Bulan ramadhan yang bakal tiba ni, biasanya mak-mak akan mencari resipi-resipi yang menarik untuk menu berbuka. Salah satu menu paling simple dan sedap yang boleh dicuba adalah resipi ayam panggang yang dikongsikan oleh Puan Sitjua Jua. Cukup mudah nak buat dan lebih jimat, tak perlu lagi nak beli ayam golek di Bazar Ramadan nanti.Sehingga artikel ini ditulis, lebih 13 ribu share dalam masa 7 jam.
Berikut resipinya;
“Sempena nak sambut ramadhan ni saya nak share resepi ayam panggang…tak perlu beli ayam golek kat bazar dah”
Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam (bersihkan)
(Bahan Perapan)
1/2 biji Bawang holand
2 biji Bawang merah
1 sudu besar Black pepper
1 kiub pati ayam
3 ulas Bawang putih
2 inci Halia
1 Sudu Kicap manis
IKLAN
Cara Membuat:
1. Sediakan bahan-bahan seperti dalam gambar (kisar halus).
2. Ayam dah dibersihkan dilumurkan dengan garam. Seterusnya perap ayam dengan bahan yang dikisar tadi.
3. Letakkan sesudu kicap manis.
4. Gaul sekata, saya perap 1 malam .. simpan dalam peti..sebab nak bakar esok untuk bawa bekal.
5. Bangun pagi-pagi, ambil ayam tersebut masukkan dalam air fryer. saya guna suhu 170 dan set masa 30 minit.
IKLAN
6.Taaaaadaaaaa seksi kan ayam ni… juicy sangat!
7.Okeh dah potong tapau masuk bekas. Selamat bekerja.
IKLAN
Info Ekstra!
Jika tiada air fryer boleh juga guna oven.
Semoga bermanfaat!
MW: Cukup mudah nak buat ayam panggang ikut resipi yang dikongsikan ini. Sesuai mak-mak sediakan untuk menu sahur mahupun berbuka nanti terutama bagi yang nak berdiet. Paling penting lebih jimat dan tak perlu nak beli ayam golek lagi di bazar ramadan nanti.
Sup Tulang memang kegemaran ramai. Apatah lagi jika dinikmati sewaktu panas-panas dan ditambah dengan sambal kicap. Memang nikmat! Nak buat sup tulang memang mudah, namun nak buat sup tulang yang sedap, boleh cuba tumis batang saderi dan lobak merah kisar. Memang lebih enak rasanya.
Resipi daripada Puan Fazniza Razaliini boleh dijadikan rujukan;
Selamat Hari Raya buat semua. Teringin nak masak sup tulang lembu, boleh lah try resepi ni. Yang aku tunjukkan ni masak secara manual. Kalau yang ada pressure cooker tu bolehlah guna.
Bahan-bahan 1 :
3 biji bawang besar
8 biji bawang putih
Halia dalam 2 ketul
1 sudu ketumbar. **bahan ni dikisar sampai halus.
Bahan 2 :
3 batang sadari
1 batang karot
**ni pun dikisar sampai hancur
Bahan 3:
3 batang kayu manis
4 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
10 biji buah pelaga
1 senduk serbuk sup
Masuk saja bulan Ramadan, mak-mak tentu dah fikir nak buat biskut raya kan! Tahun ni boleh dikatakan harga biskut raya pun boleh tahan juga, jadi lebih baik buat snediri baru puas hati.
Namun, tak semua mak-mak ‘rajin’ nak buat biskut raya. Bimbang tak menjadi, keras, hangus, kembang dan sebagainya. Daripada membazir, lebih baik beli saja.
Bagi mak-mak yang baru belajar nak buat biskut raya tahun ini, boleh dapatkan panduan ini, mungkin ia boleh membantu dan jadikan biskut raya ‘terpaling’ sedap yang pernah buat, kan!
Beberapa tip yang bukan setakat untuk mak-mak amatur tapi boleh dijadikan panduan buat semua. Maklumlah, ada masanya sukatan dah betul tapi tetap tak jadi. Boleh rujuk panduan ini.
1) Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair – akibatnya biskut menjadi leper dan gelap.
2) Jangan gunakan telur saiz besar kerana kandungan putih telur yang lebih. Putih telur pula mengandungi air. Itu yang membuat biskut terlalu kembang dan susah nak garing walaupun dibakar lama.
3) Jangan pukul telur terlalu lama bila membuat biskut kerana ia akan menambah angin ke dalam doh – mengakibatkan biskut gelembung ketika dibakar.
4) Jika menggunakan mesin pengadun, jangan pukul terlalu lama ketika masukkan tepung, jika tidak ‘gluten’ daripada tepung itu akan membuat biskut menjadi keras.
5) Selalu ‘rehatkan’ doh sebentar sesudah diadun. Jangan terus mencanai atau membakarnya. Jika membuat chocolate chip, selalu ‘rehatkan’ doh di peti sejuk selama lima hingga 10 minit dahulu sebelum membakarnya.
6) Apabila doh sudah siap diadun, bahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk disejukkan dan ‘direhatkan’. Jangan ‘rehatkan’ kesemua doh itu dalam satu mangkuk. Ambil satu persatu doh yang mahu digunakan. Sebab jika kita gunakan semua dohnya sekaligus, doh itu akan mula keluar minyak – menjadikan biskut cepat gelap walaupun baru sahaja dibakar.
7) Jika membakar biskut chocolate chips, tidak boleh oles loyang dengan mentega. Harus gunakan baking paper atau parchment paper. Jika tidak, biskut chocolate chips itu akan kembang, leper dan cepat hangus.
8) Bagi biskut seperti makmur, sugi dan yang lain yang kita inginkan hasilnya garing, harus gunakan loyang yang dioles dengan mentega.
9) Pastikan ketuhar sudah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mula membakar biskut atau kek.
10) Jika membakar biskut beberapa loyang sekali gus, lebih baik gunakan fungsi kipas di ketuhar. Jika ketuhar tidak ada fungsi kipas, tukar posisi loyang itu sesudah 10 minit dibakar – yang di atas ditukarkan ke bawah dan yang bawah dinaikkan ke atas dan sebagainya.
11) Jangan tinggalkan biskut di atas loyang terlalu lama sesudah keluarkan dari ketuhar. Biarkan ia di atas loyang itu selama 3-5 minit sahaja dan kemudian pindahkan ke atas ‘cooling rack’. Setiap biskut akan ada wapnya (condensation) bila sudah dibakar dan apabila diletakkan di atas ‘cooling rack’, wap itu akan kering. Itu yang membuat biskut itu lebih garing dan tahan lama.
12) Pastikan biskut benar benar sejuk sebelum dimasukkan ke botol.
13) Untuk biskut yang mengandungi ‘peanut butter’, lebih baik jika ianya disimpan di peti sejuk kerana ‘peanut butter’ itu mungkin akan membuat biskut menjadi cepat tengik.
Mingguan Wanita : Moga ia memberi panduan buat mak-mak yang nak buat biskut raya tahun ini ye.
Biasanya apabila buat lempeng kita akan cicah dengan sambal ikan bilis atau kuah kari. Apa kata kita buat lempeng gulung berintikan sardin. Kenyang makan sebab semuanya telah disatukan.
Bahan-bahan untuk buat lempeng dan inti sardin itu itu senang nak dapat. Cara buatnya juga tak susah. Cuma bezanya adalah setelah siap lempeng, bubuh inti sardin dan gulung lempeng berinti itu sebelum digoreng.
Bolehlah cuba resipi ini untuk dihidang sebagai sarapan atau minum petang buat keluarga.
Boleh Cuba Resipi Dan Cara Buat Lempeng Inti Sardin Yang Dikongsikan Oleh Iryani Zaki Ini.
Resipi Lempeng Inti Sardin Rangup Anak Suka
“Kalau lempeng, korang suka cicah ngan sambal bilis? Dah boring kan. Jom cuba inti sardin ni. Sedap rangup anak suka.”
Bahan-bahan Lempeng
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu tepung jagung
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Marjerin
Bahan-bahan Inti Sardin
1 tin kecil sardin
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Sayuran – ikut suka
1 biji telur
Mayonis
1. Campurkan tepung, masukkan telur garam dan kunyit. Masukkan sedikit- sedikit air hingga sebati dan cair. Kacau sehingga hilang ketulan. Panaskan kuali, masukkan sedikit marjerin. Sendukkan adunan ke dalam kuali dan bentukkan bulat, buat sehingga adunan habis.
2. Tumiskan bawang merah dan putih yang telah dicincang halus. Asingkan ikan sardin dari tin. Masukkan ke dalam kuali. Hancurkan sehingga lumat. Masukkan sos cili,garam dan gula. Masukkan sayur dan telur. Kacau hingga sedikit kering atau lembap.
3.Sapukan mayonis pada lempeng, letak inti dan gulung.
4. Pukul telur dengan garfu dan celupkan gulungan lempeng. Panaskan di atas kuali tanpa minyak.
“Tadaaaa. Dah siap Lempeng Inti Sardin Rangup anak suka. Yeaaaa. Senangkan. Ni boleh tambah menu waktu PKP 2. Jom kongsi supaya ramai boleh buat kuih yang sedap ni. Nak ganti dengan kulit popia pun boleh tau.”
Wanita hari ini sangat hebat dan peka dalam bab menguruskan kewangan keluarga. Malah golongan hawa ini juga kebiasaannya sangat bijak dan memastikan tidak berbelanja...