Biasanya mak-mak buat cendol sendiri atau beli yang dah siap di kedai? Kali ini kalau ada yang nak merasa buat sendiri, boleh godek resepi yang dikongsi Puan Syuhaila Ahmad.
Apa yang menarik, dia cuma menggunakan acuan maruku, bukan acuan cendol. Tengoklah hasilnya, sangat ‘helok’.
Bahan-bahan:
1 cawan tepungg beras
1 sb tepung jagung atau tepung ubi
4 helai daun pandan
3 cawan air (blend dengan daun pandan)
secubit garam
1 sk air kapur
Boleh guna sedikit pewarna jika nak warna lebih terang
Cara Buat Cendol
- Satukan semua bahan – tapis
- Masak dgn api kecil sampai pekat dan berkilat (kental).
- Masukkan dalam acuan maruku atau acuan roti jala (macam dalam gambar – tapi dah dipotong sedikit muncungnya supaya mudah keluar) atau piping beg.
- Picitkan kedalam bekas yang diisi air.
Haa.. nampak tak betapa mudahnya kerja mak-mak. Jadi sekarang mak-mak boleh buat sendiri cendol walaupun tak ada acuan cendol macam orang dulu-dulu guna.
Selamat mencuba.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makmur ‘Melting’ Kuih Dulu-Dulu, Resipi Kesayangan Tokok Tambah Sampai Kena Selera!
Makmur ‘Melting’ Kuih Dulu-Dulu, Resipi Kesayangan Tokok Tambah Sampai Kena Selera! Kuih makmur antara kuih ‘lejen’ orang dulu-dulu. Rasanya yang berlemak manis dengan inti kacang, memang cukup sedap. Lebih-lebih lagi kuih ni jenis mudah rapuh dan cair di mulut.
Namun bukan mudah sebenarnya, nak dapatkan resipi kuih makmur yang ‘betul’ dan kena dengan selera. Namun resipi ini telah ditokok tambah dan diolah berkali-kali bagi benar-benar menepati cita rasa sendiri.
Mak-mak nak cuba untuk buat makan sendiri atau untuk jual dan dijadikan sebagai sumber pendapatan boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norita Farish Indah ini sebagai panduan;
Ramai yang tertunggu-tunggu resepi makmur melting ni. Ini memang resepi kesayangan. Saya memang pengemar kuih dulu-dulu nak-nak yang kena dengan selera saya.
Kalau saya makan tak kena dengan tekak, saya akan ubah sampai saya makan sambil tersenyum. Macam tu juga la dengan resepi ni saya tokok tambah sampai mak kata ok dah ni.Jangan ubah lagi resepi. haha
Ok kat sini kalau betul-betul nak dapatkan rasa yang sama jangan skip resepi ye. Ikut semacam resepi kat bawah. Insya Allah makan sambil buat sampai tak sedar berape biji dah masuk perut. Jom dengan izin Allah moga menjadi dengan jayanya. Saya panjangkan resepinya moga jadi punca pendapatan untuk raya yang bakal tiba ni ye. Insya Allah.
Makmur Melting
Bahan-Bahan:
1800gm tepung gandum The baker choice (masuk oven bakar sekejap tak pon kalo rajin sangai dalam kuali sampai tepung panas jangan hangit…kalau matahari terik jemur pon boleh lagi senang)
200gm tepung jagung
200gm gula aising(ayak)
200gm susu tepung full cream fernleaf (saya memang suka susu brand ni)
2 St garam halus
800gm minyak sapi gheeblend (saya memang guna brand ni je ye)
8 sb metrik butter @buttercup (ni tujuan untuk tak cepat pecah@rapuh time golek-golek dalam gula nanti).
*Step ni rasanya semua tau kan. Uli sampai boleh dikepal-kepal.
Untuk Inti dalam doh
Bahan-Bahan:
750gm kacang tanah (sangai buang kulit dan dikisar kasar-kasar sikit nanti time makan dia ada texture krup krap kacang tu buat feel dia lagi layan makan. Hat ni sesuai selera la ye, kalau suka halus blend ja halus…tak ada masalah)
300gm gula yang di blend halus
270gm mentega kacang (nak bagi lemak-lemak dan senang dikepal time nak boh inti)
60gm butter@buttercup
*Semua ni di gaullah sampai semua rata, sampai boleh dikepal-kepal.
Bahan Salut:
800gm susu tepung full cream frenleaf
880gm gula aising mesti ayak bersama bagi rata
Bagi yang tak suka sangat rasa susu yang kuat boleh guna salutan resepi kedua ni.
600gm susu tepung full cream
1200gm gula aising
Ayak bersama.
Info Ekstra!
- Macam biasa saya sukat 1/2 sudu besar metrik doh tepung letak inti dalam 3/4 St metrik dan bakar masak oven saya 30 minit 140′. Kalau nak buat kecik-kecil boleh guna sudu 1st ja dan inti 1/2 St metrik.
- Suam-suam boleh golek-golek dalam bahan salut. Kalau nak senang letak bahan salut dalam bekas tupperware kedap udara boh biskut yang dah siap masak goncang-goncang ja dalam tu. Cepat sikit keje.
- Boleh juga di ubah suai letak pandan paste dan pewarna hijau untuk makmur pandan dan ditekan dalam acuan jelly untuk dapatkan reka bentuk yang berbagai-bagai.
Selamat mencuba ye. Moga Allah perluaskan rezeki kita semua dan mendapat keredhaanNya selamat di dunia berjaya di akhirat.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:Resepi Turun Temurun SNOWBALL Gebus Gebas 5 Bahan, Cair Di Mulut!
Baca Lagi Di Sini:Almond Crunchy Chocolate 2 Bahan, Tiada Oven Boleh Sangai Atas Dapur
Artikel Menarik:Tip PENTING Buat Biskut Elok Menjadi, Lebih Rangup & Tahan Lama!
Mingguan Wanita: Terima kasih ikhlas berkongsi resipi kuih makmur yang cair di mulut ni. Boleh buat untuk makan sendiri atau dijadikan sumber pendapatan waktu raya nanti.
Sumber:Norita Farish Indah
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Puff Tuna Sedap! Punyalah Senang Nak Buat & Jimat Tak Payah Beli Dekat Luar Lagi
Senang je rupanya nak buat Puff Tuna sendiri di rumah. Almaklumlah, kalau beli di kedai boleh tahan juga harganya. Lebih baik mak-mak buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Norizan Abd Manan ini. Pasti terjamin kesedapannya, malah lebih menjimatkan, boleh makan sepuas hati. Anak-anak dan keluarga pun mesti suka.
Berikut perkongsian resipi wanita ini;
“Alhamdulillah..lepas ni dah tak payah beli kat luar, kalau beli seketol pun dah RM3 lebih.. puas hati buat sendiri dan dapat makan berketul-ketul sampai kembong.”
“Puff Tuna ni memang menjadi kesukaan kami sekeluarga. Terima kasih kakak kesayangan saya, kak Mariana Zainal.Resepi-resipinya tak pernah mengecewakan. Semuanya sedap dan marbeles.”
Bahan-Bahan:
1 Tin Cili Tuna
Keju Cheddar (dicarik)
Bawang Merah (dihiris)
Cili padi (dihiris)
Susu Cair
1 Biji Telur
Sebungkus Puff Pastry (square)
Cara Membuat:
1.Campurkan bawang merah, tuna, keju cheddar dan cili padi kedalam mangkuk dan gaul sebati.
2.Taburkan tepung ditalam supaya kulit pastry tak melekat.
3.Letakkan tuna diatas kulit pastry.
4.Tekan-tekankan hujung garfu pada hujung pastry untuk elakkan inti dalam menyerenggeh keluar. Pastu cucuk-cucukkan bahagian atas untuk keluarkan angin-angin.
5.Griskan dengan adunan kuning telur dan campur sikit susu cair.
6.Bakar suhu 180C selama 20 minit.
Tadaaaaa….dah siap!
Selamat Mencuba.
Info Ekstra!
- Tuna tak perlu dimasak. Nak masak pun boleh tapi jangan letak minyak atau kurangkan minyak sebab nanti kulit pastry akan jadi lembik.Kulit pastry tu dah sedia ada elemen minyak (butter)
- Kalau oven saiz kecil, elok letak bahagian bawah. Kalau besar letak bahagian tengah-tengah.
Jadi buat mak-mak yang nak cuba buat puff sendiri, boleh cuba resipi mudah dan ringkas yang dikongsik ini. Sesuai sangat untuk buat hidangan minum petang atau sarapan pagi.
Sumber: Norizan Abd Manan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Rahsia Nak Bagi Kedut Brownies Cantik, Siap Boleh Buat Niaga
Nak tahu jadi atau tidak kek yag kita buat itu, bukan setakat tempoh membakar atau bahan yang digunakan saja. Tapi kena tengok pada ‘cantik kejadiannya’ termasuklah kek brownies yang terletak pada kedut brownies. Inilah rahsia yang perlu mak-mak tahu.
Jangan fikir, bila bahan yang digunakan sudah cukup, cara bakar dah betul , ia boleh jadi kek brownies yang sempurna. Ada rahsia nak pastikan kedut brownies itu cantik rupanya.
Perkongsian daripada Nieza Nor Hamnira ini boleh membantu mak-mak untuk hasilkan kedut brownies yang cantik. Nanti bolehlah buat niaga.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Ringkas Air Asam Dan Ikan Kukus, Ini Pun Dah Cukup, Memang Padu!
Resipi Kek Marble Jelita SEDAP Lemak Berkrim & Mudah, Rahsianya Masukkan Serbuk Horlick
Info Lebih Menarik DI SINI
Kedut Brownies Cantik, Ada Rahsianya!
Dalam gambar, itu hasil brownies saya. Resepi sama, jenama coklat sama. Teknik buat sama. Bakar dalam oven yang sama, suhu sama, api atas bawah yang sama, loyang ia sebelah-menyebelah.
Bila dah keluar oven, satu kedut dan satu lagi tak kedut! Adoi.
Saya dah tahu puncanya kenapa satu kedut, satu tak. Dulu kata nak kasi kedut kena pakai coklat jenama, coklat premium, telur itulah, butter itu lah. Sebenarnya, bukan ye!
Rahsianya Di Sini
Rahsia untuk dapatkan kedut brownies yang cantik (guna mana-mana resepi) ialah :
1) Pukul gula dan telur hingga warna kuning telur menjadi sedikit cerah
2) Pastikan cairan coklat yang didouble-boil TIDAK SEJUK @ MASIH PANAS hingga ia menjadi likat. Ia harus cair berkilat. Sebaiknya, selepas double boil, terus pukul telur & gula, terus masukkan cairan coklat, kacau sebati dan kemudian masukkan tepung.
Tiada perubahan dari segi pembakaran oven atau apa-apa selain kedua di atas.
Telur dan gula pukul hingga sedikit krim, cairan coklat TIDAK SEJUK @ MASIH PANAS.
Jenama coklat tak kisah apa pun, mahal murah bukan itu penyebab tiada kedut.
Semoga bermanfaat, selamat mendapat kedutan yang cantik! Selamat mencuba.
Nota : MASIH PANAS maksudnya dibiarkan sekejap setelah dipanaskan
#cikgukekrugged
MW: Kalau dah cantik, barulah ada selera nak makan kan. Anak-anak pun mesti suka.
Sumber: Nieza Nor Hamnira
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI