Cari Daun Pisang, Bungkus Lepat Jagung Guna Kulitnya Lagi Sedap Wangi!
Artikel Menarik:Bingka Ubi Kayu SEDAP, Separuh Masak Sapu ‘Butter’ Bakar Sampai Garing!

Mingguan Wanita:Menarik juga kuih Lepat Liat ni. Mudah nak buat, bahan-bahan tak banyak dan sedap sungguh. Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.

Sumber:Ariff Budiman Zainal Abidin

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI