Cantik Kejadian CENDOL Homemade, Pertama Kali Cuba Menjadi & Puashati! Jika selalu kita beli cendol yang dah siap di kedai, sebenarnya kita boleh buat sendiri cendol ini di rumah. Mudah sahaja hanya menggunakan 3 bahan. Tapi kena tahu teknik yang betul barulah elok tak putus atau pecah-pecah.
Sedap makan cendol sejuk-sejuk dengan santan atau susu cair, ditambah pula air gula melaka. Sesuai juga buat untuk juadah pencuci mulut pada bulan puasa nanti.
Boleh resipi cendol homemade seperti yang dikongsikan oleh Puan Samsinar Bustami ini.
Siap cendol homemade, pertama kali mencuba,alhamdulillah menjadi dan puashati. Boleh lah makan-makan satu family.
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung jagung
3 cawan air pandan (daun pandan dikisar dan tapis)
Secubit garam
Cara Membuat:
1.Masak semua bahan di atas dalam periuk kacau sehingga likat berkilat.
2.Tutup api dan sediakan acuan untuk buat cendol.
Ads
3. Saya guna piping bag, sediakan air ais dalam bekas besar dan teruslah picit adunan ke dalam bekas yang berisi ais tadi. Buat lah sampai habis.
4. Saya makan dengan susu cair (itu je yang ada kat rumah)+ air gula melaka.
Ads
Lebihan cendol boleh simpan dalam peti sejuk bersama air ais tadi.
Selamat mencuba! Bulan puasa tak lama lagi boleh lah buat juadah buka puasa.
Mingguan Wanita: Cantik kejadian cendol homemade ni, pertama kali buat pun terus menjadi dan puas hati. Memang berbaloi buat sendiri lebih terjamin bersih, halal untuk satu famili makan.
Puteri Sarah wanita & ibu yang kuat. Kemelut yang melanda rumah tangga wanita ini sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditempuhi. Bersempena sambutan HARI Wanita Sedunia atau Hari Wanita Antarabangsa yang disambut hari ini, pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana merupakan antara wanita yang bersuara lantang dan kuat menempuh dugaan rumah tangga.
Seperti yang diketahui umum, semalam Puteri Sarah mendakwa pernah dipukul suaminya, Syamsul Yusof. Terbaru menerusi prosiding yang telah berlangsung, Puteri Sarah Liyana mengemukakan bukti baharu mendakwa dirinya pernah dipukul oleh suaminya, Syamsul Yusof pada 2020 hingga menyebabkan dia keluar dari rumah.
Menerusi laporan beberapa portal akhbar, Puteri Sarah menyatakan demikian di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas ketika prosiding tuntutan cerai. Malah bukti itu dikemukakan juga selepas Syamsul enggan melafazkan cerai.
Malah paling menggemparkan peminat sebelum ini juga Syamsul membuat pengakuan melalui video dirinya sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.
Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ di Twitter.
Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.
Akui Puteri Sarah setiap langkah yang di diambil tiada sesalan. Kemelut rumah tangga yang sedang dilanda badai itu tidak langsung menggoncang dirinya malah terus membuatkan dia lebih kuat.
Tidak mahu terus bersedih dan meratapi nasib diri, Puteri Sarah hadir dengan buah tangan terbaru untuk peminat. Lagu TERUS yang dilancarkan serentak hari ini merupakan antara manifestasi isi hati ibu kepada dua cahaya mata ini.
Apa yang dirasai dan dilalui diluah di dalam bait-bait lirik TERUS seterusnya dinyanyikan oleh gandingan Sarah Fazny dan Zayani yang mewakili dirinya.
“Lagu ini memang mengisahkan tentang apa yang terjadi kepada diri saya. Apa yang berlaku selama ini saya ceritakan dan diterjemah menjadi sebuah karya. TERUS memang mewakili isi hati saya.
“Saya gembira karya ini akhirnya dapat menemui pendengar hari ini. Setidaknya mereka yang di luar sana yang senasib dengan saya dapat bangkit dan meneruskan kembali hidup seperti dulu,” kata Puteri Sarah.
Menariknya, bait-bait lirik dan melodi indah diterjemah dengan baik oleh Faizal Ulwi yang bertindak selaku komposer untuk TERUS.
Meskipun Faizal merupakan komposer baharu di dalam industri, namun dia sudah berpengalaman luas dalam bidang muzik lebih sedekad yang lalu.
Bagai membawa seluruh emosi, Sarah Fazny dan Zayani juga menterjemah seluruh rasa dengan nyanyian indah mereka. Pastinya seluruh jiwa diletakkan kepada TERUS yang mewakili kisah hidup yang dilalui Puteri Sarah sejak beberapa tahun yang lalu.
“Sehebat mana pun kemelut yang berlaku, jangan sesekali meratapi apa yang berlaku. Saya mahu mereka yang senasib dengan saya bangkit dan teruskan kehidupan.
“Kita ada masalah, ada juga jalan penyelesaian. Jangan sesekali patah semangat,” katanya yang turut terlibat sama dalam pembikinan muzik video bersama Sarah Fazny dan Zayani beberapa minggu lalu.
Bercerita mengenai pemilihan tanggal 8 Mac untuk melancarkan lagu ini, ia dipilih sempena dengan Hari Wanita Sedunia yang disambut di seluruh dunia. TERUS juga dijadikan hadiah dan pembakar semangat kepada mereka untuk mencari semula kekuatan.
Tambahnya, dia mahu mengabadikan tarikh tersebut sebagai satu simbol “move on” dan mahu semua wanita harus bangkit daripada segala derita dan mencari kebahagiaan hidup.
“Saya mahu jalan terus dan tidak lagi mempedulikan apa sahaja kemelut yang berlaku. Sebagai wanita dan yang paling penting sebagai seorang ibu, saya harus terus kuat!”
“Saya harus bangkit daripada kesedihan dan meneruskan kehidupan. Bangkit bukan bermakna ingkar, tapi lebih kepada menyayangi diri sendiri dan tidak membiarkan diri dipijak,” tambahnya lagi.
Menerusi ruangan komen ramai yang mengkagumi ketabahan Puteri Sarah.
TEMUI MARSHA LONDOH YANG AKAN HIBURKAN ORANG RAMAI DI DI FIESTA USHA-USHA BISKUT RAYA DI PUSAT BELI BELAH SETIA CITY MALL. ADA 40 VENDOR POPULAR AKAN BERSAMA KAMI DI FIESTA INI MENJUAL BISKUT RAYA. JOMMMSSSS…
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mencetuskan keceriaan hari raya sempena Aidilfitri yang bakal disambut pada bulan hadapan, Lazada memeriahkan Segitiga Emas pusat bandar Kuala Lumpur, Jalan Bukit Bintang dengan menjelmakan peragaan Koleksi Raya LazLook yang penuh glamor di landasan fesyen sepanjang 500m.
Ia menampilkan lebih daripada 10 jenama fesyen terkemuka tempatan dan dipersembahkan sebagai lookbook langsung, justeru memberi peluang kepada peminat fesyen dan orang ramai untuk mendapatkan inspirasi gaya anggun bagi sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.
Lebih daripada 50 model tampil bergaya di sepanjang Bukit Bintang menuju ke arah pentas finale di CommonsKL @ BBPark sambil memperagakan koleksi istimewa oleh pereka fesyen terkemuka dan jenama ekslusif seperti Naelofar, Rico Rinaldi, Petit Moi, Poplook, Cynthia Tang, Bayu Somerset, Zoe Arissa, Zucca, Gene Martino dan TATO Shop.
Sememangnya peragaan tersebut mengundang perhatian orang ramai di persimpangan lintasan paling sibuk dengan rekaan elegan baju kurung dan kebaya berinspirasi moden.
Keseluruhan acara tersebut telah disiarkan menerusi strim langsung LazLive dan juga bersiaran secara serentak di saluran media sosial Lazada Malaysia. Ia turut dipaparkan di beberapa skrin digital LED out-of-home di sekitar Bukit Bintang, termasuk di papan tanda CuBIG dan The Cube @ Bukit Bintang.
Menerusi Peragaan Fesyen Raya LazLook yang lain daripada yang lain ini dapat menawan hati peminat kategori fesyen dan pelanggan tempatan, khususnya kerana ia adalah antara kategori paling hangat yang menyemarakkan jam pertama Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada yang bermula pada 3 Mac 2023 di seluruh Asia Tenggara.
Malah, apabila mereka ingin mencari dan membeli produk fesyen, para pelanggan di Malaysia lebih cenderung untuk menggunakan platform eDagang seperti Lazada, yang mana lebih daripada separuh para pelanggan (53%) menggunakannya untuk carian produk, lantaran faktor utama seperti harga (74%), tawaran diskaun (69%) dan maklumbalas pelanggan (47%) yang membantu mereka membuat pertimbangan sebelum membeli.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia, Alan Chan Fesyen Raya LazLook ditatagayakan khas untuk fashionista dan hijabista yang ingin tampil menawan, menampilkan seleksi mesti beli yang menarik dan unik, pada harga yang berpatutan.
“Para pelanggan di Malaysia kini membuat pembelian produk fesyen secara dalam talian dan juga di butik atau kedai, dan kebanyakannya lebih dari sekali sebulan. Kami juga memahami kecenderungan orang ramai untuk menggunakan platform eDagang apabila mereka mencari produk yang diperlukan.
“Justeru itu, Lazada berusaha untuk menawarkan beraneka produk untuk sambutan Aidilfitri kepada para pelanggan, khususnya bagi kategori fesyen dan kecantikan. Fesyen Raya LazLook telah ditatagayakan khas untuk fashionista dan hijabista yang ingin tampil menawan, menampilkan seleksi mesti beli yang menarik dan unik, pada harga yang berpatutan.
“Selain itu, kami juga berbesar hati dapat berkolaborasi dengan jenama dan pereka fesyen terkemuka tempatan untuk mempersembahkan Koleksi Raya LazLook menerusi cara yang glam dan unik, dengan menjelmakan Bukit Bintang menjadi landasan fesyen dan membawakan suatu kelainan yang tidak dijangka.
“Kesemua koleksi baharu yang ditampilkan kini tersedia di Lazada dan para pelanggan hanya perlu klik pada ikon LazLook. Terdapat juga pelbagai inspirasi gaya Raya serta jenama Muslimah kegemaran ramai di Lazada, serta ganjaran tambahan dan penjimatan berganda seperti ‘Everyday Cashback’ dan ‘Penghantaran Percuma’ sempena Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada,” katanya.
Fesyen Raya LazLook telah ditaja oleh Kevin Murphy, Maybelline, dan CommonsKL@BBPark. Strim langsung acara tersebut turut menampilkan persembahan muzik istimewa oleh penyanyi Naim Daniel semasa peragaan fesyen finale.
Di samping paparan koleksi Raya terbaharu oleh pereka fesyen dan jenama yang sedia untuk dibeli, terdapat juga perkongsian petua dan tip stail penggayaan yang menarik.
Malah, terdapat pelbagai aktiviti shoppertainment seperti permainan dan cabaran untuk para penonton dalam talian dan mereka yang menghadiri acara pada hari tersebut, dengan peluang untuk memenangi hadiah dan baucar bernilai lebih RM50,000.
Klik di sini untuk melayari lebih 250,000 pilihan koleksi Raya yang menawan pada harga yang berpatutan di Lazada dan ikuti saluran media sosial Lazada Malaysia untuk makluman yang terkini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tergamak buat ayah, adik perempuan menangis abang buang ayah strok, letak bawah rumah tanpa beritahu. Kejayaan anak-anak hari ini, selain usaha pastinya termakbul dengan adanya doa dari kedua ibu bapa.
Sedari dari mula mengenal dunia, tidak faham sepak terajangnya, ibu bapa mendidik kita dengan baik. Memberikan pelajaran dan didikan dan tidak pernah berkira mengenainya Namun bila berjaya, di saat ibu ayah uzur kerana faktor usia, ada bertindak membuang ibu bapa dengan pelbagai alasan.
Satu perkongsian dari akaun Tik Tok @ceqta_anita pasti membuat hati kita robek. Lebih lagi yang sudah tiada ibu bapa pasti cukup terasa.
Apa yang membuat ramai geram, dari perkongsiannya itu, @cheqta memaklumkan, ayahnya strok “dibuang” begitu saja oleh dua abang lelakinya di mana dia hanya mengetahui kehadiran bapanya di tingkat bawah selepas di maklumkan oleh pengawal rumah didudukinya.
Tulisnya, “tanpa pengetahuan aku, 1 Ramadan 5.30 petang, security ketuk rumah aku. Bagi tahu ayah kamu ada dekat bawah sudah dekat satu jam. Dua lelaki (abang) cakap nanti anak perempuan dia ambil turun.
“Tergamak korang buat ayah begini? Mana hati iman korang. Anak jenis apa korang ni? Mentang-mentang ayah tengah sakit, strok tak boleh jalan, pakai pampers, korang buang ayah kau macam tu saja.
“Mana iman korang? Mana otak waras korang? Sihat tubuh badan, naik atas bincang baik-baik letak ayah rumah aku.. tulisnya sambil membuat emoji menangis.
Walau kita tidak tahu mengapa dua anak sanggup bertindak sebegini kejam atau apa permasalahan mereka adik beradik hingga sanggup membiarkan ayah sejam di bawah tanpa maklum pada adik, jangan menjadi seperti si Tanggang di zaman moden ini. Semua masalah boleh dibawa berbincang sementelah ayah yang uzur pun pasti tidak mahu menyusahkana anak-anak jika keadaannya baik.
Ingat, syurga anak-anak itu dengan redha kedua orang tuanya. Bayangkan ketika kita kecil dan tak mampu menyuap makanan, tangan tua itulah yang membuatkan perut kita kenyang. Namun jangan di saat di usia tua mereka, ditambah sakit kita merasakan menjaga mereka satu beban. Nauzubillah.
Ada perut perlu diisi namun kudrat sangat terbatas. Allah menguji ibu anak 9, Azian, 43 mengidap penyakit saraf. Berjualan nasi lemak adalah penyambung rezeki namun hanya mampu dilakukan seminggu sekali di pasar Tani Saujana Utama Sungai Buluh.
Kata Azian, kesakitan sendiri dialaminya memaksanya menghadkan penjualan nasi lemak kerana dia tidak mampu berdiri lama tambah kebanyakan anaknya masih bersekolah rendah dan menengah. Di hujung minggu baru anak-anak mampu menolongnya berjualan.
Hulurkan sumbangan anda melalui akaun bank rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia iaitu 0704 3011 0620 93.