kek lumut

Buat mak-mak yang suka buat kek, kena cuba resipi kek lumut yang sedap ni. Walaupun dimasak lama dalam tempoh lebih tiga jam, tapi memang berbaloi dengan rasanya nanti. Cukup lemak, manis, teksturnya pula lembap dan pastinya sedap! Sesuai sangat buat waktu raya atau ‘pot luck’ bersama keluarga untuk berbuka puasa.

Berikut perkongsian resipi kek lumut oleh Puan Nor Hairiyah Hassim sebagai rujukan;

“Kek lumut, buat petang semalam, arini makan. Kukus 3jam setengah nak dapatkan colour lumut tu.Kek ni lagi lama simpan lagi sedap ye.Kalau nak beli mahal kan.Siapa nak try buat boleh cuba resepi yang saya buat ni.Boleh la buat untuk raya nanti biasanya memang teruja nak makan kalau kek ke biskut yang tuan umah buat sendri kan.”

Bahan-Bahan:

6biji telor
250g unsalted butter (saya guna buttercup je guna apa yang ada)
1tin susu pekat
1tin horlicks
1 cup kaya yang kecik tu
1/2 tin nestum (blend)
1tin tepung gandum
esen vanilla
3sudu besar perisa pandan
pewarna hijau (saya guna star brand je)
**tin tu guna tin susu pekat tu je

IKLAN

Cara Membuat:

1. Mixed butter smpi kembang
2. Masukkn telor satu persatu.Setiap 1 putar dalam 2 minit camtu.
3. Masukkn esen vanilla perisa pandan pewarna hijau putar lagi.
4. Masukkn susu pekat horlick kaya dan nestum
5. Masukkn tepung gandum
6. Gaul sebati
7. Masukkn dalam loyang/tipuware…jangan sampai penuh ye sebab kek ni akan naik walaupn tak de bahan penaik. Tutup kek dengan alluminium foil/plastik wrap.Hentak skit loyang…kukus dengan api sederhana selama 3-6 jam. Saya kukus 3jam lebih aje…banglaki kata abis gas.

IKLAN

Info Ekstra!

Simpan kek ini dalam peti sejuk boleh tahan sehingga sebulan. Waktu nak makan keluarkan dulu awal-awal.

Jika letak diluar, selepas 3 hari kek masih dalam keadaan baik dan boleh dimakan lagi.

IKLAN

MW: Selamat Mencuba! Lihat warnanya memang nampak menarik dan cukup sedap, boleh cuba raya nanti atau untuk berbuka nanti.

Sumber:Nor Hairiyah Hassim